BAB 6

119 8 2
                                    

“KENAPA susah sangat?” Soal jejaka itu tiba-tiba. Athalia merenung wajah jejaka itu begitu tajam meskipun wajah jejaka itu amat dingin dan beku.

Sedikit pun dia tidak terasa takut. Malah, rasa ingin tumbuk sahaja wajah milik jejaka di hadapannya ini!

“Suka hati akulah. Yang kau sibuk sangat apahal? Urusan kau? Bukan kan? Habistu? Nak aku koyakkan mulut puaka kau tu baru kau nak bisu?!" Jerkah Athalia lagi. Suaranya jelas menunjukkan dia begitu marah.

“Maybe..?” Jawab jejaka itu dengan selamba badaknya.

Athalia bingung.

“Apa? Apa yang maybe maybe? Cacat otak ke apa,” balas Athalia lalu memutarkan bebola matanya. Riak wajahnya menunjukkan dia benci terhadap jejaka itu.

“Ya. Urusan saya. Saya diarahkan cari Cik Khaira.”

“Berapa kali aku nak pesan?! Aku cakap nama aku Athalia! Bukan Khaira, apa bebal sangat kau ni?!” Marah sungguh Athalia saat ini.

Tatkala dia meninggikan suaranya, orang-orang di sekeliling mereka berdua memandang tepat ke arah mereka berdua. Bukan sahaja pandang, ada juga yang berbisik-bisik.

Sedang mengatalah tu.

Jejaka itu mendengus kasar, Athalia menyilangkan kedua-dua tangannya ke dadanya selepas mendengar jejaka itu mendengus kasar.

Nalurinya mengatakan bahawa jejaka ini sudah mengalah untuk memujuk dirinya.

Jejaka itu tiba-tiba menarik pergelangan tangan Athalia dan mengheret Athalia ke arah satu kereta. Kemungkinan kenderaan tersebut adalah milik jejaka ini, jangka Athalia.

Tepat jangkaan Athalia.

Jejaka itu menolak gadis itu ke dalam kereta miliknya lalu memasangkan tali pinggang keselamatan.

Athalia seratus-peratus terkaku dengan perbuatan jejaka itu.

Jejaka itu masuk kedalam kereta lalu memandu kenderaan tersebut tanpa berkata apa-apa.

“Apa yang kau buat ni?!” Soal Athalia bingung.

“Degil, seret je senang.” Balas jejaka itu dengan senang-lenangnya.

“Laki gila! Habis kereta mahal aku tu? Tinggal je kat situ?!” Marah Athalia.

“Nanti aku pergi ambil,” jawapan dari jejaka itu membuatkan Athalia mengerutkan dahinya.

Aku?

“Pandai pula guna 'aku' eh? Nak jadi soft-spoken tapi tak reti. Nampak sangat try hard,” sindir Athalia.

“Aku rasa orang macam kau tak boleh cakap lembut-lembut, lagi kau menjadi-jadi.” Jawapan jejaka itu membuatkan Athalia terdiam.

Athalia tidak membalas apa-apa. Jujur kata-kata lelaki ini sungguh menyakitkan!

Mata Athalia merenung satu nametag di hadapannya.

KHAIR ISKANDAR.

-

TBC.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KHAIR ISKANDAR Where stories live. Discover now