"Adel , kau sini jap" panggil Maya , kawan sekerjanya . "Kau pahal? Nak aku hempuk kau dengan dulang ni" Maya mengundur beberapa langkah ke belakang . "Kau jangan baran sangat boleh tak?" pinta Maya sambil mengelipkan matanya berkali-kali . "Yelah nanti aku cuba turunkan sikit baran aku ni tapi kau jangan bagi aku marah pulak" dia cuba untuk tenangkan diri . Kerusi yang kosong itu dia duduk .
"Maya , sini jap" dia menepuk kerusi sebelah yang kosong . Sebaik sahaja Maya melabuhkan punggungnya , hati dia terdetik untuk menyoal sesuatu . "Maya...em aku ni kasar sangat ke?" soalnya ragu-ragu . "Sejujurnya dari segi fizikal , kau memang kasar tapi dari segi mental kau , aku tahu kau ni jenis hati lembut" Maya tersenyum dan melihat ke arah Adelia .
Ting...ting...ting...
"Sudahlah , ada pesan masuk ni . Kau jaga kedai elok-elok . Aku cau dulu" kata Adelia dengan kalut seolah-olah tiada hari esok .
'Cup'
Satu ciuman melekat di pipi Maya dengan serta merta . 'Ganas-ganas kau , sayang jugak dekat aku ni . Adel...Adel' getus Maya lalu melangkah ke arah kaunter .
********************
'Besarnya rumah ni , kan best kalau aku yang duduk rumah ni' getusnya dalam hati . Loceng di tekan dan tiada sahutan . "Takde orang ke? Lain kali kalau dah tahu rumah takde orang , bayar la terus ni tak nak jugak COD . Menyusahkan betul laa" rungut Adelia . "Saya menyusahkan awak ke?" suara itu mengejutkan Adelia . Dengan tidak sengaja , dia terlanggar pasu bunga yang berada di tepi pagar .
'Alamak dah pecah tapi bunga ni cantik' sempat dia memuji pasu bunga yang sudah berada di lantai . "Ya allah encik , saya minta maaf . Tak perasan la pulak encik punya pasu bunga dekat situ" Adelia menundukkan pandangannya ke bawah dengan rasa bersalah .
'Cantik jugak minah ni tapi sayang , brutal' kutuk lelaki itu sendiri . "Encik ni Megat Iman Najmi ke?" . Lelaki itu mengangguk kepala . "Encik ni pizza yang encik order . Semuanya RM40" kata Adelia lalu melontarkan senyuman yang manis . 'Kalau dia jadi wife aku macam mana? Rupa ada dah cuma perangai la kena ubah . Kalau aku kawin dengan dia , takla sakit telinga aku kena berleter dengan mummy , daddy' Megat Iman Najmi bermain teka-teki dalam kepalanya .
Not RM50 dikeluarkan dari poket kanannya dan diserahkan kepada Adelia Sofiya . "Keep the change . What's your name? " . "Adelia Sofiya bin- " tidak sempat menghabiskan ayatnya Megat Iman Najmi memotong terlebih dahulu . "Saya tanya nama awak je , tak tanya pon nama ayah awak" kata lelaki itu selamba . Adelia Sofiya sudah menggigit bawah bibirnya untuk menahan malu .
'Ada jugak yang pengsan depan rumah sendiri nanti kot' Adelia Sofiya cuba menahan baran . "Kahwin dengan saya" hampir tersedak Adelia Sofiya mendengar pelawaan yang tidak masuk akal itu . Kahwin? Dengan lelaki yang dia sendiri tak kenal . "Encik , saya balik dulu tau" Adelia Sofiya berpura-pura tidak mendengar . Dia terus berjalan menghala ke arah motosikalnya .
"Kahwin dengan saya sebab awak dah pecahkan pasu saya" lelaki itu berjalan ke arah Adelia Sofiya . "Kau ni takkan terlanggar pasu pon kena kahwin dengan kau" marah Adelia Sofiya . Pandangan maut dilemparkan ke arah Megat Iman Najmi . "Marry me or I'll kill you" kata Megat Iman Danish dengan nada yang serius dan menakutkan . Adelia Sofiya menelan air liurnya .
Adelia Sofiya berfikir sejenak . "Bak sini handphone kau" Adelia Sofiya mendail nombornya di telefon Megat Iman Najmi . "Nanti kau chat aku , kita bincang" katanya sebelum berlalu pergi .
********************
+60129876543
+ni Adelia Sofiya kan?
+ya siapa ni?
+ni Megat Iman Danish .
+ooo , kau ke . aku ingatkn
scammer tadi .+so macam mana? plan kita?
awak okay ke?
+banyak la kau plan kita , ni plan
kau sorang je tau .
📍location .
esok datang jumpa aku kat sana
aku tunggu eh , tak datang siap kau .+baiklah , gudnite sleepwell
see u tomorrow ♡.********************
sorry typo 😊.
YOU ARE READING
MEGAT IMAN NAJMI [OG]
РомантикаPertemuan antara Adelia Sofiya dan Megat Iman Najmi disebabkan kecelakaan yang tidak disengajakan . Adelia Sofiya mempunyai sifat ganas dalam dirinya . Adelia Sofiya bekerja sebagai penghantar makan . Pada suatu hari , dia menerima pesanan daripada...