BAB 5

292 16 1
                                    

ATHALIA berjalan dengan pantas menuju pintu keluar. Perasaan marah membuak-buak. Fikirannya tadi yang serabut malah makin bertambah serabut.

Kepalanya berdenyut hebat. Selepas bergaduh dengan Puan Alanna, kini berdebat pula dengan kawan sendiri.

“Ingat ke dapat kawan macam kau boleh bantu hilang serabut aku ni. Tapi hakikatnya, makin tambah serabut aku. Beban betul,” bebel Athalia sambil menuju ke arah keretanya.

Langkahnya tiba-tiba mati apabila melihat figura seorang lelaki yang dikenali olehnya sedang bersandar di pintu keretanya.

Athalia menelan air liurnya kesat. Riak wajah lelaki itu tidak menunjuk sebarang reaksi.

“Puas lari dari mak kandung sendiri?” Suara garau lelaki itu kedengaran.

“Kau siapa nak sindir-sindir aku? Kau nak apa ikut aku sampai sini?” Soal Athalia kepada lelaki itu dengan nada suara yang sungguh beku.

“Tak sindir,” balas lelaki itu tenang.

Athalia memutarkan bebola matanya sebelum menapak ke arah keretanya. Tubuh tegap lelaki itu ditolak olehnya kuat namun sikit pun lelaki itu tidak berinjak.

“Tepilah!” Jerkah Athalia.

“Baliklah. Balik jumpa mama awak, Cik Khaira.” Kata lelaki itu seraya memujuk Athalia untuk pulang. Nada suaranya sungguh lembut berbanding Athalia.

Namun, Athalia terkaku selepas mendengar sebaris nama yang disebut oleh lelaki itu.

“Kau panggil aku apa?” Soal Athalia.

“Cik Khaira,”

“Nama aku Athalia!”

“Balik, Cik Khaira. Mama awak dah tunggu. Awak anak dia yang satu-satunya, tergamak awak buat mama awak macam tu? Dia mengandung awak selama sembilan bulan penat-penat, besarkan awak, cari duit untuk bagi awak makan. Jadi, pulanglah Cik Khaira.”

Athalia merenung mata lelaki itu tajam.

“Aku kenal kau pun tak, suka hati kau je kan? Lebih baik kau diam sebelum aku sendiri diamkan mulut puaka kau tu!” Jerkah Athalia.

-

TBC.


KHAIR ISKANDAR Where stories live. Discover now