EH 5

876 60 18
                                    

Bunyi loceng menandakan masuk waktu rehat, puan Wani mengemas segala peralatan mengajarnya

"jangan lupa pembentangan minggu depan, siapa yang tak siap saya denda kamu pergi berdiri dekat luar kelas sebelah" cikgu Wani memberi ugutan kerana dia tahu kelas 4 sains tulen 1 dan kelas 4 sains tulen 2 di sebelah merupakna seteru dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.

Masing masing mahu membanggakan nama kelas mereka

"Ez macam biasa..." kebiasaannya Ayreen dan Ezran akan berada dalam kumpulan yang sama kerana rumah mereka dekat

"aku nak pair dengan Hanna la, kau dengan Tania. Boleh?" tak berkedip mata Ayreen mendengar kata kata Ezran.

Tak pernah pernah lelaki ini mahi berkumpulan dengan orang lain selain dirinya. Ayreen lihat Ezran sudah melangkah ke arah Hanna

"tapi Tania dengan Fazrul" jawabnya dengan nada rendah, matanya masih tertumpu pada Ezran dan Hanna yang kelihatan mesra walaupun baru berkenalan

"tak apa la Ayreen, aku partner dengan Zi Yang" Fazrul perasan riak wajah Ayreen berubah selepas Ezran pergi ke Hanna

"ha biar Fazrul dengan Zi Yang, aku dengan kau" Tania memeluk bahu Ayreen, wajahnya cuba di maniskan.

Ayreen, Ezran, Fazrul, Tania termasuk Zi Yang sudah berkawan sejak tingkatan 1. Perkenalan mereka bermula apabila mereka di tempatkan dalam satu kelas sehingga ke tingkatan empat

"Zi Yang, kau partner dengan aku eh projek sejarah" Zi Yang mengangguk

"baguslah lagipun kau kan terror sejarah, kami budak budak cina ni pun nak pair dengan budak melayu, kami malas menulis hahahahah..."
Fazrul ketawa

"janji kau cari bahan, aku tulis tak ada hal la bro" Zi Yang menaikkan ibu jari tanda setuju

"jom la rehat, dah 5 minit masa berlalu nanti habis pula makanan dekat kantin" ajak Tania

"Hanna, Ez. Jom la pergi kantin" Fazrul melaung ke arah mereka berdua

"jom Hanna" berbulu mata Ayreen melihat kemesraan pasangan itu namun segera dia beristighfar.

Mereka sampai di kantin, Ayreen mengajak Hanna untuk membeli makanan bersama sama kerana kantin ini mengasingkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki untuk membeli makanan.

Pihak sekolah tidak mahu ada persentuhan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan semasa membeli makanan, tahu saja la perangai pelajar lelaki yang suka tolak menolak dan tidak tahu beratur apabila membeli makanan

Sebaik sahaja membuat pembelian, Zi Yang menggamit tiga orang gadis itu untuk duduk bersama

"hari sabtu nanti aku datang rumah kau, kita buat projek sejarah tu sama sama" ujar Ayreen pada Tania

"ehh biar la Nia datang rumah kau, boleh join aku dengan Hanna sekali, Arul dengan Zi Yang pun datang la sekali. Kita buat dekat rumah aku" Ezran memandang rakan rakannya yang lain

"aku okay je, kau okay ke?" Zi Yang menyiku badan Fazrul

"okay" Fazrul memandang Ayreen dan Tania

"sekali la Ayreen" pujuk Ezran

"hmm yela" malas mahu mendengar rayuan Ezran, Ayreen terus bersetuju

"Fazrul nanti kau datang dengan Hanna, dia tak tahu lagi rumah aku dekat mana" Fazrul hanya mengangguk tanpa memandang Ezran.

Ayreen perasan Fazrul kurang rapat dengan Hanna walaupun mereka saudara, kenapa ya?














"jom Ezran kita balik" Ayreen sudah menyandang beg sekolah memandang Ezran di sebelah

Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW)Where stories live. Discover now