EH 17

731 70 13
                                    

Ayreen bersiap siap untuk keluar. Dia menggayakan pleated skirt bersama plain blouse. Dia memakai printed shawl kerama tidak mahu kelihatan kosong.

Hari ini dia bakal menghabiskan satu harinya bersama Ezran, sesuai janji mereka kerana tarikh pertunangan Ezran bersama Hanna telah di tetapkan dan ia jatuh pada lusa.

Kebetulan jadual peberbangan Ayreen juga pada hari tersebut tapi sebelah petang.

Dia sempat menghadiri majlis pertunangan Ezran namun tidak lama. Dia membeli tiket bersama sama dengan Zi Yang.

Semua sudah mengetahui perkara ini kecuali Ezran

"Ayreen" puan Afifah mengetuk pintu bilik

"Ya ibu" Ayreen menghadiahkan senyuman pada puan Afifah sebaik sahaja membuka pintu

"Ezran dah tunggu kamu dekat bawah" Ayreen mengangguk, dia kembali menuju ke katil untuk mengambil sling bag sebelum melangkah semula ke pintu

"Betul ke Ayreen tak nak bagitahu Ez?" tangan Ayreen di genggam.

Ayreen diam sebelum membalas genggaman puan Afifah seraya mengangguk

"Betul ibu. Ayreen nekad biar lah bila Ayreen pergi nanti baru Ez tahu" puan Afifah mengeluh nafas perlahan

"Kalau itu keputusan Ayreen, ibu akan pesan pada umi nanti" Ayreen jatuhkan kepala, syukur dia punya orang tua yang sentiasa menyokong apa saja keputusannya

"Terima kasih ibu" ciuman di hadiahkan pada pipi puan Afifah

"Dah pergi turun cepat. Kesian Ez tunggu kamu dekat bawah" mereka berdua melangkah turun ke bawah

"Jom Ez" Ezran yang membelakangi Ayreen menoleh. Dia tiba tiba terpesona dengan pemakaian Ayreen

"Boleh pula berangan. Hello" tangan di lambaikan kiri ke kanan

"Ha dah siap, jom" Ezran berdehem untuk menghilangkan rasa malu.

Tak pernah Dia tenung Ayreen seperti tadi nanti apa pula kata gadis itu

"Ibu, Ez pinjam Ayreen hari ni ya" puan Afifah yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi mengangguk

"Jangan balik lewat pula nanti tak pasal-pasal ibu dengan umi tunggu kamu depan rumah" Ezran dan Ayreen ketawa

"Baik mem" Ezran membuat gaya tabik hormat

"Pergi dulu ibu" Ayreen melambai tangan

"Hati-hati bawa kereta Ezran" pesan puan Emma yang tiba-tiba sahaja muncul dari dalam rumah

"Baik umi, jangan nakal-nakal dengan abi" usik Ezran

"Eh budak ni" puan Emma membesarkan mata. Ezran ketawa lepas, suka betul dia lihat wajah umi ketika ini

"Kami gerak dulu assalamualaikum umi, ibu" kereta milik encik Hadari meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat itu

"Dah lama rasanya Emma tak tengok anak anak kita rapat macam tu" katanya pada puan Afifah

"Betul. Dah lama juga Fifah tak tengok mereka berdua ketawa sama-sama" sokong puan Afifah

"Emma terkilan sebab Ezran buat keputusan terburu buru untuk ikat tali pertunangan dengan Hanna padahal kita berempat dah rancang nak satukan Ezran dengan Ayreen" ada nada kecewa di hujung-hujung percakapan puan Emma

"Mungkin takdir dah tertulis yang Ayreen dan Ezran tak berjodoh. Kita doakan semoga anak-anak kita bahagia dengan jodoh mereka nanti" puan Afifah memeluk bahu puan Emma

"tapi Fifah tahu kan yang Emma sayang sangat dekat Ayreen. Dia dah macam anak perempuan Emma" luahnya.

Puan Afifah tersenyum

Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW)Where stories live. Discover now