ʚɞ BAB 6 ʚɞ

46 5 0
                                    

Kaisara termenung jauh di tempat duduknya di dalam kelas itu. Persekitaran yang riuh-rendah itu tidak diendahkan. Seharusnya pada masa kini adalah waktu masa untuk subjek Bahasa Melayu. Namun begitu, cikgu yang mengajarnya itu cuti sakit. Izzah memerhatikan rakannya yang tidak berganjak itu. Perlahan - lahan dirinya mendekati rakannya itu. Terlintas ideanya untuk mengenakan rakannya itu.

Izzah perlahan-lahan mengambil buku latihannya dan menepuk bahu Kaisara dengan buku itu. Terkejut Kaisara saat ditepuk oleh kawannya itu.

"Opocot!" jerit Kaisara namun hanya dapat didengari oleh Izzah sahaja.

"Engkau ni berangan apa lagi? Kemain jauh termenung. Apa yang engkau fikirkan?" ujar Izzah sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelah rakannya itu.

    "Hm. Malaslah" jawab ringkas Kaisara.

    "Eh dia ni. Engkau fikirkan apa ni? Cubalah cerita dekat aku" pujuk Izzah sambil memandang muka masam Kaisara. Sah ada sesuatu yang membuatkan rakannya itu sebegitu.

    "Hm aku nak tanya pendapat engkau" soal Kaisara.

    "Ya. Apakah itu? Engkau punya kekasih hati sudah membalas cinta engkau ke? Atau dia ajak nikah terus?" soal Izzah sambil tersengih. Dia amat suka mengusik rakannya itu.

    Namun begitu, serius betul muka rakannya itu. Alamak menyesal pula menyakat rakannya itu.

    "Hish bukan perihal tu! Kalau engkau akan duduk sorang kat Malaysia atau duduk sekali dengan keluarga dekat China?" soal Kaisara dengan serius. Mengharapkan rakannya itu dapat membantunya.

    "Kalau aku akan duduk dengan keluarga sebab kalau duduk sini dengan siapa engkau nak bergantung? Kita baru nak masuk umur 14 tahun"

    Kaisara hanya diam saat mendengarkan pendapat dari rakan karibnya itu. Sungguh dia tidak tahu jawapan untuk diberi kepada ibunya. Dia sungguh tidak mahu mengikut keluarganya berhijrah ke negara orang. Dia sudah selesa disini.

    Izzah yang melihat rakannya diam menyepi terus dia mencubit lengan kawannya itu. Geram dengan tingkah laku rakannya yang suka termenung jauh.

    "Hoi sakitlah!" jerit Kaisara.

    Izzah menggulingkan biji bola matanya. Ada juga dia hempuk dengan bukunya lagi.

    "Yang engkau termenung jauh lagi itu kenapa? Engkau ini kalau nak bercerita biar sampai ke pangkal jalan. Jangan sekerat - kerat. Engkau ni gaya macam kena pindah sahaja. Masam betul riak muka engkau tu" bebel Izzah.

    Kaisara hanya mengangguk perlahan. Argh! Tak nak pindah!

    "Engkau seriuslah? Engkau jangan nak bermain dengan aku"

    "Ada pernah nampak aku tak serius ke?"

    "Ala seriuslah. Nanti aku tiada kawan..." luah Izzah sayu dengan nada perlahan namun dapat didengari oleh Kaisara.

    "Jadi engkau ada cadangan apa - apa tak?" soal Kaisara.

    Izzah mengangkat kening. Cadangan apa pula? Fikirnya sejenak.

    "Cadangan yang boleh buat aku duduk di sini"

    "Oh! Sekejap bagi aku fikirkan" ujar Izzah.

    Kaisara memerhati sahaja kawannya itu yang sekejap cemberut sekejap tersengih. Alahai apa yang difikirkan oleh rakannya itu juga tidak tahu.

    "Aku tahu!!" jerit Izzah. Kaisara yang hampir terlena itu tersentak dan lantas matanya segar dek kerana jeritan rakannya itu.

    "Apa?"

    Izzah tersenyum sengih sambil memandang rakannya itu. Dia percaya cadangan ini mampu membantu rakannya itu.

BIDADARI UNTUK DIPIMPIN [OG]Where stories live. Discover now