BAB 2

437 29 1
                                    

ATHALIA merenung wajah pucat Puan Alanna tatkala Puan Alanna sedang mengerang kesakitan.

Darah pekat mengalir laju dari dahi Puan Alanna, ruang tamu tersebut mula berbau hanyir darah.

Athalia mati kata tatkala dirinya sudah ketar-ketir atas kelakuan dirinya terhadap mamanya sendiri.

Tangannya cepat meraba poket seluarnya lalu Iphone miliknya dikeluarkan dan menelefon pihak hospital.

“Athalia minta maaf, mama.. tolong maafkan Athalia!” Athalia mula cemas tatkala dia menghampiri tubuh Puan Alanna.

“Maafkan Athalia.. maafkan Athalia..” Tak henti-henti Athalia mengulang rayuan itu.

Athalia lari ke biliknya lalu mencapai tuala.Dia terus kembali ke arah Puan Alanna dan membalut dahi Puan Alanna.

Tak lama selepas itu siren ambulans kedengaran.

“Maafkan Athalia..”

Pandangan Puan Alanna menjadi gelap dan kabur.Tak lama kemudian itu Puan Alanna dimasuk ke dalam ambulans.

“Cik anak kepada Puan Alanna?” Soal jururawat itu kepada Athalia dan Athalia yang masih terkaku itu hanya mampu angguk kepalanya.

“Cik dibenarkan ikut sekali,” Athalia diam sejenak.

Dia geleng kepalanya.

“Tak apa. Saya pergi sendiri,” jawab Athalia.

Jururawat itu tidak banyak tanya.Dia terus masuk ke dalam ambulans sebelum ambulans itu berlalu pergi.

Athalia mencapai kunci keretanya lalu bergegas kedalam kereta miliknya.

Fikirannya serabut.

Dia tidak pergi ke hospital, malah memilih untuk ke kelab malam.Kereta Mini Cooper milik Athalia meluncur laju di atas jalan raya menuju ke tempat biasa.

-

TBC.

KHAIR ISKANDAR Where stories live. Discover now