ʚɞ BAB 4 ʚɞ

45 3 0
                                    

Kaisara yang baharu sahaja selesai mandi itu terhenti pergerakkannya untuk menyambung kerja sekolah yang diberikan. Aroma masakan nasi tomato memasuki kalbu. Ya allah sedapnya bau! Lantas dirinya menuruni anak tangga dan menuju ke ruangan dapur.

Terkejut dirinya melihat ibunya itu sedang bertungkus-lumus menyiapkan juadah makan malam pada hari ini. Mana tidaknya, selalu ibunya akan masak jika hari minggu sahaja. Manakala jika bukan hari minggu ianya akan dimasak oleh Mak Som iaitu pembantu rumah mereka. Kaisara perlahan - lahan mendekati ibunya yang sedang tekun menumis dengan memasukan sambal cili yang telah dicampurkan bawang merah, cili kering, halia dan bawang putih.

"Ha Mummy masak istimewa betul ya malam ini. Ada tetamu yang istimewa ke yang nak datang? Jarang sekali Mummy akan masak pada hari kerja sebegini" jerkah Kaisara.

Datin Khadeeja tersenyum manis apabila disoal anaknya. Mana tidak gembira. Tetamu yang akan hadir makan bersama malam ini adalah anak yatim yang telah dianggap sebagai anaknya juga. Siapa lagi kalau bukan Ghaffar.

"Ghaffar nak datang. Mummy masaklah menu istimewa untuk malam ini iaitu nasi tomato. Tapi nasi dan acar sayur Mak Som dah siapkan. Tinggal nak hidang sahaja. Mummy tinggal buat sambal ayam sahaja ni" terang Datin Khadeeja ke anak bongsunya ini.

"Oh...Eh abang mana? Tak nampak bayang pun dia? Eh bunyi apa bergema kat atas?" soal Kaisara.

Tetiba dengar tapak kaki yang bergema di ruangan tamu atas menuruni anak tangga menarik minat dirinya. Kaisara perlahan - lahan menjenguk disebalik dari pintu dapur itu. Kelihatan Amir yang terpinga - pinga untuk ke pintu.

"Assalamualaikum Amir... Aku dah sampai." Ghaffar yang baru sampai ke perumahan itu memberi salam sambil mengetuk pintu rumah itu.

Hari ini dia telah dijemput untuk makan malam bersama-sama keluarga majikan ayahnya itu. Ya. Ayahnya seorang pekerja kepada Dato Andika dan juga Datin Khadeeja semenjak dia bersekolah menengah. Tanpa bantuan mereka pasti sampai kini ayahnya akan menjadi seorang pekerja penoreh getah sahaja.

Tetiba pintu di hadapannya dibuka oleh seseorang. Tersenyum sengih orang itu saat melihatkan dirinya. Siapa lagi jika bukan Amir?

"Ha waalaikumussalam Ghaffar Zaidan. Marilah masuk. Jom beraya sini. Meh! Meh! Inikan rumah kedua engkau," ajak Amir.

"Terima kasih. Eh ini aku ada bawa buah tangan. Ambillah" hulur Ghaffar sebuah plastik yang dipenuhi dengan buah anggur.

Amir menerima huluran itu. Bersinar matanya melihat buah anggur yang segar itu.

"Terima kasih"

"Wah engkau memang baguslah kalau perihal buah tangan ni. Tau - tau sahaja keluarga kita orang sukakan buah. Engkau duduklah dulu. Aku nak ke dapur sekejap" ujar Amir sambil melihat isi plastik yang dihulur oleh Ghaffar sambil menuju ke ruangan dapur.

Kaisara terpegun melihat Ghaffar yang berpakaian kain pelikat, baju melayu dan bersongkok itu disebalik pintu dapur itu. Ya allah kacaknya.

Amir perasan akan adiknya itu namun dibiarkan sahaja. Mungkin saja nak tengok siapa yang datang ke rumah. Namun begitu posisi adiknya tetap sama walaupun dia sudah meletakkan buah yang diberi oleh Ghaffar itu dalam peti ais. Perlahan - lahan Amir mendekati adiknya itu.

Sedang ralit memerhatikan Ghaffar dari sudut pintu dapurnya. Tetiba Kaisara terkejut akan tangan yang menyentuhnya di bahu.

"Ha berangan!"

"Opocot Engkau!!" terjerit Kaisara. Turun naik dadanya. Lantas dia menoleh ke belakang melihat abangnya yang tersenyum sinis kepadanya. Geram betul bukan nak bagi salam.

BIDADARI UNTUK DIPIMPIN [OG]Where stories live. Discover now