Tiba masanya harini masa untuk aku balik ke desa juga bapakku menghidupkan enjin kereta dan aku bersama ibuku mengangkat barangan untuk dimasukkan ke dalam kereta aku masih tidak menceritakan perkarayang berlaku pada aku sendiri pada malam tadi kerana aku mungkin merisaukan mereka mungkin jika aku menceritakan perkara tersebut mungkin ada terungkai beberapa misteri salasilah keluarga aku.Lalu aku memilih untuk berdiam diri sahaja tetapi sewaktu aku kecil aku tidak pernah melihat wajah nenekku kata ibuku nenekku meninggal kerana sakit jantung biarlah.
"Ok kesayangan saya kita dah sampai jom ke rumah atuk" tegur bapaku terhadap aku
"Ayah dengan ibu masuk dulu boleh?,Arjuna nak hirup udara segar sekejap"kata Arjuna
"Amboi dia oklah mak dengan ayah masuk dulu urus atuk kamu nasib baiklah jiran atuk ada semalam kalau tak apelah nasib atuk kau ni Arjuna" terang ibuku terhadap aku
Lalu aku berjalan berhampiran satu sungai ini aku ternampak tiga atau empat orang berpakaian putih yang menutupi wajahnya sedang memanggil aku.Aku berasa seram sejuk lalu terdapat seorang jejaka yang berhampiran menepuk bahuku lalu bertanya padaku
"Ha adik asal mana? Nama pakcik Omar meh sini jom-jom" tegur encik Omar itu sambil menarik lenganku
"Saya Arjuna saya balik ke kampung sekarang sebab cuti sekolah tapi malam semalam atuk saya tu kena strok" jawap aku terhadap lelaki itu
"Haish acik tahu je acik saja tarik kamu kat sini acik pun nampak jugak dah-dah balik kampung pun dah maghrib pi balik mandi apa semua"tegas encik itu terhadap Arjuna
"Izinkan saya balik dulu ya" jawab Arjuna
"Ye jalan elok-elok jangan rapat sangat dengan sungai takit kena sorok nanti susah nak cari"tegur encik Omar
Aku pun jalan dengan pantas kerana ketakitan yang amat lalu aku terdengar bunyi tapak kaki yang mengekori aku pulang ke rumah aku berlari dengan pantas dan akhirnya aku sudah sampai ke rumah atukku
"Ha ingatkan dah lupa rumah atuk kat mana" marah ibuku
"Maaf ibu tadi Arjuna jalan-jalan berhampiran sungai"
"Eh jalan dekat sungai pulak dah dah jom tolong ibu kemas meja dan lepas tu kita makan atuk duduk atas kerusi roda tu"
Arjuna bergerak ke arah atuknya "Erm atuk arjuna nak cakap sikit boleh" Arjuna menggenggam telapak tangannya lalu atukknya tidak boleh bercakap kerana strok
"Atuk Arjuna rindu atuk sangat-sangat atuk rindu Arjuna tak?"
Atuknya mengangguk-anggukkan kepalanya sahajasebelum Arjuna dapat bercakap bersama atukknya lantas ibunya memotong percakapannya
"Dah pergi mandi berbau asap dah badan kau ni Arjuna" tegas ibu terhadap Arjuna
"Baiklah ibu,Atuk malam ni Arjuna cakap tau dengan atuk Arjuna nak kena mandi"terang Arjuna terhadap Datuknya lalu sebelum berlalu pergi ke tandas Arjuna memeluk datuknya lalu berasa lain macam
"Eh kenapa sejuk semacam je badan atuk aku ni"suara batin Arjuna mencelah, aku melepaskan pelukan tersebut dan pergi mandi apabila daku sampai sahaja dihadapan tandas aku ternampak lagi sosok tersebut yang memasuki tandas tersebut aku memeberanikan diri untuk memeriksanya iya mungkin aku 11 tahun seketika itu sifatku yang berani amat bahaya aku membuka pintu tandas itu dengan perlahan secara tidak sengaja sosok hitam tersebut merangkak dan melekat didinding dan keluar dari tingkap tandas.Aku pun mandilah takkan tak mandi selepas sahaja solat magrib dan isyak aku berjalan ke arah datukku dan mendorong dia keluar rumah bersamaku untuk melihat bulan di langit.Ibu dan bapaku macam biasa mereka terperap sahaja didalam bilik mereka lalu aku menceritakan semua perkara tersebu terhadap atukku lalu aku berkata.
"Terima kasih atuk sebab sentiasa dengar cerita Arjuna ni ikut atuklah nak percaya ke tidak"
lalu aku terkesima apa bila melihat atukku bercakap..."Iya Arjuna atuk faham atuk nak cerita sedikit untuk kamu Arjuna sosok hitam yang kamu ceritakan itu adalah pedamping atuk,atuk mula tunjuk kepada dia yang Arjuna ini cucu kesayangan datuk jadi dia kena jaga Arjuna sepanjang perjalan kamu kesini walaupun kamu nampak dia satu hari sebelum pulang ke kampung itu kerana dia amat menyayangi mu dan dia akan bertekad agar kamu menjadi pewarisnya ataupun menjadi tuan barunya" terang atukku terhadap aku semasa atukku menerangkan hal tersebut aku melihat yang sosok hitam tersebut sedang menghabiskan sisa makan kami didalam singki lalu atukku menegur aku agar tidak membazir
Aku pun mendorong kerusi roda atukku memasuki kedalam rumsh untuk memberi tahu kepada ibu dan bapaku tentang perkara ini kerana atukku dapat bercakap...
Tetapi...
Atukku ada strok bagaimana dia boleh bercakap...
...
Aku berasa seram sejuk lalu melepaskan pemegang kerusi roda tersebut lalu aku menoleh perlahan untuk melihat wajah datukku aku ternampak bahawa dia terbeliak seperti ternampak sesuatu yang mengerikan dihadapannya...Aku lantas memanggil ibu dan bapaku lalu mereka berdua turun untuk membantu aku kami menelefon ambulans dan atukku akan ditahan di wad buat beberapa hari.
YOU ARE READING
KAMPUNG
HorrorArjuna bersama ibunya hendak pulang ke kampung semasa cuti sekolah menjelang lalu semasa perjalan ke kampung Arjuna berasa tidak tenteram kerana berasa seperti ada sesuatu yang mengikori mereka ke kampung Atuknya