ʚɞ BAB 7 ʚɞ

50 5 0
                                    

"Adiba Kaisara..."

Terkaku Kaisara mendengar namanya disebut panjang oleh seseorang. Lunak suaranya sungguh tidak asing di pendengarannya. Ya Allah bantu hambamu ini. Ya suara ayahnya. Sungguh dia terkaku.

Eh sebentar semenjak bila ayahnya sudah pulang? Kaisara lantas memusingkan kepala dan terkejut melihat ayahnya bersama sebuah bagasi yang besar.

"Errr Daddy?"

"Kenapa? Tak percaya Daddy di depan ke sekarang?" soal Dato Andika.

"Bila Daddy balik? Bukan katanya ada hal kerja lagi ke di sana?" soal Kaisara yang kebingungan. Setahunya ayahnya tidak dapat lagi pulang kerana masih ada hal kerja yang perlu dilaksanakan.

Amir yang mendengarkan soalan adiknya itu hanya mampu menggelengkan kepala. Nampak sangat adiknya tidak fokus saat membuka pintu rumah.

"Daddy baru sahaja sampai tengahari tadi. Jadi Abang Amir dan kawan dia yang ambil Daddy"

Lantas Dato Andika memasuki rumahnya itu. Kerusi sofa yang berdekatan di pintu rumahnya menjadi pilihannya untuk di duduk.

"Kaisara..."

Kaisara. Ayahnya sebut Kaisara berbanding nama samarannya Sara. Sah ayahnya sedang dalam situasi yang serius. Mummy tolong Kaisara!

"Apa maksud Kaisara nak Ghaffar jaga Kaisara? Kenapa tidak mahu ikut pindah?" soal Dato Andika.

Kaisara hanya mampu diam dan menunduk kepala sahaja. Sukar dirinya untuk bersemuka dengan ayahnya itu. Jujur bagi dirinya ayahnya itu sungguh mengerikan berbanding ibunya itu. Sungguh dia takut jika ayahnya itu bersuara.

"Daddy tanya kamu Sara. Jawablah ya" pujuk Datin Khadeeja.

Kaisara memandang sahaja raut muka ibunya dan berselisih ganti dengan ayahnya itu. Menyesal tiada guna sudah. Tidak mengapa Kaisara kita mencuba nasib!

"Kaisara nak duduk dekat sini sebab nak jadi pelakon. Pelakon tanah air yang boleh memperluaskan nama negara ke pusara dunia. Abang Affa kan lepas habis SPM mesti akan duduk dekat sini juga jadi Sara nak Daddy upah dia jaga Sara... Bolehkan Daddy? Sara tak nak ikut duduk dekat China. Nanti kawan - kawan Sara dekat sini-" jawab Kaisara dengan nada perlahan namun boleh didengari oleh Dato Andika itu.

"Alasan yang tidak bernas Adiba Kaisara,"

Dato Andika hanya menaik senyum sinis sahaja mendengar alasan anak bongsunya itu.

"Kamu yakin Ghaffar nak jaga kamu? Kamu itu susah hendak dijaga. Perangai tidak lari dari sifat kanak-kanak. Kamu pasti Ghaffar sanggup layan perangai degil dan boros kamu tu?" sambungnya lagi.

Kaisara hanya mampu mengangguk dan menunduk sahaja.

Dato Andika tertawa sinus sambil menggeleng dan berpeluk tubuh. Dia berselisih ganti memandang Ghaffar dan juga anak perempuannya itu.

"Cis. Semenjak bila aku berkenan nak jadi abang kedua engkau yang tidak bertauliah?" ujar Ghaffar mencetuskan situasi yang sunyi itu. Sungguh dia tidak mahu dijadikan kambing hitam semata - mata.

Amir terus menoleh ke sisinya. Sah ada api!

"Eh Affa..engkau nak marahkan itu adik aku tau! Aku di sebelah engkau ni sahaja!" balas Amir yang melihatkan Ghaffar yang sudah api kemarahan disebelahnya itu. Walaupun perangai adiknya itu seperti kebudakan tapi itu tetap darah dagingnya.

"Adik engkau atau tidak aku tidak peduli. Aku ini masih berbau pupuk jerangau untuk jaga adik engkau ini. Aku ni anak tunggal" tegas Ghaffar itu. Ya dia seorang anak tunggal tiada adik beradik. Sudah terang bersuluh tiada pengalaman menjaga adik. Namun kini dia ditugaskan menjaga seorang adik? Adik yang bukan darah dagingnya pula itu.

BIDADARI UNTUK DIPIMPIN [OG]Where stories live. Discover now