ʚɞ BAB 9 ʚɞ

40 3 0
                                    

Hari persekolahan seperti biasa. Kaisara mulakan rutin hariannya itu dengan senyuman manis. Jawapan yang diterima  oleh ayahnya itu semalam masih dalam ingatannya. Pujaan hati menerima untuk menjaganya siapa yang tidak suka?

Kaisara berjalan dengan muka yang ceria ke kelas. Tidak sabar dirinya ingin pulang ke rumah sebentar lagi.

"Amboi cerianya engkau Kaisara. Lain macam aje!" ujar Izzah.

"Lain apa nya? sama sahaja. engkau yang melebih - lebih ni"

Izzah hanya senyum sinis. Nak mengelak lah tu!

"Siapalah kita kan nak orang itu bercerita. Yalah kita kan tiada pujaan hati macam dia" seloroh Izzah sambil berpaling dari melihat Kaisara disebelahnya itu.

"Ish! Yalah aku akan cerita. Engkau ni macam budak merajuk disebabkan benda kecil je" bebel Kaisara sambil mencebik.

"Hehehe. Ceritalah"

"Aku dapat duduk sini. Jadi aku tak perlu pindah sekali ke China" ujar Kaisara dengan nada cerianya.

"Seriuslah!? Macam mana boleh terjadi?" soal Izzah. Pelik bukan senang keluarga sahabatnya ini meninggalkan Kaisara seseorang.

"Sebab aku guna helah engkau ajar tu.."

"Oh lah! Jadilah ni idea aku ni? Bagus tak engkau ada kawan macam aku ni?" senyum Izzah bangga diri.

"Haah untuk kali ni baguslah ada kawan macam engkau" ujar Kaisara.

"Cis macam tak ikhlas je engkau ni! Tak nak dah tolong!" peluk tebuh Izzah sambil sandar ke kerusi.

"Hm ikut engkaulah. Tapikan ada syarat Daddy aku letak.." ujarnya perlahan.

Izzah  yang mendengarkan itu lantas berduduk secara tegak dan memandang Kaisara dengan serius. Wah syarat apakah yang diberikan?

"RM1,000 sahaja elaun Daddy bagi untuk sebulan. Lepas itu kalau Ghaffar dapat sambung belajar aku kena pindah juga..." ujar Kaisara dengan nada perlahan.

Terbuntang mata Izzah mendengarkan syaratnya. RM1,000? Banyaknya!

"Wow! Banyaknya elaun! Ini macam terlebih duit aje aku rasa. Engkau kalau ada lebih boleh bagi aku hehe" ujar Izzah dengan senyum kerang busuknya.

Kaisara hanya menjeling sahaja ke arah rakannya itu.

"Lah kenapa?"

"RM1,000 tak cukup tau bagi aku. Dompet sahaja dah berapa ratus. Baju pun dah berapa? RM1,000 itu boleh tahan 2 minggu je"

Izzah terus menepuk dahi. Allah tak sangka akan sikap rakannya ini masih begini. Tidak berubah.

"Engkau ni RM1,000 banyak tau bagi aku. Cukup sangatlah untuk sebulan"

"Ish! kau tak faham. Bagi aku tetap tak cukup tau!"

"Cukuplah Kaisara. Cuba belajar berjimat. Ini engkau patut bersyukur tau sebab ayah engkau masih baik hati ingin bagi duit elaun. Bukannya sedikit tapi banyak. Orang luar sana ada terpinga - pinga cari kerja untuk mencari income sendiri sebab nak tampung kehidupan harian. Ini engkau goyang kaki duduk rumah dah dapat beribu. Bersyukur hidup engkau tak perlu susah seperti orang lain" bebel Izzah. Tapi dia tahu jikalau bebel akan tetap masuk telinga kanan keluar telinga kiri juga rakannya itu.

"Dah mula dah kan engkau bebelan tu..ish!"

"Aku nasihat sebab kita tak tahu kehidupan akan datang macam mana. Ha! Engkau cakap si pujaan engkau akan jaga sekejap je maksudnya?" saja dirinya ingin mengubah topik. Tidak mahu dia bergaduh dengan rakannya semata - mata perkara kecil ini.

BIDADARI UNTUK DIPIMPIN [OG]Where stories live. Discover now