Hari Raya Aidilfitri
KHALISHA duduk di sisi katil Rafiq yang tidak berpenghuni, sedih dia melihat katil itu. Terkenang pada si abang yang disayangi.
"Abang Rafiq..." katanya perlahan. Sedih sungguh nada suaranya.
"Hei budak, buat apa tu?" Rafiq tersenyum sebelum menolak sendiri kerusi rodanya masuk ke dalam bilik tidur itu.
"Abang Fiq? Macam mana abang boleh naik sini, ini kan tingkat atas." Soal Khalisha terkejut.
"Mamat ni lah tolong." Rafiq menunjuk ke arah Irfan yang sedang tersengih di belakang, "Rindu abang eh."
Khalisha cepat-cepat usap air mata yang hampir mengalir, "Mana ada!"
"Eleh nak tipu sangatlah tu! Ingat kita tak tahu ke hah?"
Suasana sunyi kerana Khalisha tidak berani menambah apa-apa, memang betul dia menangis dan abangnya sudah melihat segala-galanya. Susah nak disorok lagi.
"Haih adik abang ni, Isha janganlah nangis lagi. Abang kau ni dah sihat, cuma nak berjalan je lemah sikit. Selain daripada tu, semuanya ok!" Irfan mencelah, serba sedikit mengurangkan beban di hati gadis remaja itu.
"Hmm." Khalisha mengangguk perlahan.
"Semua orang dah tunggu. Marilah kita turun." Rafiq menarik perlahan tangan Khalisha sebelum mereka semua turun ke bawah.
Di bawah, kesemua mereka sedang bersedia untuk beraya, semua ahli keluarga sudah pun berkumpul. Tuan Fattah dari malam tadi lagi sudah bersedia dengan buluh lemang manakala Tuan Firdaus sibuk menganyam ketupat dengan Puan Maziah.
Tuan Zahran dengan Puan Marissa pula sudah tentunya menghias rumah, habis rumah itu berkilau dipenuhi lampu kelip-kelip. Pagar yang berkarat semuanya dicat baru, memang nampaklah kerjasama antara suami isteri dan keluarga.
"Rafiq mari nak, perlahan sikit turunnya tu." Tuan Fattah segera meluru ke arah tangga dan meraih tangan Rafiq untuk membantu dia menuruni tangga.
Semua mata memandang ke arah Rafiq, semuanya tersenyum manis membuatkan Rafiq lega. Tetapi kurang lengkap, kerana tiada seorang lagi orang penting dalam hidupnya tidak kunjung tiba.
"Fiq...teringatkan Faris ye," soal Aishah yang memandang anak mata Rafiq, dapat dia lihat raut wajah pemuda itu nampak sedih.
"Aku dah call tapi dia tak angkat. Tak apalah Fiq, kalau dia ingat kau, dia datanglah. Bukan salah kau dia jadi macam tu," terang Aishah dengan senyum nipis, puas Aishah menghubungi Faris malam tadi, tapi satu panggilan pun tidak diangkat.
YOU ARE READING
BAHAGIA SESUDAH DERITA
Любовные романы𝟐.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 Ini kisah dia, yang pernah menderita dalam tangan keluarganya sendiri. Dia yang pernah disakiti hatinya, dibelai bagai anak kandung oleh bapa saudaranya. Kini hidupnya bahagia bersama keluarga tercinta. Disayangi umpa...