EH 9

774 61 15
                                    

"Ez" Ezran menyaut, matanya menatap Ayreen

"kau suka Hanna?" soal Ayreen

"suka yang macam mana?" tubuh Ezran berpusing menghadap Ayreen seolah olah dia berminat dengan perbualan ini

"cinta" ringkas jawapan Ayreen.

Seboleh bolehnya dia tak mahu menatap wajah Ezran kerana tidak mahu lelaki itu lihat sebarang reaksi yang bakal dia pamerkan.

Dia hanya menatap pokok bunga yang berada di halaman rumah. Baru dia perasan puan Afifah menanam pokok bunga mawar yang baru kerana minggu lalu Affan tidak sengaja menendang bola lalu terkena pokok bunga mawar kesayangan ibu

"aku sayang dia" tiga patah perkataan itu sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berlagu pilu.

Tenang Ayreen, tenang. Seboleh bolehnya dia cuba mengawal perasaan supaya Ezran tak nampak riak kekecewaannya

"macam mana kau boleh jatuh cinta dengan dia?" matanya menatap mata Ezran cuba mencari kebenaran di sebalik sepasang mata itu

"pernah tak kau dengar orang cakap yang kita tak perlu sebab pun untuk cintakan seseorang, perasaan tu lahir dari hati yang aku sendiri keliru nak tafsirkan" dan ketika Ezran berbicara tentang cinta dapat dia lihat anak mata lelaki itu seolah olah bersinar, tahu lah dia yang Ezran teruja bila bercerita tentang Hanna

"kau tak nak confess?" kalau ada gunting di sebelahnya, sudah lama dia gunting lidahnya sendiri, kenapa lah kau cari penyakit Ayreen

"kau rasa patut ke aku confess?" sudah bakpo dia tanya ke kita

"ini pendapat aku terpulang kalau kau nak dengar ke tak, aku rasa lebih baik kau dan dia fokus dulu dekat peperiksaan besar yang bakal kita hadapi tahun depan lepastu kau nak ajak dia kahwin pun aku setuju" pandai betul kau bagi ayat, dia layak di beri anugerah wanita paling hipokrit kerana semua ayat yang keluar dari mulutnya tak seiring dengan apa yang berada di dalam hati

"aku pun rasa macam tu" Ayreen memaksa dirinya untuk terus tersenyum

"kau nak tahu tak Ayreen, kau la sahabat yang paling aku sayang dalam dunia ni, kau sangat memahami aku dan aku senang bercerita dengan kau" tidakkah Ezran tahu dia memahami lelaki itu kerana dia menyimpan perasaan terhadapnya

"kita kan dah kawan dari kecil lagi tak mungkin aku tak faham kau" Ezran mengiyakan kata kata Ayreen

"kau dengan Zi Yang ada apa apa ke?" Ezran melirik kepadanya

"merepek apa kau malam malam ni, aku dengan dia kawan la" ucap Ayreen

"eleh...ye la tu, aku kawan kau kut takkan kau tak nak cerita pada aku orang yang kau suka" Ayreen melepaskan nafas berat.

Matanya memadang tepat ke dalam mata Ezran, wajahnya serius

"kalau aku cakap aku suka dekat kau?" wajah Ezran yang tersenyum tadi mula berubah 

"Ay...Ayreen kk..kau" tiba tiba Ayreen ketawa lepas

"ya Allah kau kena tengok muka kau tadi, cuak gila" wajah Ezran jelas bingung dengan sikapnya

"aku gurau je la" terang Ayreen.

Baru dia nampak wajah Ezran mula tersenyum dan bibir itu mengukirkan senyuman

"aku ingat kau betul betul tadi, aku jadi serba salah tahu tak" Ayreen bermain dengan hujung tudungnya

"kenapa kau nak rasa serba salah pula" Ezran angkat bahu

"entah la mungkin aku rasa serba salah sebab aku dah cerita tentang orang yang aku suka pada orang yang suka pada aku" Ayreen tergamam, tidak terkeluar ayatnya

Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW)Where stories live. Discover now