07

266 11 3
                                    

Entah siapa yang izinkan Ellyza tinggal bersama dirumah kedua orang tua Qaisara. Sudah tentu gadis itu pasti marah besar.

Kesemua kasih sayang ibunya dialihkan kepada Ellyza disebabkan dia mengandung. Disaat Qaisara seorang diri di Balcony, tiba-tiba Ellyza datang menghampirinya.

"Teringat dulu-dulu, Eimir sayang gila dengan I sampai dia gilakan I." Kata Ellyza. Qaisara berpusing menatap kearah Ellyza.

"Oh yeah? So sweet tapi sayangnya relationship tak berpanjangan. Kalau dia obsessed sangat dengan you, kenapa dia langsung tak cerita pasal you dekat I?" Kata Qaisara.

Ellyza memasang wajah tak berpuas hati. "Kau kena sedar siapa kau sebenarnya. Dia tu tak boleh lupakan I sebab tu dia tarik tangan I masa nikah tu." Kata Ellyza.

"Really? Dia yang tarik atau you yang mengada dengan suami I? Sebab I pernah terdengar you ni dah banyak kali scandal dengan suami orang. Ops! Terjujur pula." Ucap Qaisara.

Ellyza tak dapat lagi menahan amarahnya. Mudah kata dia kalah dengan mulut Qaisara. Mulutnya lebih pedas dah tajam lidahnya.

"By the way take care lah anak tu, takut nanti terkantoi pula mengandung angin." Qaisara pergi meninggalkan Ellyza seorang diri disana.

Sepanjang mereka berada disana Ellyza asyik tergedik-gedik dengan Eimir. Berbual mesra walaupun Eimir terpaksa.

Disaat Eimir sibuk menonton filem, Ellyza datang menghampirinya kemudian duduk rapat disamping Eimir. Eimir segera menjauh sedikit daripada Ellyza.

Tetapi gadis itu keras kepala, dia terus mendekati Eimir. Qaisara dari jauh melihat gadis itu tergedik-gedik dengan suaminya, lalu Qaisara segera menghampiri mereka beserta popcorn ditangan.

Tanpa cakap banyak, Qaisara langsung duduk ditengah-tengah mereka. Agar dapat memisahkan Ellyza dan Eimir.

Mereka menonton filem sambil makan popcorn bersama. Eimir menyuap Qaisara, panggilan Ellyza membuatkan Eimir hilang fokus pada filemnya.

"Macam sedap aje, suaplah saya sikit." Kata Ellyza. Eimir dengan terpaksanya dia mengambil beberapa betir popcorn kemudian membawanya kearah Ellyza.

Ellyza sudah bersedia membuka mulutnya, belum sempat Eimir menyuap Ellyza, Qaisara sudah menyuap gadis itu terlebih dahulu.

Bukan satu per satu, tapi segenggam. Sehingga penuh dalam mulut Ellyza. "Ey! Apa you ni?!" Marah Ellyza.

"Apa? You yang suruh I suapkan tadi? So I suaplah." Jawab Qaisara selamba. Sedangkan Eimir hanya menikmati sahaja filemnya. Ellyza segera meninggalkan mereka disana.

...

Selalunya mereka akan tidur berasingan, tetapi disebabkan bilik lama Eimir sudah pun dipakai oleh Ellyza, dia akan tidur bersama Qaisara.

"Aku tidur bawah jelah." Ucap Eimir sambik mengambik beberapa bantalnya. Kemudian Qaisara menahan tangan Eimir sehingga lelaki itu menatap kearah isterinya.

"Tidur ajelah dengan aku. Aku tak ada toto, nanti kau sejuk tidur bawah." Kata Qaisara. Kemudian Eimir tersenyum kecil.

"Okay." Jawab Eimir, kemudian dia berbaring disebelah Qaisara. Mereka bertentangan mata. Keadaan menjadi hening seketika. Tak lama itu Qaisara bersuara.

"Boleh tak, jangan ada rahsia diantara kita? If you have something to say, just say it." Kata Qaisara.

"To be honest, aku dah tak ada feeling langsung dekat Ellyza. Jadi kau tak perlu cemburu dengan dia." Kata Eimir.

"Aku tahu tu." Jawab Qaisara. Perlahan-lahan tangan Eimir bergerak membelai rambut Qaisara. "Can I kiss you?" Pertanyaan Eimir membuatkan Qaisaran terdiam sejenak.

"Y-yes." Jawab Qaisara gugup. Kemudian Eimir tersenyum kecil lalu sedikit bangkit dan mencium dahi Qaisara.

"I'm ready to love, can we stay together?" Eimir bertanya dengan nada suaranya begitu lembut.

"Kita memang bersamakan sekarang?" Jawab Qaisara sambil tertawa kecil. Eimir menarik Qaisara ke dakapannya.

"Good night.. dear." Bisik Eimir. Tiada respon dari Qaisara kerana gadis itu sudah pun tertidur lebih awal.

...

Untuk merayai hari ulang tahun Qaisara, Puan Hajah akan membuat jamuan dirumahnya khas untuk Qaisara anaknya.

Kata Qaisara biar hanya keluarganya sahaja yang menyambut kerana dia berasa malu jikalau buat besar-besaran.

"ARGHH BEB HAPPY BIRTHDAY!!" Misha datang menghampiri Qaisara kemudian memeluk gadis itu. Sementara itu Eimir sibuk melayani teman-temannya.

Saat dimeja makan, Ellyza awal-awal sudah bersedia duduk disebelah Eimir. Sedangkan Eimir hanya berdiam sahaja.

Tak lama itu Qaisara datang duduk disamping kiri Eimir. Dia sempat melirik kearah Ellyza. Datang lagi kawan-kawan Eimir menghampiri mereka.

Adib salah satunya menegur Ellyza. "Sorry tapi ni tempat saya." Ucap Adib dengan lembutnya sambil tersenyum.

Ellyza tak mahu dimalukan, jadi dia segera bangkit dan berpindah. "Kamu semua makanlah dulu, mama dengan papa ada kerja sikit." Ucap Puan Hajah.

Kini yang berada dimeja makan hanya Eimir, Qaisara, Ellyza, Aidil, Irfan dan Adib. Adib melirik kearah Ellyza yang sibuk tergedik-gedik dengan Eimir.

"Ekhem!" Ellyza mendengar itu langsung berdiam. "Jagalah sikit perangai tu, tak manis yang bukan mahram tergedik dengan laki orang." Kata Adib selamba.

Ellyza terasa dengan kata-kata Adib. "Apa kaitan dengan awak? Boleh tak jangan sibuk." Kata Ellyza.

Adib memandang Ellyza sambil tersenyum. "Bukan nak tunjuk alim, tapi rasanya awak tahu hukum antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Sedarlah sikit awak tu siapa." Kata Adib.

"Ustaz! Kalau ustaz nak ceramah dekat sini, baik ustaz ceramah dekat masjid sana." Kata Ellyza.

Sedikit pun Adib tak terasa. "Hari-hari saya dengar ceramah, awak? Bila kali terakhir awak dengar ceramah?" Ellyza terdiam sejenak.

"Awak tak ingat bila kali terakhir awak dengar ceramah? Tak apa, saya ada dekat sini sampaikan dekat awak yang mana awak tak tahu lagi." Kata Adib.

Sedangkan Aidil dan Irfan menahan gelak melihat Ellyza kena teruk dengan Adib. Ellyza bangkit dengan kasarnya, kemudian meninggalkan mereka di meja makan tersebut.

"Jangan tegur dia Dib, nanti dia jadi ustazah tergoda kau." Kata Irfan.

"HAHAHA betul do, entah-entah esok lusa dah pakai tudung labuh." Kata Aidil. Mereka ketawa terbahak-bahak.

"Tak adalah, aku dah nak bertunang kot. Kita ni sebagai manusia kena saling menegur tak kisah besar atau kecil kesilapan dia." Ucap Adib.

Adib bingung melihat mereka tiba-tiba sahaja terdiam. "Kenapa?" Tanya Adib. Adil menatap tak percaya. "KAU NAK BERTUNANG?!!"

"Haah, aku tak bagitahu korang lagi ke?" Tanya Adib.

"Weyh Dib, dalam diam kau nak bertunang. Dengan siapa?" Irfan menunggu jawapan dari Adib.

"Entahlah, aku tak tahulah macam mana boleh tersuka dia. Dia classmate aku dulu." Jawab Adib.

"Waa, bila do kau tunang?" Tanya Aidil.

"Lusa."

Sebegitu singkatnya masa. Selesai sahaja makan, Qaisara sibuk didapur membasuh pinggan. Sepatutnya pembantu rumah yang akan uruskan.

Tetapi Qaisara yang ingin membasuhnya sendiri. Kemudian Eimir datang memeluk Qaisara dari belakang.

Perasaan bercampur aduk. Qaisara hanya berdiam sahaja sepanjang dia membasuh pinggan tersebut.

"Can you stop panggil aku 'kau'."

"Then kau nak aku panggil apa?"

"Sayang."









To Be Continue...

Dear Captain || MINGYUWhere stories live. Discover now