001

205 6 0
                                    

Ting!

Bunyi notifikasi yang masuk ke dalam telefon canggih itu menarik perhatian Lara. Selamba telefon canggihnya diambil dari nightstand di tepi katilnya. Buah stroberi dikunyah perlahan dalam mulut sambil mata menatap pada skrin telefon.

Serta-merta gadis itu tersenyum lebar. Gaji dah masuk! Yeay!

Laju jarinya memindahkan separuh gajinya ke dalam akaun simpanan. Lara tersenyum puas. Lega!

BAM!

"Mak kau hijau! " latah gadis itu terkejut tatkala pintu biliknya dibuka kasar.

"Aku nak duit. " ujar si gadis yang bertocang dua di hadapan pintu bilik Lara. Tangan disilangkan di dada dengan wajah angkuh.

Lara mengeluh pasrah.

Perlahan-lahan gadis itu bangkit dari pembaringannya. Tak boleh nak hidup tenteram langsung! Fuh. Wajah adik tirinya dipandang lama.

"Pandang apa? Aku nak duit. Cepatlah! " gesa gadis itu malas.

"Aku dah bagi RM 3000 dekat kau dengan ibu kan? Takkan dah habis? " tanya Lara perlahan.

"Itu bulan lepas! Alah kau ni, gaji berlambak kan! Takkan dengan adik sendiri nak kedekut? Aku nak RM 2000 je. " balas Nadia menyampah. Geram disoal banyak.

"Banyaknya kau nak guna. Kau nak buat apa? " berkerut dahi Lara mendengar jumlah yang diminta itu. Minah ni.. sus!

Nadia menggulingkan biji matanya ke atas menyampah dengan soalan Lara. Dengusan kasar dilepaskan.

"Banyak bunyilah kau ni! Bagi ajelah aku duit tu. Takat RM2000 tu apalah sangat! " bidas Nadia.

Apalah sangat? Lara mengetap bibir rapat. Hanya tuhan sahaja yang tahu kesabarannya sedang menipis saban hari.

Melihatkan Lara diam, Nadia tersengih sinis.

"Tak nak bagi tak apa, aku boleh bagitahu ibu. " ujar gadis itu bersahaja.

Pantas Lara memandang ke arah Nadia. Saliva ditelan kelat. Inilah perkara yang paling dia benci sekali. Ugutan budak-budak!

Nadia menapak mendekati kakak tirinya itu dengan senyuman sinis.

"Bagi aku RM2000 atau kau pilih nak kena tibai dengan ibu. Hm? " gadis itu ketawa kecil. Suka!

"Nadia.. kau dah besar kut. " Lara cuba melawan. Tidak selamanya dia harus berada di bawah bayangan ibu dan adik tirinya.

"Kau sepatutnya dah boleh pergi kerja cari duit sendiri. Takkanlah selamanya nak mintak duit dengan aku? Aku bukan.. " ayat Lara tergantung.

Bibir dikemam rapat.

Nadia mendengus kasar. Dahi Lara ditunjal perlahan.

"Eh, kau menumpang aje tau dekat rumah ni. Sedar sikit! Ibu aku dah bela kau dari kecik, takkan bagi duit sikit pun nak berkira? Come on lah, kata doktor. " perli Nadia sinis.

Lara diam.

Dia tidak boleh menafikan kenyataan itu. Memang dirinya dijaga oleh ibu tirinya sejak kecil tetapi tidak bermakna mereka harus merabakkan poketnya sesuka hati, kan? Buku lima digenggam kuat.

"Sebelum pukul 8 malam ni, aku dah tahu account aku dah ada RM2000, okay? Kalau tak, tahulah nasib kau ye kakak kesayanganku. " Nadia ketawa memerli sebelum menepuk perlahan pipi Lara.

Pintu bilik ditutup.

Lara kaku berdiri di hadapan pintu biliknya. Bibir dikemam rapat. Tubir mata terasa hangat. Sampai bila dia harus hadap semua ini? Mengapa dia terlalu lemah untuk melawan ibu dan adik tirinya?

OG | GANGSTER LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now