04

225 10 1
                                    

Dipagi hari yang indah ini, rumah Haji Hassan dipenuhi oleh tetamu yang mereka undang termasuk keluarga Eimir Aqashah.

Sementara itu Qaisara merasa gugup didalam bilik. Tak lama kemudian Puan Hajah datang menghampiri anaknya.

"Mama ni kenapa suka sangat keputusan mendadak?! Mama langsung tak tanya Qai!" Marah Qaisara.

"Ini untuk kebaikkan Qai juga, anak mama dah besar tak akan nak jadi anak dara tua pula kan?" Kata Puan Hajah.

"Ma! Qai ni muda lagi! Terlalu awal bagi Qai untuk kahwin umur macam ni." Kata Qaisara.

"Sudahlah, jangan marah-marah nanti hilang manis." Puan Hajah memujuk anaknya. Kesemua tetamu telah pun bersedia.

Seperti biasa adat meminang pasti ada yang berpantun. "Mak Leha masak kari, apa hajat anda semua kemari?" Salah seorang dari keluarga perempuan berpantun.

Aidil dengan bangganya menjawab, "Pergi ke kedai membeli celak, singgah sebentar membeli benang, tak akanlah datang sini nak beraya pulak, dah tentulah datang untuk meminang."

"Lain macam pantunnya." Ucap Haji Hassan. Kemudian beberapa pakcik pun membalas pantun Aidil. "Buah berangan di dalam peti, pucuk ijuk rebah kebumi, apa gerangan hajat di hati, datang memijak gerubuk kami."

"Dil balas Dil." Ucap Irfan pada Aidil. "Ehem! Saya jawab ye. Pergi ke sungai menangkap ikan, pohon pegaga di depan pintu, masjid hendak kami dirikan, dua keluarga hendak bersatu." Jawab Aidil.

"Sidai kain di pagi hari, kain disidai Mak Leha empunya, sudah tahu hajat anda kemari, jadi siapa yang nak meminangnya?" Tanya Pakcik Hussein.

"Huish, saya balas pakcik." Ucap Aidil dengan wajah riaknya. "Pergi ke kedai membeli barang yang dipesan, singgah ke taman bersama yaya, sudah tentulah anak Haji Hassan, bersama dengan orang disebelah saya." Jawab Aidil.

"Kalau asyik membalas aje bila nak habisnya kan? Kita teruskan ajelah ya." Ucap Tuan Haji.

"Cincin sebentuk, tanda muafakat, cincin dua bentuk, tanda terikat. Moh lah kita teruskan, kang lambat-lambat diambil orang." Ucap Tuan Haji.

Kemudian Qaisara pun datang duduk disamping Puan Aminah ibu kepada Eimir. Puan Aminah menyarungkan cincin tersebut pada jadi manis Qaisara.

Lalu Qaisara bersalaman dengan bakal ibu mertuanya. Tanpa membuang masa, mereka teruskan lagi dengan sesi jamuan.

Sedangkan Aidil, Irfan dan Adib sibuk menyuruh Qaisara dan Eimir berdua agar memudahkan mereka mengambil gambar.

"Haih korang ni dahlah! Cukup-cukup." Kata Eimir pada kawan-kawannya. Qaisara segera mencari ibunya.

Sementara itu Eimir sibuk berbual dengan kawan-kawannya. "Ceh kawanlah konon, tau-tau dah tunang." Usik Aidil.

Kemudian Eimir memukul lengan Aidil. "Auh! Aku gurau je kan." Ucap Aidil.

"Kalau dah jodoh memang tak kemana Mir." Kata Adib sambil tersenyum. "Kau pun nak kena ke hah?!" Marah Eimir.

...

"Ummi tak sangka kamu ada juga niat nak berkahwin. Ummi risau kamu nak membujang sampai ke tua." Ucap Puan Aminah.

Sedangkan Eimir hanya tersenyum sahaja. 'Aku terima pun sebab terpaksa bukan sebab suka.'

"Ummi teringat lagi masa kecil-kecil dulu Qaisara bayi lagi. Eimir lah yang paling beria nak jaga Qaisara. Dialah yang tidurkan Qai, bagi susu dekat Qai, mandikan Qai."

Ucapan Puan Aminah membuatkan Qaisara tersedak seketika. "Jaga perangai tu Qai." Bisik Puan Hajah pada Qaisara.

'No just why!? Kenapa kena cerita sekarang walaupun aku tak tahu semua ni. And aku memang tak nak tahu langsung!'

"Sampai sekarang Eimir still jaga Qai, sampai macam tu sekali dia sayang dekat Qai." Ucap Puan Hajah.

Sepanjang perbualan itu Eimir hanya senyum terpaksa sahaja. Beberapa jam kemudian, kesemua tetamu pun sudah pulang kecuali kedua orang tua Eimir.

"Eimir tinggal berapa hari lagi sebelum masuk kerja?" Tanya Puan Aminah.

"Tinggal 2 hari." Jawab Eimir. Kemudian Puan Aminah kembali menatap kearah Puan Hajah. "Seeloknya biar kita kaum perempuan yang settle kan betul tak? Lagi pun Eimir tak perlu buat apapun." Ucap Puan Aminah.

"Kalau macam tu pasal masjis serahkan kepada saya, yang lain saya serahkan kepada Hajah." Ucap Puan Aminah sambil tersenyum.

"Baiklah kalau begitu." Jawab Puan Hajah. Sementara itu Qaisara sempat melirik kearah Eimir dan mereka bertentangan mata.

Seakan memberi isyarat. Mereka berbincang di balcony tentang majlis mereka. "Aku ni tak ingin langsung berkahwin dengan kau!" Kata Qaisara.

"Kau fikir aku nak ke kahwin dengan budak macam kau? Ew not my taste." Ucap Eimir sambil memberi reaksi aneh. "Lepas tu kenapa kau terima?!" Marah Qaisara.

"Aku ni bukan anak derhaka macam kau tau! Aku ni hormat orang tua. Nak tak nak aku memang tak ada pilihan." Jawab Eimir.

"Eleh cakap jelah kau sendiri yang terima." Bebel Qaisara. Kemudian tatapan Eimir menjadi serius. "Kalau bukan mak kau nak satukan, mungkin aku sendiri kot yang bagitahu mak kau satukan kau dengan aku." Bisik Eimir.

Qaisara terkejut kemudian menjauh dari Eimir. Sedangkan Eimir hanya tertawa kecil. "Kau ni bodoh tahap dewa aku rasa. Tak ada maknanya aku nak kahwin dengan kau." Kata Eimir.

"Hish! Sekarang ni kita kena fikir macam mana nak batalkan perkahwinan ni." Kata Qaisara. Panjang lebar Qaisara membebel tetapi Eimir hanya menatap mata Qaisara sahaja.

Dia langsung tidak fokus apa yang Qaisara bicarakan. "Woi! Kau dengar tak apa aku cakap?!" Ucap Qaisara.

Eimir tersedar dari mengelamun, "Aku dengarlah! Dahlah aku nak tidur." Eimir segera meninggalkan Qaisara seorang diri di balcony itu.

"Ah! Tak boleh pakailah mamat ni!" Qaisara kembali masuk ke dalam biliknya. Beberapa hari kemudian, Eimir kembali lagi masuk kerja sebagai seorang pilot.

Selama seminggu Eimir tiada, Qaisara lah yang tersiksa mendengar perbualan kedua orang tuanya.

Qaisara belajar cara-cara menjadi isteri yang misali dan banyak lagi. Sejujurnya dia langsung tidak suka dengan kerja tersebut.

Qaisara mengunci biliknya kemudian rebahan diatas katil. Tak lama kemudian Qaisara mendapat panggilan dari Eimir.

"Macam mana dekat sana?" Tanya Eimir.

"Nothing special." Jawab Qaisara singkat. Eimir tahu Qaisara sekarang sedang keletihan, pasti mereka baru sahaja habis membeli-belah.

"You look so tired, what happen?" Tanya Eimir dengan nadanya sedikit risau. "Hahh, kau tahu hari ni aku kena belajar jadi isteri misali." Jawab Qaisara.

Eimir tak dapat menahan gelaknya akhirnya dia tertawa sekuat hatinya. "Hey! Berani kau gelakkan aku!" Kata Qaisara.

"So funny lah, baguslah kah belajar masak semua tu kan? Tak adalah kerja membesarkan perut je. Makan tidur." Kata Eimir.

"Kuangjo kau! Dahlah aku nak tidur! Bye!" Belum sempat Eimir menjawab, Qaisara sudah mematikan panggilan tersebut.

"Bye.. sayang..." Ucap Eimir perlahan. Masa rehat sudah pun tamat, Eimir harus masuk kerja terlebih awal sebelum dimarahi bosnya.






To Be Continue...

Dear Captain || MINGYUWhere stories live. Discover now