016

44 2 0
                                    

Beg tangan Lara dihulurkan kepada gadis itu. Lara tersenyum kelat, perlahan-lahan tangannya mengambil beg tangan yang dihulurkan Farhan.

Iya, Inspektor Farhan.

Apa yang jadi? Bagaimana pula si Farhan boleh wujud dalam babak ini? Flashback nak? Tak boleh.

Farhan merenung tajam wajah pucat Lara di hadapannya. Tangannya naik disilangkan di dada. Banyak persoalan bermain di fikirannya tetapi melihatkan wajah pucat lesi gadis itu, terbantut niatnya. Keluhan panjang dilepaskan perlahan.

"Check lah dulu dalam beg awak tu. Tengok barang cukup ke tidak. " ujar Farhan perlahan.

"O-okay. " Lara angguk.

Gulp!

Rasa macam tengah telan pasir! Seram pula bila Farhan merenung tajam ke arahnya dengan tangan bersilang begitu. Lara mula menyelongkar isi beg tangannya memeriksa satu persatu barang. Hembusan nafas panjang dilepaskan. Lega!

"Cukup? Ada apa-apa hilang? " tanya Farhan. Lara menggeleng kepala.

"Alhamdulillah, semua barang saya ada lagi! Terima kasih, Farhan. Kalau awak tak ambik handbag saya ni mesti saya dah jadi pelarian! Fuh. " ujar gadis itu lega.

"Nasib baik saya yang ambik, kalau orang lain? Tak ke naya awak nak cari balik? Macam mana awak boleh tertinggal beg dekat luar kereta, Lara? Saya musykil. " balas Farhan senada.

Lara tersengih kekok.

Alamak! Si Inspektor dah mula curiga. Tapi dia tak mahu besarkan lagi hal ini! Gadis itu berdehem perlahan.

"Itulah tu! Saya pun musykil dengan diri saya, Farhan. Boleh pulak tertinggal handbag luar kereta! T-tapi sekarang ni beg dah selamat, so awak tak perlu musykil lagi ye? Okay? " tutur Lara bersungguh. Farhan mengeluh perlahan.

"Lain kali jangan careless, saya bukan ada dengan awak 24 jam tau. " ujar jejaka itu perlahan.

"Okay-okay, saya faham. Terima kasih ingatkan saya, Inspektor Farhan! " Lara tersenyum kecil.

Farhan turut tersenyum kecil. Alahai, tak jadi nak membebel dekat Cik crush ni! Comel sangat! Jejaka itu menggeleng kepala perlahan. Huh! Hilang fokus. Lara menilik jam tangannya sekilas. Mujur ada masa lagi sebelum dia bertolak ke hospital.

Kemudian gadis itu memandang ke arah Farhan.

"Farhan. " seru Lara.

"Ya? " Farhan menjungkit kening.

"Awak nak breakfast sekali tak? Alang-alang saya ada sejam lagi sebelum nak clock in. Boleh saya ganti date tak jadi haritu. " Lara ketawa halus. Date lah sangat!

Farhan terdiam sesaat.

"Awak nak ajak saya.. date? " tanya jejaka itu tidak percaya.

"Alah, breakfast je pun! Awak nak tak? Tak nak, tak- "

"Eh, mestilah nak! Saya pun ada masa lagi ni. Jom? " pintas Farhan dengan senyuman lebar. Bahagia!

"Okay, jom. " Lara ketawa kecil.

Sebaik sahaja kaki mengorak langkah ke arah kereta, bahu Farhan berlaga perlahan dengan seorang jejaka yang kebetulan mahu lalu di situ. Telefon canggih jejaka ber hoodie kelabu itu serentak terjatuh di atas jalan.

Serentak mereka bertiga berbalas pandangan.

"Eh, sorry Encik! Saya tak sengaja. " Farhan laju-laju mengambil semula telefon canggih si jejaka.

OG | GANGSTER LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now