ʚɞ BAB 11 ʚɞ

50 5 0
                                    

Kaisara dan Ghaffar melambai ke arah tiga beranak yang perlahan - lahan masuk ke kaunter perlepasan antarabangsa. Arh! Baru sahaja sebentar keluarganya pergi dirinya terasa mahu sahaja menangis. Nak ikut!

"Dah jom aku hantar engkau balik" ajak Ghaffar sambil memulakan langkah.

Kaisara hanya mengangguk sahaja. Air mata yang tetiba mengalir di pipi itu langsung di lap olehnya. Lantas dirinya bergegas mengekori langkah Ghaffar yang sudah berada di laluan ke arah ruangan parkir awam. Laju betul! Dirinya sudah tercungap - cungap dan kehilangan nafas. Argh! Lantaklah! Berhentilah seketika. Lantas dia bercangkung di tepi. Dia sudah tidak mampu. Besar betul lapangan terbang ni.

"Lambat betul jalan engkau ni. Bagai itik pulang petang" ujar Ghaffar yang tetiba sudah di hadapannya.

"Sorry my name is Kaisara not Itik" balasnya dengan riak muka menyampah. Geram betul! Sedap nama Daddy dan Mummy bagi boleh pula lelaki ini panggil dia itik. Kalau panggil sayang, darling, baby atau apa - apa yang romantik tak mengapalah juga. Aik gatalnya engkau Kaisara. Tapi semenjak bila lelaki ini tahu keberadaan dirinya. Bukankah lelaki ini sudah ke hadapan sana? Pelik.

"Suka hati aku lah nak panggil engkau apa mulut aku bukannya engkau

"Kalau panggil kita dengan panggilan yang sedap didengari kan okey juga.." jawab Kaisara perlahan namun cukup didengari oleh Ghaffar.

"Engkau nak aku panggil dengan panggilan yang manis memang lambat lagilah. Hidup kali kedua belum tentu lagi" jawab Ghaffar.

Kaisara itu langsung memuncungkan mulutnya itu dan memberi reaksi menyampah.

"Ni engkau tak terkejut ke aku tercegat depan engkau?" soal Ghaffar sambil bercangkung juga di sebelah gadis itu.

"Of course! Tadi bukan main orang itu berjalan ke depan tak tengok belakang dah. Cepat betul! cepat - cepat nak pergi mana wahai Abang Affa? Nak masuk meminang saya ke? Kalau nak masuk meminang saya tak boleh cepat ke kereta tapi cepat ke negara China sana itu jumpa keluarga saya" ujar Kaisara sambil mengenyitkan matanya ke lelaki disebelahnya itu

"Engkau ni dapat DNA gatal daripada siapa ni? Tak padan dengan umur menggatal betul"

"Gatal dengan baby Sara sendiri tak mengapakan?"

"Siapa baby engkau?" soal Ghaffar kedinginan.

"Ghaffar Zaidan lah baby Adiba Kaisara" sengih Kaisara sambil memandang lelaki itu yang tajam memandangnya itu.

"Semenjak bila engkau mak aku" jawab Ghaffar.

Dek kerana geram dengan sikap Kaisara itu lantas mengetuk kepala Kaisara dengan telefon bimbitnya secara perlahan.

Pak!

"Aduh! Sakitlah!" ujar Kaisara sambil mengusap kepalanya. Tiada secebis sifat belas kasihan ke dari lelaki ini?

"Perlahan sahaja aku buat dekat engkau bukannya kasar. Itu dikatakan sakit juga ke? Engkau ini patutlah dikatakan manja oleh abang sendiri" bebel Ghaffar.

Kaisara hanya menggulingkan biji bebola matanya ke atas. Malas nak layan.

"Engkau lama lagi ke nak berehat?" soal Ghaffar memecahkan kesunyian. Sungguh dia sudah penat bekerja dan mahu sahaja pulang ke rumah sekarang untuk berehat. Namun terbantut niatnya disebabkan Kaisara ingin berehat kerana penat berjalan. Oleh itu dia terpaksa juga berhentikan perjalanan dan menemani perempuan itu.

"Haah. Lenguhlah kaki. Abang Affa nak tak dukung Sara? Dukung macam piggyback tu... Nak tak?" soal Kaisara tersengih. Saja ingin mengusik lelaki ini yang dari tadi mundar - mandir depannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIDADARI UNTUK DIPIMPIN [OG]Where stories live. Discover now