"Aku terima nikahnya Adelia Sofiya binti Zaidi dengan mas kahwinnya RM2000 ringgit tunai ."
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"
Adelia Sofiya menoleh ke kanan dan melihat Maya menangis . Tanpa basa-basi dia terus memeluk sahabatnya dan tangan kanannya menepuk perlahan belakang Maya .
"Kenapa kau sedih ni? Ini kan hari bahagia aku , sepatutnya kau happy kau monyok je . Tak nak cerita ke?" soalnya .
Maya melepaskan pelukan lalu mengukirkan senyuman manis ke arah Adelia Sofiya . Nafas dihelakan perlahan .
"Aku tengah bahagia la sekarang . Aku nangis sebab aku gembira . Dapat jugak tengok kau kahwin tanpa ada halangan . Aku sayang kau , Adel" ucapnya dengan mata yang berkaca .
"Thankyou . Aku harap kau pon akan kahwin jugak satu hari nanti . Kalau susah sangat kau kawin je dengan duda hot belakang rumah kita tu" Adelia Sofiya ketawa terbahak-bahak .
"What?! Kau nak suruh aku kahwin dengan pakcik Mail tu? Sorry but he's not my taste . Aku kalau nak kahwin aku cari yang macam kawan laki kau tu" jarinya menunding ke arah Mikhail yang sedang berbual dengan Megat Iman Najmi di hadapan tok kadi .
Adelia Sofiya mengecilkan matanya untuk melihat siapakah gerangan yang ditunjukkan oleh Maya .
"Mamat yang kau tunjuk tu Mikhail , bestfriend Megat" Maya memintalkan rambutnya . Adelia Sofiya menggeleng kepalanya lalu melihat ke arah Megat Iman Najmi .
*******************
Selepas sahaja akad nikah mereka terus pulang ke hotel untuk rehat . Majlis resepsi akan diadakan pada waktu malam .
Adelia Sofiya merenung ke luar balkoni . Awalnya dia ingin mengikut Maya namun Puan Hannah menghalang . Katanya tak baik tinggalkan suami sendiri .
Ktakk
Pintu bilik air dibuka . Dia menghala pandangan ke arah suaminya lalu kembali termenung . Dihelakan nafasnya .Dia merasakan ada sesuatu haba yang panas dekat dengannya . Dia toleh ke belakang dan tersentak apabila suaminya berdiri di belakangnya . Adelia Sofiya mengusap dadanya .
"AWAK! terkejut saya , nasib baiklah takde sakit jantung . Kalau tak awak dah jadi duda tau" marahnya .
"Sorry sweetheart , I didn't mean it" Megat Iman Najmi hanya tersenyum nipis . Tangannya naik mengelus perlahan rambut isterinya . God.. she's beautiful !
'Sweetheart? amboi manisnya mulut kau eh Megat tapi kenapa tiba-tiba ada butterfly in my stomach ni?
ARGHH! KAU DAH GILA , ADEL . Yes , you're crazy' gumamnya dalam hati .
"Mandi dulu sayang lepastu nanti saya orderkan makan untuk awak and after that , you can sleep to rest yourself sementara nak tunggu majlis malam nanti" Megat Iman Najmi menarik perlahan badan isterinya ke arah bilik air .
Adelia Sofiya mengetap bibirnya untuk menahan malu . Malu diperlakukan seperti ratu oleh seorang lelaki yang bergelar suami . Tanpa sengaja , terbit senyuman manis di bibirnya .
*******************
"Awak...sa..saya takut la . Kenapa ramai sangat orang ni?" kata wanita itu tergagap-gagap sambil mengenggam erat lengan Megat Iman Najmi . Wanita eh sebab dah jadi isteri orang . Bukan gadis lagi dah .
"Baby , you don't have to worried . Just keep calm , okay?" katanya lalu memperketatkan genggaman .
Adelia Sofiya mengetap bibirnya lalu menangguk perlahan . Matanya masih meliar ke arah tetamu yang hadir pada malam itu lalu dia melihat ke arah Maya yang sedang rancak berbual bersama Mikhail .
"Laju kau buat kerja eh Maya" katanya perlahan namun masih boleh didengar . "Awak , tengok sana" Adelia Sofiya memuncungkan bibirnya ke arah pasangan itu .
"Mikha? Maya? Serasi dah tu nama pon mula huruf M" kata lelaki itu sambil menggelengkan kepalanya . Megat Iman Najmi mengalihkan pandangan ke arah isterinya yang sedang ketawa . 'Comel' gumamnya dalam hati .
Tiba-tiba lampu ballroom dipadam . Hanya ada satu lampu sahaja yang terbuka dan lampu itu tertuju ke arah pengantin . Musik didengarkan .
"Wanna dance with me?" bisik lelaki itu . "I don't know how to dance and this is my first time" jawabnya perlahan . "Let me teach you , can I?" Adelia mengangguk perlahan dan dihadiahkan senyuman kepada suaminya .
Pasangan pengantin itu memulakan langkah mereka . Adelia Sofiya tersenyum malu . Selepas selesai majlis , mereka berdua naik ke bilik paling atas .
********************
YOU ARE READING
MEGAT IMAN NAJMI [OG]
RomancePertemuan antara Adelia Sofiya dan Megat Iman Najmi disebabkan kecelakaan yang tidak disengajakan . Adelia Sofiya mempunyai sifat ganas dalam dirinya . Adelia Sofiya bekerja sebagai penghantar makan . Pada suatu hari , dia menerima pesanan daripada...