“PUAN rasa macam mana? Puan belum sepenuhnya pulih.Puan ditahan dekat sini, kat sini kami boleh tengok-tengokkan puan." Ujar seorang doktor di hadapan Puan Alanna.Tak henti-henti doktor itu memujuk Puan Alanna untuk terus tinggal di hospital buat masa sekarang.
“Saya nak anak saya, doktor.Tolonglah.. saya rayu.Cari anak saya..” Walaupun keadaan begini, Puan Alanna masih sahaja risau akan keadaan Athalia yang hilang entah ke mana.
Doktor itu mengerutkan dahinya sebelum dia mengalihkan pandangannya kepada jururawat di belakangnya.
“Anak dia cakap nanti dia datang sendiri.Tapi sekarang dah nak dekat dua jam,” bisik jururawat itu.
Puan Alanna yang dengar bisikan jururawat itu mula naik risau.
“Tolong.. cari anak saya.” Rayu Puan Alanna.
Doktor itu menelan air liurnya kesat sebelum bertanya maklumat tentang Athalia.
Doktor itu terkaku sesudah mengetahui dimana letaknya tempat Athalia selalu pergi.
Kelab malam.
“Tolong saya, saya tak mahu anak saya jadi lebih teruk..” Tak henti-henti Puan Alanna merayu Dan memohon.
Jururawat-jururawat juga turut terkaku dan menunggu jawapan doktor tersebut.
“Baiklah..” Akhirnya dia setuju untuk ke kelab malam hanya untuk mencari anak pesakitnya.
Puan Alanna menghembus nafas lega.Dia tersenyum nipis.
“Saya cuba cari anak puan, ya? Tapi puan janji kena tinggal kat sini untuk beberapa hari.Boleh?” Kata doktor itu.
Puan Alanna angguk kepalanya sebelum doktor itu keluar dari ruang bilik tersebut.
“Doktor Airell!” Panggil salah satu jururawat.
Lelaki yang bergelar sebagai Doktor Airell itu mematikan langkahnya.
“Doktor, kita ada pesakit yang perlukan pertolongan Doktor Airell.Keadan dia sangat parah,” Ujar jururawat tersebut.
“Kalau macam tu, macam mana pula dengan pesakit bernama Puan Alanna? Saya dah janji dengan dia.” Balas Doktor Airell.
“Tak apa, saya minta orang lain tolong carikan.Sekarang, doktor pergi dulu!” Arah jururawat itu tatkala Doktor Airell mendengus kasar.
Lelaki itu terus menyelusuri pergi ke bilik yang di tetapkan.
-
TBC.
YOU ARE READING
KHAIR ISKANDAR
Romance𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 | 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐀𝐋𝐈𝐀 "Kalau dah niat nak tipu, mana ada tak sengaja kan? Ingat aku bodoh? Kau pun berpakat kan? Kau tak sedar ke yang kau ni.." - 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐇𝐀𝐋𝐈𝐀 "A killer?" - 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃�...