13

281 8 0
                                    

Dalam perjalanan pulang, seketika Eimir mendapat mesej dari nombor tak dikenali. Gambar tersebut menunjukkan Qaisara berdua-duaan dengan adiknya.

Eimir segera melajukan kereta ke rumah Adib. Kebetulan sekali disana ada Irfan dan Aidil. "Weyh Eimir! Long time no see bro." Ucap Aidil.

"Kau ni kenapa Mir?" Tanya Adib.

"Kau tanya aku kenapa? Kau tengok ni." Eimir mencampakkan telefonnya ke atas meja. Adib langsung mengambil telefon tersebut.

Terlihat gambar Qaisara berdua-duaan dengan Reezqy. "Mir, Qai tak ada cerita apa-apa ke pasal Reezqy dekat kau?" Tanya Adib.

"Ada, Reezqy tu ex dia."

"Aku rasa di gambar lama diorang je. Tengok tempat pun dah tahu. Mir kau jangan buruk sangka. Percayalah Qai tak akan buat macam tu dekat kau." Kata Adib.

"Eimir kau pun sendiri mintak aku jadi cctv dia. Sepanjang kau dekat luar, dia tak kemana pun kecuali keluar dengan mama." Ucap Adib.

Adib terus mencuba untuk meyakinkan Eimir. "Tapi aku nak mengadu satulah, Ellyza tu aku tengok makin teruk weyh. Dia dah berani naik tangan dekat Qai, dia tarik tudung Qai. Ellyza pun dah kerap datang rumah Qai." Kata Adib.

...

Sesampai sahaja didepan rumah Tuan Haji, Eimir melihat Ellyza sudah berada dihadapan rumah tersebut. "Eh Eimir!!" Ellyza tergedik-gedik menghampiri Eimir.

"Tolong lepas ni jangan izinkan perempuan ni datang sini lagi." Eimir memberitahu pada pengawal rumah itu.

"Baik tuan."

"Eimir awak ni kenapa?!" Tetapi Eimir langsung tidak melayannya. Akhirnya Ellyza dihalau keluar.

"Yang." Suara itu, tak lain tak bukan. Suara Eimir. Qaisara tersenyum, kemudian Eimir langsung memeluk isterinya dan mencium dahi isterinya.

"I'm sorry." Bisik Eimir.

"For what?"

"Nothing.. cuma nak minta maaf." Jawab Eimir.

'Aku nak sangat cerita hal sebenar padanya tapi mungkin betul kata Adib, aku patut bertanya dahulu.'

"Awak pergilah mandi dulu tukar pakaian awak.. lepastu nanti turun bawah makan sama-sama." Kata Qaisara.

Eimir sedikit merapat. "Tak nak mandi sama-sama?" Bisiknya. Qaisara langsung memukul Eimir kemudian tolak Eimir ke dalam bilik. Lalu Qaisara menutup pintu.

"Haih." Qaisara terus berjalan menuju ke dapur. Tak lama kemudian Eimir datang. Seketika Qaisara terasa nak muntah lagi.

Dia langsung berlari menuju ke tandas. "Qai kenapa mama?" Tanya Eimir pada ibu mertuanya. Sedangkan Puan Hajah hanya tersenyum sahaja.

Tak lama kemudian Qaisara datang. "Yang okay tak? Awak sakit ke? Kita pergi ke klinik jom." Eimir bersedia ingin membawa Qaisara pergi.

Tetapi Qaisara menahannya. "Tak.. saya okay.. tak perlu risau.." Jawab Qaisara. Mereka tak lama disana, selesai makan tengahari, Eimir dan Qaisara pulang kerumah mereka.

Sesampai sahaja dirumah, Eimir melihat Qaisara tidur lena. Dia tidak mahu kejutkan isterinya, Eimir mendukung Qaisara dan bawanya ke bilik.

Keesokkan harinya, Qaisara membuka matanya. Dia melihat Eimir tertidur sambil memeluk pinggang rampingnya erat.

'Macam mana aku nak percaya lelaki macam kau sekarang dah jadi suami aku.. happy birthday sayang.'

Beberapa jam kemudian, Eimir tersedar dari tidurnya. Dia melihat Qaisara tiada dihadapannya. Eimir langsung mencari keberadaan Qaisara.

"Awak?"

"Sayang." Eimir langsung memeluk isterinya erat. Qaisara bingung melihat suaminya berkelakuan aneh pagi ini.

"Awak.. I have something to tell you." Qaisara memberikan satu kotak kecil pada Eimir. "What is this?" Eimir membuka kotak tersebut.

Eimir tergamam. Terasa seperti mimpi. "Betul ke ni yang?" Tanya Eimir. Qaisara anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

Eimir melutut sambil tersenyum. Dia merapatkan telinganya ke perut ramping Qaisara itu. "Anak daddy, daddy tunggu kamu keluar." Ucapnya.

"Eimir tak payah nak mengarutlah, dia belum membesar lagi dalam ni." Kata Qaisara. Eimir bangkit kemudian memeluk Qaisara erat.

...

Dalam perjalanan Misha dari kedai runcit, tiba-tiba tangannya ditarik. Kemudian dibawa ke belakang bangunan. "Kau nak apa lagi?!" Misha menepis tangan lelaki itu.

"Berani kau lari dari aku eh?! Kau dengar sini! Kau tak akan boleh lepas dari aku." Kata Reezqy.

"Qy! Kalau kau ada masalah dengan abang kau pergilah dekat dia! Aku tak ada kena mengena dengan kau!" Kata Misha.

"Tapi kau seorang je tahu apa aku buat sebelum ni. Apa aku buat dekat London sana semua kau tahu! Oh lupa juga, kau tak bagitahu Qai kan masa dia sibuk bekerja dekat London sana, kau berkencan dengan aku."

Misha terdiam.

"Apa kata aku aje yang cerita dekat Qai yang kawan baik dia ni pernah ambil kesempatan dekat bf lama dia dulu." Ugut Reezqy.

"Apa kau nak?" Tanya Misha. Kemudian Reezqy tersenyum puas.

...

Awal-awal lagi Eimir sudah membawa Qaisara ke kedai yang jual barangan bayi. Dia seronok sangat, sepanjang hari Eimir asyik tersenyum sahaja tanpa henti.

Eimir menjaga Qaisara sepanjang hari. "Anak ayah tidur tau, hehe jangan ganggu ibu." Eimir mengusap perut Qaisara.

Isterinya merasa geli kemudian dia menepuk Eimir. Perlahan-lahan Eimir menukar posisinya dia menghadap Qaisara kemudian memeluk isterinya erat.

"Saya nak dia jadi macam saya seorang pilot." Kata Eimir.

"Tak mau lah! Nanti dia kena tinggalkan saya macam awak! Ish tak maulah." Jawab Qaisara.

Eimir tertawa melihat Qaisara seakan merajuk dengannya. "Comellah." Eimir mencubit pipi isterinya.

Tatapan mereka semakin dalam. "Yang." Panggil Qaisara lembut.

"Hm?"

"Awak janji tak akan tinggalkan saya?"

"Saya tak janji, tapi saya tak akan tinggalkan awak."

"Kenapa tak janji?"

"Setiap manusia boleh berubah-ubah, I'll try my best to protect you." Tangan Eimir bergerak mengusap pipi Qaisara.

"So that's mean awak memang akan tinggalkan saya?"

"You know what? Awak pernah terfikir tak apa yang Reezqy akan buat lepas tahu awak jadi isteri saya? Saya kenal Reezqy lebih dari awak sayang."

"..."

"Tapi saya akan cuba slow talk dengan Reezqy. Dia adik saya, saya yang patut minta maaf dekat dia sebab dah rampas awak dari dia." Kata Eimir.

"Tapi dia yang bersalah dalam hal ni. Awak tak rampas saya dari dia pun, saya yang sendiri datang dekat awak." Kata Qaisara.

"Sudahlah yang, sekarang kita tidur okay? Awak kena banyak berehat." Eimir menarik selimut menutupi tubuh mereka.

"Good night sayang." Bisik Eimir.





To Be Continue...

Dear Captain || MINGYUWhere stories live. Discover now