018

40 2 0
                                    

Tok!

Tok!

Pintu rumah teres Puan Lisa diketuk berkali-kali tanpa henti. Nadia sudah merengus geram dengan bunyi ketukan itu kemudian dia menuju ke arah pintu dan membuka. Baru hendak menyembur si pengetuk pintu, terkebil-kebil mata gadis itu melihat figura jejaka tinggi lampai di hadapan pintu rumah itu.

Aik? Siapa ni? Dengan helmet masih tak bukaknya. Nadia tersengih kekok. Rambut yang sedikit kusut dikemaskan.

"Ehem, iye? Encik cari siapa? " tanya gadis itu sopan santun. Puih!

"Ailara mana? " tanya suara garau itu mendatar.

Nadia menjungkit kening, hairan.

"Lara? Kenapa Encik cari dia? " tanya Nadia hairan. Huh? Apa kena mengena minah tu dengan mamat ni?

"I'm asking, where is Ailara Helena? " ujar jejaka itu serius.

"Haih.. saya tanya, kenapa- "

"Apek? "

Serentak Darien dan Nadia menoleh ke arah Lara yang baru turun dari anak tangga. Terkebil-kebil mata gadis itu merenung dua orang manusia di hadapan pintu rumah itu. Apa hal ni? Dah kenapa apek tu ada depan rumah?

Nadia mendengus perlahan, tangan disilangkan di dada sambil merenung sinis ke arah Lara.

"Wah, hebat kau kan, Lara? Sampai bagi alamat rumah dekat jantan entah mana. " tuduh Nadia sinis. Lara mengerutkan dahinya bingung.

"Ailara. " seru Darien.

Lara mengalihkan pandangannya ke arah Darien. Kaki menapak mendekati jejaka itu perlahan.

Lara berdehem perlahan. Segan nak tanya tapi ah, kisahlah! Yang penting, dia harus keluar dari rumah ini segera. Darien merenung segenap wajah sembap gadis itu di sebalik helmetnya. Rahang diketap kuat, rasa panas hati melihat raut wajah sedih gadis itu.

Nadia mendengus kasar apabila dirinya tidak dilayan Lara. Huh!

"Boleh kau tolong aku sekejap? " tanya Lara perlahan.

"Anything for you. " balas Darien ringkas.

"Tolong aku masukkan barang dalam kereta. " ujar gadis itu bersahaja sebelum mengerling sekilas ke arah adik tirinya.

"Sure. "

Kemudian gadis itu memberikan ruang kepada Darien untuk masuk ke dalam rumah. Tercenggang Nadia dengan tindakan kakak tirinya itu. What the..?

Lara sekadar beriak kosong dan mengorak langkah ke arah tangga dengan Darien. Mengabaikan kewujudan Nadia di muka pintu itu. Lantak ko lah, senah!

"Lara! Kau gila ke apa?! Woi! " pekik Nadia di bawah, tergamam.

"Aku bagitahu ibu! Hoi, kau dengar tak?! Lara! " Nadia mengetap bibir rapat. Argh, sial!

Darien menoleh ke arah Nadia dengan renungan tajam. Lara laju menolak tubuh belakang jejaka itu supaya terus maju ke atas.

"Biarkan dia. " ujar Lara perlahan.

Darien diam.

Raut wajah gadis itu.. serba-sedikit membuatkan dadanya sesak. Darien mengeluh kasar sebelum meneruskan langkahnya ke bilik Lara. Lara hanya diam tidak berkutik.

Dia sepatutnya hubungi Naurah bukan Darien tetapi dia tidak mahu menyusahkan sahabat baiknya itu. Ah, rimasnya! Tapi tak apalah, apek ni pun sudah ada depan mata, gunakan sajalah. Lagipun barangnya masih banyak yang perlu dikemaskan.

OG | GANGSTER LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now