EH 52

679 87 17
                                    

Ketukan tumit tinggi milik seorang wanita bergema, menarik perhatian beberapa orang yang berada di lapangan terbang.

Hanna berjalan dengan penuh bergaya sambil tangannya menolak troli beg. Setelah tempoh idahnya tamat, dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Mata Hanna meliar, mencari kelibat seseorang. Dia lihat ada tangan yang melambai ke arahnya dan dia kenal gerangan tersebut. Langkah di bawa mendekati wanita itu.

"Babe!" Jerit Fiona, mendepangkan tangan dan mereka berpelukan.

Sudah hampir tiga ke empat tahun mereka berpisah sejak Hanna beecerai dan mendapat tawaran menjadi model di luar negara.

"Jom, kita balik rumah. Atau kau nak singgah makan dekat mana-mana?" soal Fiona selepas mereka mereggangkan pelukan.

"Kita makan dulu la, aku lapar," Hanna menggosok perut.

"Okey, jom. Aku bawa kau dekat restoran favorite aku," mereka berjalan meninggalkan lapangan terbang tersebut.

Selepas memesan makanan, mereka berbual beberapa topik.

"Kau betul ke nak dapatkan Ezran semula?" Fiona memandang Hanna dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Wanita itu seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Yelah, kalau tidak buat apa aku balik sini lagi," jawab Hanna yakin.

"Aku dengar Ezran dah kahwin lain," Fiona akhirnya membuka kisah.

"What!" tinggi suara Hanna, sehingga menarik perhatian beberapa orang pelanggan yang berada di dalam restoran.

"Slow down sikit suara kau, boleh tak?" Fiona menepuk dahi, menyesal pula dia beritahu Hanna di sini.

"Dia kahwin dengan siapa?" soal Hanna geram, dia mengenggam penumbuk.

Baru berapa tahun berpisah, Ezran sudah ada penggantinya. Kurang ajar!

Fiona mengangkat bahu. "Entah, aku pun tak ambil tahu sangat dia kahwin dengan siapa memadangkan masa dia nikah, kau dah kahwin dengan Evans," buat apa dia nak ambil tahu tentang duda sahabatnya.

"Aku nak tahu dia kahwin dengan siapa, kau ada orang yang boleh siasat tentang Ez?" perasaan ingin tahu semakin bersemarak di dalam hati.

"Nanti aku minta tolong dengan someone," ujar Fiona.

"Kalau boleh aku nak tahu A.S.A.P," arah Hanna.













"Cupcake," panggil Ezran, sewaktu dia melihat Ayreen sedang termenung di meja solek. Bahu Ayreen disentuh.

Wajah Ayreen kelihatan tersentak dengan sentuhan Ezran, dia memandang pantulan cermin dan melihat tubuh Ezran di belakangnya. Rambutnya diusap lembut oleh jemari milik lelaki itu.

"Kenapa tak siap lagi ni? Kita semua dah janji nak jumpa lepas Zohor ni?" Ezran mengerutkan dahi melihat kelakuan Ayreen.

"Kalau kita pergi naik kereta asing-asing boleh ke, Ez?" Ayreen menyoal.

Ezran melepaskan pegangan pada bahu Ayreen, tangan disilangkan ke dada.

"Cupcake janji apa semalam dengan Ez?" Ezran membuat muka.

Ayreen terdiam, ya dia janji dengan Ezran semalam untuk memberitahu semua rakan-rakan mereka yang mereka telah berkahwin, memandangkan hubungan mereka juga sudah semakin pulih.

"Yelah, yelah," Ayreen pasrah, lagipun sampai bila mereka nak sembunyikan perkahwinan mereka dari semua orang.

"Good girl. Cepatlah siap nanti kita lambat pula," Ezran mencium kepala Ayreen.

Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW)Where stories live. Discover now