𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐐 | 10

65 11 20
                                    

23 Ramadan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

23 Ramadan

RAFIQ masih lagi tidur dengan lena. Kepenatan yang amat sangat masih belum hilang. Mujurlah tiada mimpi buruk atau aneh yang dia alami. Semuanya aman dan damai.

Tidur Rafiq agak terganggu kerana mendengar bunyi pintu biliknya seperti sedang dibuka oleh seseorang. Tetapi dia agak malas nak buka mata. Mungkin perasaan dia saja kot.

"Abang Fiq..."

Rafiq masih lagi tidak menyahut, dia terasa sangat malas nak membuka mata.

"Abang Fiq...bangunlah, kenapa tidur masa Isha balik ni." Panggil suara itu dengan lembut dan perlahan, Rafiq merasakan rambutnya diusap perlahan, dia kenal benar suara ini.

Dia membuka matanya dan alangkah terkejutnya dia apabila yang menjengah biliknya ini adalah Khalisha, adik tiri Rafiq.

"Isha...bila balik ni?" Mata Rafiq terbuka luas, gembira hatinya melihat adik perempuan kesayangannya itu pulang. Sudah hampir sebulan berpuasa adiknya itu berada di asrama dan tidak pulang.

Rafiq bangun dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil dan memandang Khalisha dengan senyum kecil, "Kenapa dekat sebulan tak balik? Abang tunggu lama tau, hati ni asyik tunggu je bilalah Isha nak balik..."

"Sorry abang...bukannya Isha sengaja tak nak balik awal, Isha banyak kerja khususlah, Isha ingat nak selesaikan kerja yang ada dekat asrama dulu. Supaya bila Isha balik, bolehlah spend time dengan abang tersayang Isha ni!" Tubuh Rafiq dipeluk Khalisha.

"Alahai manjanya adik abang ni..." tangan kurus Rafiq mengusap kepala Khalisha dengan kasih sayang dan kemanjaan.

Khalisha dijaga oleh Rafiq sejak dari kecil lagi. Rafiq tidak suka prinsip membeza-bezakan antara satu sama lain, walaupun mereka satu ibu lain bapa.

"Abang Fiq nampak dah kuruslah. Diet eh!" Khalisha mengangkat sedikit tangan Rafiq untuk melihat tubuh abangnya itu yang kelihatan sedikit susut berbanding sebelum ini.

Rasanya kali terakhir Isha balik tiga bulan lepas, masih ada sedikit isi di tangan dan juga pipi, kenapa nampak susut saja? Diet kot, fikir Khalisha.

"Ha'ah, abang jaga makan. Malaslah nak makan banyak-banyak bulan puasa ni. Nanti nak beribadah pun susah, subuh entah ke mana, tarawih entah ke mana." Sengaja Rafiq tidak mahu memberitahu apa-apa info, nampaknya Khalisha masih belum tahu hal sebenar.

Mungkin mama dan papanya tidak menceritakan kepada Khalisha, dia sendiri pun tidak tahu. Tapi, adalah lebih baik jika Khalisha tidak mengetahui masalahnya, dia tidak mahu Khalisha terlalu risau sehingga menjejaskan pelajaran.

"Patutlah! Abang ni...badan dah kurus kenapa nak kurus lagi!" Rungut Khalisha dengan wajah cemberut, ketawa Rafiq melihat,

"Jangan begitu Isha...sudah jangan nak buat muka. Buruk nanti, dah tak cantik." Rafiq mencubit pipi Khalisha sehingga merah kemudian ketawa. Menyebabkan muncung di mulut adiknya semakin panjang.

BAHAGIA SESUDAH DERITAWhere stories live. Discover now