MALAM harinya, Rafiq berkunjung ke rumah sepupunya Irfan. Dia diajak oleh Tuan Firdaus dan Puan Maziah untuk berbuka puasa sekali.
Takkanlah nak tolak kan? Rafiq pun penuhi permintaan itu, cumanya Tuan Zahran dan Puan Marissa tidak dapat datang. Ada urusan kerja.
"Wah Mak Ngah, bukan main berkilau kawasan luar ni. Semangat nampaknya nak raya," puji Rafiq pada Puan Maziah setelah melihat halaman rumah dan juga pagar dipenuhi lampu kelip-kelip dan juga pelita buluh.
"Memang semangat sangat! Kebetulan Pak Ngah kamu tu bawa balik buluh, dia buat pelita, tiba-tiba semangat datang. Itu yang suruh si Irfan pergi beli lampu ni." Puan Maziah menyambut salaman tangan Rafiq dan mempelawa anak muda itu masuk ke dalam tanpa segan silu.
"Kebetulan, Mak Ngah ada pelawa kawan kamu tu juga, Faris dengan Aishah. Diaorang tak datang lagi. Kejap lagi datanglah." Puan Maziah terus mencelah tatkala melihat Rafiq seperti ingin bertanya sesuatu.
Dan Rafiq tidak meneruskan soalannya kerana sudah tahu jawapannya, mesti dua orang yang hampir berstatus suami isteri lagi beberapa bulan itu datang bersama.
Biasalah, rapat nau.
"Panjang umur, tu diaorang sampai dah." Irfan menjengah ke tingkap melihat kereta yang dinaiki pasangan itu sampai.
Of course lah Aishah duduk di belakang dan Faris memandu keretanya. Takkan nak duduk sebelah-menyebelah, letak tangan atas handbrake kan?
"Sampai pun bakal pengantin ni. Marilah masuk." Irfan mempelawa mereka berdua sambil tangannya memegang bahu Rafiq dan Faris bersama sebelum masuk ke dalam.
❀❀
Selesai saja berbuka, Aishah dan Puan Maziah sibuk mengemas dapur dan meja makan. Tadi Puan Maziah dah cakap, jangan tolong. Degil budak tu.
Manakala Irfan pula pergi solat maghrib sekejap, Rafiq sedang duduk di gazebo bertentangan dengan kolam renang di halaman rumah Irfan.
Sengaja biar makanan turun ke bawah dulu sebelum pergi tarawih. Nanti kalau kenyang sangat, jadi mengantuk pula. Sengaja dia melihat-lihat berita dalam handphone sekejap.
Tiba-tiba muncul pula Faris duduk di sebelah Rafiq. Rafiq pun apa lagi, terus senyum dan berganjak sedikit dari kedudukan asal memberikan ruang pada Faris untuk duduk.
"Apa cerita?" Tanya Rafiq.
Senyap, sunyi, kenapa pula Faris ni senyap je. Sebelum ni kalau aku tanya, bukan main dia membalas.
"Faris? Kenapa ni, kau sakit ke?"
"Kau pergi mana pagi tadi?" Pertanyaan Faris sedikit sebanyak membuatkan Rafiq lega. Nasib baik bercakap juga Faris ni, ingatkan sakit tadi.
YOU ARE READING
BAHAGIA SESUDAH DERITA
Romance𝟐.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 Ini kisah dia, yang pernah menderita dalam tangan keluarganya sendiri. Dia yang pernah disakiti hatinya, dibelai bagai anak kandung oleh bapa saudaranya. Kini hidupnya bahagia bersama keluarga tercinta. Disayangi umpa...