BAB 4

404 26 3
                                    

DIA melangkah masuk ke dalam tempat yang dia tidak sepatutnya berada.Mata-mata semua orang sekelilingnya memandang dirinya remeh.Ada juga yang berbisik antara satu sama lain.

Namun dia hanya menghiraukan.

Dia disini kerana tugas yang diberikan.Bukan kerana niat yang buruk.

Masuk sahaja ke dalam kelab malam, dia mencari-cari kelibat gadis yang bernama Khaira Athalia.Matanya tak lepas mengimbas wajah-wajah yang ada di sekelilingnya tatkala tangannya tidak lepas memegang sekeping gambar gadis yang dicarinya.

Inilah tugasnya.Mencari anak pesakit kawan baiknya.

Ini memang kerja gila.Selalunya cari pesakit yang hilang di kawasan hospital, tapi ini cari anak pesakit di kelab malam.Tak ke gila?

Dah nak buat macam mana? Terpaksalah dia buat kerja macam ni tengah malam.

Sekelilingnya sungguh sesak.Ada yang sibuk menari, ada juga yang sibuk bermabuk.Boleh dapat ke ni dia cari gadis tu dengan keadaan macam ni?

Bau alkohol yang kuat menusuk ke hidungnya.Cepat-cepat dia menahan nafas.

Pusing punya pusing, tak jumpa pun mana pergi gadis yang dicari-carinya.Dah lah tempat ni boleh tahan besar.Lenguh jugalah kaki ni.

Dia mendengus kasar.

“Ya Allah, ujian apalah malam ni?” Soalnya kepada dirinya.

“Hai?” Langkahnya mati selepas mendengar ada seseorang tegur dirinya dari belakang.

Dia pusing menghadap seseorang tersebut, berharap yang tegur itu gadis yang dicari-carinya.

Wanita ini bukan yang dicarinya daripada tadi.

“Sorang je?” Soal wanita itu.

Sejenak, lelaki itu berdiam diri.

“Pekak ke? Dah tanya tu, memang tak boleh jawab? Ke bisu?” Sindir wanita itu tatkala lelaki itu hanya berdiam diri.

Perlahan-lahan lelaki itu menghulurkan sekeping gambar ditangannya.

Dahi wanita itu berkerut lebat tatkala merenung gambar yang dihulur oleh lelaki itu.

“You nak suruh buat apa dengan gambar ni? Hantar dekat bomoh ke?” Sindir wanita itu lagi sebelum dia memutarkan bebola matanya.

“Kenal?” Soal lelaki itu sepatah.

“You tengok muka I yang cantik ni.Ada nampak macam I kenal betina ni? Tak ada kan?”

“Tak?” Soal lelaki itu.

Wanita itu memutarkan bebola matanya sebelum mengeluh kecil.

“Tak faham bahasa ke? Tak.” Jawabnya tatkala lelaki tu mengangguk kepalanya tanda faham.

Lelaki itu berlalu pergi.

Bila bayang-bayang lelaki itu sudah hilang dari pandangannya, dia terus menghembuskan nafas lega.

Dia menangkap bayang-bayang seseorang yang dikenalinya.Dia terus menghampiri.

“Sini kau,” bisiknya lalu menarik tangan perempuan itu ke tempat yang tidak sesak dan lebih tersembunyi.

“Mamat tu cari aku ke, Darra?”

“Kau buat masalah apa pula sampai ada orang cari kau dekat sini, Athalia? Kau tahu tak orang-orang kat sini kenal muka kau? Kalau mamat tu tanya diorang tu..”

“Shh, kau ni memekak kau tahu? Aku ni tengah stress. Dengan mama aku tu.” Keluhan besar keluar dari mulut Athalia.

“Bergaduh?” Teka Darra.

“Kau rasa?” Jawab Athalia. Sudah terang lagi bersuluh, boleh lagi dia tanya!

Mereka berdua diam sejenak.

“Kau buat apa?” Darra menyoal.Athalia lama berdiam diri sebelum dia mengeluh kecil.

Dahi Darra berkerut selepas mendengar keluhan kecil dari Athalia.

“Kau buat apa? Aku tanya kau ni!” Darra menggoncangkan badan Athalia.

Athalia yang sudah terasa rimas itu menepis kedua-dua tangan Darra.

“Ish! Kau gila? Tepilah!” Marah Athalia.

“Aku tanya kau ni, Athalia! Kau buat apa?! Jawab soalan aku!” Darra meninggikan suaranya.

“Mama masuk hospital sebab aku! Aku yang baling pasu kaca dekat mama! Puas?” Darra terkedu mendengar pengakuan Athalia.

Athalia mendengus kasar lalu berlalu pergi.Bahu Darra sempat dia tepis tatkala Darra masih terkaku.

-

TBC.






KHAIR ISKANDAR Where stories live. Discover now