𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐐 | 7

47 11 7
                                    

22 Ramadan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

22 Ramadan

SUDAH beberapa hari berlalu, keadaan masih tetap tidak berubah. Faris semakin lama semakin mengelak dari Rafiq.

Rafiq juga sudah tiada cara bagaimana mahu memujuknya. Macam manalah nak pujuk, setiap kali nak jumpa, Faris tak mahu jumpa.

Mesej di aplikasi WhatsApp memang tak, sudah lama nombor telefon Rafiq di block, telefon pun memang tak pernah diangkat.

"Assalamualaikum!" Irfan berjalan masuk ke dalam rumah dengan santai, dia melihat Puan Marissa mahu menyambutnya, tangan wanita itu dicium.

"Pagi-pagi lagi dah datang ni. Nak jumpa Rafiq ye?" Halus saja senyuman Puan Marissa bertanya, dia memang sudah boleh meneka niat Irfan datang.

Sudah banyak kali dia datang ke rumah keluarga Rafiq. Mana mungkin mereka tidak hafal dengan kebiasaan anak saudaranya itu.

"Ha'ah Mak Su, memang Irfan ingat nak jumpa Rafiq. Rindulah dia dah tiga hari tak tengok dia."

"Dia ada dekat dalam bilik, tak tahu apa dia buat dekat dalam. Sama ada main game, tengok tv ataupun tengah menulis." Sebelum berlalu pergi, Puan Marissa mengambil bahan-bahan dapur yang telah siap dibelikan Irfan.

Rajin betul budak ni, jimat masa aku nak pergi market. Fikir Puan Marissa.

Anak tangga dipijak dan dilalui sebelum sampai ke bilik Rafiq yang terletak paling hujung laluan koridor rumah banglo. Tombol pintu diputarkan dan dibuka dengan luas,

"Fiq! I'm coming my friend!" Nada Irfan separuh menjerit ketika berlari masuk dan memeluk Rafiq yang sedang fokus di mejanya.

Terkejut dia apabila Irfan terus melompat dari katil memeluknya, mujur badannya menahan. Kalau tidak, dengan dia sekali tersungkur ke lantai.

"Ya Allah, kau ni apahal? Nasib baik aku tahan. Kalau tidak dah kepala aku cium lantai kau tahu tak." Rafiq hanya membiarkan saja Irfan terus memeluknya tanpa menghalang.

Ini kerana dia memang sangat memerlukan pelukan sekarang ini. Keadaannya tidak begitu baik seperti apa yang Irfan dan keluarganya yang lain lihat.

"Alah aku tahu! Kau mesti sambut aku punyalah. Sweet ah kau ni!" Makin rapat pelukan Irfan, siap dengan cubitan manja di pipi Rafiq lagi.

"Ish mengadalah kau ni!" Rafiq menggeletis geli apabila pipinya dicubit sebegitu.

Irfan tergelak sebelum melepaskan pelukannya dan terus landing atas katil Rafiq dengan jayanya.

Apabila keadaan tenang, dia meneliti sekeliling bilik, Rafiq memang seorang yang pembersih. Tak ada sedikit sampah pun di dalam bilik itu. Dilengkapi dengan tv dan juga penghawa dingin seperti juga bilik Irfan.

Kemudian pandangan diarahkan pada Rafiq pula. Semakin hari, Rafiq semakin berubah. Memang dia masih ceria, cumanya sekejap sangat. Apabila keadaan diam dan senyap sunyi, Rafiq pun akan menjadi sama seperti itu.

BAHAGIA SESUDAH DERITAWhere stories live. Discover now