Dalam perjalanan pulang ke rumah, Qaisara melihat dihadapan rumahnya ada sepasang heels merah serta kasut Eimir.
"Eimir dah balik?" Qaisara segera masuk ke dalam rumahnya. Disaat Qaisara membuka pintu biliknya, terkejut dibuatnya dia melihat Eimir bersama Ellyza berpelukkan diatas katil.
"Eimir!!" Jeritan Qaisara membuatkan kegiatan mereka terhenti. "Apa awak buat ni?!" Beberapa kali Qaisara memukul Eimir.
Kemudian Eimir menolak Qaisara sehingga dia terjatuh atas lantai. "Aku dah tak nak kaulah. Jangan kau tunjuk muka kau lagi depan aku!" Ucap Eimir.
"Jom sayang, kita pindah rumah baru." Ellyza memeluk pinggang Eimir kemudian mereka keluar bilik bersama.
Qaisara menatap kearah lantai yang penuh dengan darah mengalir. "Aku mengandung?! Huh?!" Semakin lama semakin banyak darah keluar.
"Arghh!! Ahh!! Eimir!!"
"Eimir!!"
"Eimir!!"
Qaisara tersedar dari tidurnya. "Mimpi rupanya..astaghfirullah.." Qaisara melihat telefonnya. 10 panggilan suara terlepas dari pada Eimir.
tef
"Oh my god!" Qaisara dengan cepatnya langsung menelefon Eimir kembali. "Hello ayang kenapa tak jawab? Awak baru bangun eh?""Ayang?"
Sepatah pun Qaisara tak bercakap. Akhirnya dia menangis. Qaisara menceritakan mimpinya pada Eimir sambil menangis-nangis.
"Janganlah nangis, kan mimpi aje tu. Tak akanlah saya nak buat macam tu dekat awak. Sudah, sayang pergi mandi lepastu ambil wuduk. Kejap lagi Zohor." Ucap Eimir.
"Hm, okay."
"Bye, Love you sayang." Ucap Eimir sebelum akhiri panggilan tersebut.
'Mimpi je Qai, kau kena bertenang.' Qaisara bangkit terus menuju ke tandas. Setelah sahaja membersihkan badan, Qaisara bersiap-siap untuk solat Zohor.
Sebelum ia mengakhiri solatnya, Qaisara berdoa. "Ya Allah.. kau permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Aku bersyukur dengan ujian kau berikan Ya Allah.. jadi permintaanku Ya Allah, kau tolong kuatkanlah semangatku agar aku dapat menghadap ujianmu dengan lebih mudah."
"Qai." Seseorang mengetuk pintu biliknya. Habis sahaja dia berdoa, Qaisara segera menyimpan telekung dan sejadahnya.
"Ye mama." Pintu pun dibuka. "Mama nak pergi belanja barang, kamu nak ikut tak?" Tanya Puan Hajah.
"Boleh jugak ma, mama tunggu bawah, Qai pergi siap kejap." Jawab Qaisara. Puan Hajah pun mengangguk.
...
Mereka akan menjadi pemerhati semalam seminggu. Sewaktu rehat, Eimir sibuk menatap sekeping gambar yang ada pada wallet nya.
Selalu sahaja Hasya sibuk menghampiri Eimir. Dan kebetulan Iskandar juga ada disamping Eimir.
"Captain tengok gambar apa tu?" Tanya Hasya. Eimir tersenyum kemudian tunjukkan gambar tersebut pada Hasya.
"Ini isteri captain, captain sayang sangat dekat dia.. Selesai sahaja ujian kamu semua, Captain dah boleh jumpa dia." Jawab Eimir.
Seketika Hasya tergamam. 'Dah kahwin? Tapi kenapa rupa dia macam tak kahwin lagi?' Hasya melirik kesemua jari Eimir, akhirnya dia jumpa.
Ternyata Eimir sudah lama memakai cincin dijarinya. 'Kenapa aku boleh tak perasan?' Cincin itu bermakna Eimir sudah pun berkahwin.
Sedangkan Iskandar, hanya ada cincin dijari telunjuknya sahaja. 'Maksudnya Captain Iskandar sahaja yang berkahwin? Tapi boleh jadi dia simpan cincinnya.'
YOU ARE READING
Dear Captain || MINGYU
FanfictionSofea Qaisara, setelah sahaja dia kembali semula ke air tanahnya, Qaisara ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa di Malaysia. Sehingga dia bertemu dengan seorang pilot bernama Eimir Aqashah, tanpa dia sedari bahwa Eimir adalah anak kenapa kawan...