𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

106 22 23
                                    

DIA melabuhkan punggung di atas kerusi sambil matanya melirik ke arah pemandangan matahari terbenam yang indah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA melabuhkan punggung di atas kerusi sambil matanya melirik ke arah pemandangan matahari terbenam yang indah. Senyuman yang manis juga turut ditunjukkan, itulah dia Anas Rafiq.

"Ada rindu seseorang ke? Jauh kau termenung, kenapa?" Seseorang datang dan duduk di sebelah Rafiq, Irfan Hadi, sepupu dan sahabat Rafiq.

"Tak adalah, aku saja tengok pemandangan yang indah ni. Bukan selalu ada masa nak tengok matahari terbenam dari rumah sendiri." Rafiq melirik sekilas ke arah Irfan sebelum matanya kembali fokus ke arah pemandangan matahari terbenam.

"Betul juga ya, baru aku perasan. Lupa pula rumah aku atas bukit." Irfan dengan sengaja berseloroh mulutnya tersengih.

"Dari kecil kita kenal pun kau lupa rumah aku macam mana? Ceh." Rafiq mencebik bibir, benda mudah pun boleh lupa.

"Alah, lupakan. Kenapa kau termenung sorang-sorang, ada masalah?"

"Irfan...takdir Allah tu luas kan." Rafiq memandang wajah Irfan dengan senyuman.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Irfan menyoal Rafiq dengan matanya melirik tenang ke arah Rafiq yang sedang tersenyum itu.

"Tak adalah, aku...aku rasa hidup aku lebih bahagia berbanding dulu. Inilah yang aku impikan."

Irfan melirik ke tangan Rafiq, baru dia perasan ada frame gambar di tangan lelaki itu. Gambar yang telah diambil semasa hari raya tiga tahun lalu. Dimana Rafiq telah bebas dari penderitaan dan kisah gelap masa silamnya.

"Jadi, kau dah jumpa kebahagiaan yang kau cari?" Irfan tersengih sambil menanyakan soalan itu kepada Rafiq.

"Bahagia itu sudah semestinya, cuma...entahlah rasa macam kali ini tak berapa nak lengkap sangat."

Persoalan bermain di minda Irfan, "Apa maksud kau tak berapa lengkap?"

"Mungkin...ada yang belum selesai? I don't know.." Rafiq menyapu wajahnya dengan tangan kiri sebelum dia bangun dan berjalan meninggalkan Irfan sendirian.

"Ada yang belum selesai...apa benda yang belum selesai? Lantaklah, asalkan kau bahagia sudahlah Rafiq..." gumam Irfan dengan sengihan sebelum dia juga turut sama meninggalkan beranda itu.

Dan matahari juga telah terbenam dan kegelapan menjelma.

❀❀

"Cepat sungguh masa berlalu, sedar-sedar je dah nak masuk bulan Ramadhan. Kau dah buat persiapan ke Zahran?" Soal Tuan Fattah yang sedang mengasah parang menggunakan batu asah yang telah dibasahi air di laman rumahnya.

Tuan Fattah merupakan abang sulung Tuan Zahran, dan juga bapa saudara Rafiq, termasuk Irfan yang juga anak Tuan Firdaus, adik kedua Tuan Fattah.

"Macam biasalah Long. Alhamdulillah, keluarga aku memang sedia semuanya. Dah sedia bazar mana nak pergi nanti," ujar Tuan Zahran pada abang kandungnya itu dengan sengihan lebar.

Tuan Fattah menatap tajam pada Tuan Zahran, tanpa disedari terus dilukunya kepala lelaki berusia empat puluhan itu,

"Bazar tengkorak hang. Maksud aku, dah sedia ke nak rapatkan diri kau tu dengan keluarga. Bukannya aku tak tahu, tahun ni kau sibuk lain macam. Sampai dah tak ada masa nak duduk sekejap di rumah." Tuan Fattah mengerling tajam wajah adiknya itu.

"Hehe, biasalah sibuk sikit. Nak cari rezeki untuk keluarga aku juga. Lagipun sejak aku dan Marissa bersatu balik, anak-anak bini aku dengan bekas suami dia tu aku yang jaga."

"Betul juga tu, dah tiga tahun berlalu, Khalif masuk sekolah tempat pemulihan akhlak, bapa dia pula kena penjara, samalah dengan bekas isteri kau tu." gumam Tuan Fattah sambil memacakkan parangnya di tunggu kayu sebelum dia duduk di atas pelantar kayu di bawah pokok bersebelahan Tuan Zahran.

Nafas berat dihela perlahan, Tuan Zahran tidak juga membalas pertuturan Tuan Fattah.

Dia memandang wajah adiknya yang seperti sedang muram dan sedih itu,

"Apa cerita Zahran. Sedih pasal apa?"

Tuan Zahran tidak bersuara buat beberapa saat sebelum dia memutuskan untuk meluahkan perasaan kepada abangnya.

"Aku sebenarnya sedih Long, terkenangkan dosa yang dah aku lakukan dari zaman muda sampailah sekarang. Aku rasa, dengan apa yang aku buat sekarang ni takkan boleh tebus semula...dosa yang aku buat tu." Tuan Zahran merenung kosong ke hadapan, melihat pokok yang daunnya ditiup angin.

Tuan Fattah tersenyum, dia memahami perasan lelaki itu, dia juga manusia biasa.

Siapa saja yang tidak pernah buat salah di dunia ini kan?

"Takkan pernah ada seorang pun manusia di atas muka bumi Allah SWT ini yang tidak pernah buat salah. Kau sebagai seorang hamba Allah, sepatutnya bersyukur, kerana kau masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan kembali je jalan-Nya yang lebih lurus,

(6)Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

Tuan Zahran terdiam mendengarkan Tuan Fattah membacakan terjemahan Surah AL Fatihah itu.

"Muhasabah diri kau Zahran, betulkan apa yang tidak betul dalam kehidupan kau. InshaAllah, kau akan temui kebahagiaan yang kau cari." bahu Tuan Zahran sebelum Tuan Fattah membawa diri ke dalam rumah.

" bahu Tuan Zahran sebelum Tuan Fattah membawa diri ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

717 words

BAHAGIA SESUDAH DERITAWhere stories live. Discover now