028

39 7 0
                                    

Lara menekup wajahnya dengan kertas di tangan. Rasa mahu menjerit sekuat hati. Bibir dikemam rapat di sebalik kertas yang melindungi wajahnya itu. Entah apalah yang merasuk dirinya semalam! Apa yang membuatkan dirinya menjawab 'yes' kepada lamaran mengejut Darien? Lemah longlai saja langkah gadis itu melalui koridor wad pesakit.

Otaknya sudah buntu memikirkan alasan. Alasan untuk apa? Untuk menidakkan jawapannya kepada jejaka itu. Lara mengeluh berat.

"Betul ke apa aku buat ni? Haih. " Lara tunduk menekur lantai dengan keluhan panjang.

I don't need no light to see,
You shine~
It's your golden hour~

Kelam-kabut gadis itu mengambil telefon canggihnya yang berdering meminta untuk diangkat. Lara tersengih kekok kepada jururawat dan doktor di situ sebelum melajukan langkah ke pintu keluar.

Eih! Siapa pulak call waktu orang tengah kerja ni-- jari Lara terhenti seinci dari skrin tatkala nama Darien muncul. Alamak! Apek call! Macam mana ni? Aduh! Terus menggelabah gadis itu buat kali kedua. Lambat-lambat ikon hijau diseret ke tepi sebelum telefon canggih itu ditekapkan pada telinga.

Lara berdehem perlahan, cuba untuk tidak kekok.

"Ehem...hello? " sapa gadis itu spontan.

"Hello too, my Helena. Dah lunch ke? " tanya Darien dengan penuh lemah lembut di hujung talian. Lara terkedu sesaat, terpegun mendengar suara hangat jejaka itu buat pertama kalinya.

"Uh.. o-oh, belum. Aku.. ehem! Aku break pukul 1 nanti. Kenapa? " balas gadis itu gugup. Lara mengibas-ngibas wajahnya yang terasa panas. Rasanya aircond banyak dalam hospital ni! Aneh.

"Good then. Jom lunch sekali. Aku pick up kau nanti. " ujar Darien spontan. Terselit nada riang dalam suaranya.

Lara mengerutkan dahinya bingung. Apa ni! Sejak bila pulak apek ni jadi friendly dengan aku? Huh? Tapi anehnya, perutnya terasa seolah-olah ada taman rama-rama yang sedang berterbangan. Lara memegang perut kempisnya bingung.

Apakah..?

"Ailara? " suara garau jejaka itu mematikan lamunan Lara.

"Ha, uh.. oh. Err.. kau nak bawak aku pergi mana? Aku boleh makan- "

"Got it. Nanti aku tunggu dekat loby. " cantas Darien bersahaja.

"Huh? Tak, aku kata- "

"Kerja elok-elok, Ailara. Assalamualaikum. "

Trut!

Panggilan ditamatkan. Terkebil-kebil mata Lara merenung skrin telefonnya. Eh? Apek tu bagi salam ke tadi? Huh? Bertalu-talu persoalan masuk ke dalam kotak fikirannya tika itu.

Ah.. stress nya jadi manusia yang sering overthinking ni. Siapa setuju, sila komen tepi. Marilah kita bersama-sama menjadi manusia depressed. Lara mengeluh berat sebelum meneruskan perjalanannya yang terhenti. Mungkin ada baiknya juga dia bertemu dengan Darien nanti. Biar semua persoalan dirinya terjawab, direct tanpa bertapis.

Akhirnya waktu rehat pun tiba. Lara terus menekan butang lif dan menunggu di hadapan pintu lif. Jarinya lincah bermain pada skrin melihat pelbagai jenis reel di Instagram. Semua video kucing di like. Peminat kucing! Yeay! Tersengih gadis itu melihat ragam binatang berbulu itu.

Comel! Rasa nak gigit!

Ting!

Pintu lif terbuka. Lara terus melangkah masuk ke dalam lif dan membiarkan pintu lif tertutup. Kemudian gadis itu menoleh ke belakang tatkala baru tersedar ada orang lain di dalam itu.

OG | GANGSTER LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now