010

45 3 0
                                    

Jururawat perempuan bertudung manis di bahagian ER berjalan mendekati Lara yang sedang sibuk membelek fail pesakit di kaunter. Gadis itu menggaru tepi kepalanya bingung. Sekali-kala, matanya mengerling ke arah salah satu katil pesakit.

Seakan tersedar kehadiran si jururawat, Lara menoleh ke arah gadis bernama Suraya itu. Kening dijungkit naik.

"Ada apa, Suraya? " tanya Lara polos. Fail pesakit ditutup.

"Umm.. doktor Lara, ada patient nak jumpa doktor. " balas Suraya kekok. Lara mengerutkan dahinya.

"Hm? Siapa? " tanya gadis itu hairan.

"Nama dia Rui. Dia baru admitted tadi, katanya case dia sebab bertumbuk. " Suraya berbisik perlahan di hujung ayatnya.

"Oh. "

Lara menyeluk tangannya ke dalam poket kot putih yang dipakai. Rui? Siapa tu?

"Okaylah, saya pergi jumpa dia. Katil dia yang mana? " tanya Lara spontan.

"Katil nombor 5. " balas Suraya ringkas.

Lara mengangkat thumbs up sebelum kakinya mengorak langkah ke katil pesakit nombor 5. Tiba sahaja di hadapan katil si pesakit, langkah gadis itu terhenti.

Untuk seketika, Lara mengeluh perlahan. Ini rupanya 'Rui'.

Apek ni lagi.

Haih...

Darien mengukir senyuman kecil kepada Lara. Gadis itu jalan mendekati katil Darien dengan raut wajah masam. Tangan naik mencekak pinggang.

"Seriously? Kenapa kau kat sini lagi, apek? Kau bertumbuk dengan siapa pulak ni? Ha? " tanya Lara geram.

"Kenapa doktor kat hospital ni semua grumpy eh? Boleh kena heart attack aku lepas ni. " omel jejaka itu tidak membalas soalan Lara. Lara mendengus perlahan.

"Huh! Tengoklah patient nya pun macam mana, kalau boleh seminggu sekali nak masuk ER sebab bertumbuk! Mana tak grumpy doktor kat sini. Tsk. " Lara menyilangkan tangan di dada. Geramlah aku dengan apek ni! Eii!

Darien tersengih senget.

Sengaja jejaka itu meniru gaya Lara dengan menyilangkan tangan di dadanya.

"Well, I guess I'm destined to be in here for at least once a week. What can do, doctor? " ujar Darien spontan. Lara mengeluh perlahan.

"Hah.. fine, suka hati kaulah. Tapi yang aku musykil dengan kau ni, kenapa kau asyik panggil aku? Banyak lagi doktor bertugas kat ER ni, aku jugak yang kau cari. Ingat aku tak sibuk ke, huh? " tanya Lara serius.

Darien diam beberapa saat. Iris hazel coklatnya merenung mata bundar gadis berkot putih di tepinya. Senyuman kecil diukir pada bibir.

Kenapa? Dia sendiri pun tidak pasti.

Lara menjungkit kening melihat jejaka itu mengukir senyuman pada wajahnya. Apa ni! Senyum-senyum, ingat handsome lah tu?

Uhuk.

"Mungkin tangan kau ada magik. Sebab tu aku panggil kau je. Kalau doktor lain rawat aku, luka aku lambat sembuh. Maybe that's the solid reason. " tutur Darien perlahan. Matanya tidak lepas merenung ke arah Lara.

Magik?

Lara tergamam sejenak. Tidak berkedip matanya menatap wajah poyo Darien di katil pesakit. Saliva ditelan payah.

"Apek.. kau.. " Lara menekup mulutnya perlahan.

"Apa? " Darien menjungkit kening.

"Kau terhantuk kepala dekat tiang ke? "

OG | GANGSTER LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now