B A B 7

32 3 1
                                    

     SEKOLAH tetap diteruskan seperti biasa walaupun kes pembunuhan Fitri masih belum selesai. Memang ramai ibu bapa murid-murid di sekolah itu tidak setuju akan keputusan pihak tertentu yang masih meneruskan sesi persekolahan. Ini kerana, mereka risau akan tahap keselamatan sekolah tersebut selagi pembunuhnya belum tertangkap. Jadi, ramai jugak murid-murid yang tidak hadir ke sekolah kerana mereka tidak mahu anak mereka menjadi mangsa seterusnya.

Selepas sahaja habis sekolah, Hairul terus balik ke rumah menggunakan basikalnya. Seperti biasa, ayahnya tiada di rumah. Maklumlah ayahnya salah seorang pegawai polis yang terlibat dalam menyiasat tentang kes pembunuhan Fitri. Tipulah kalau dia tak takut duduk rumah tu sorang-sorang. Lagi-lagi sejak akhir-akhir ni dia merasakan diperhatikan dan diekori oleh seseorang. Namun, dia tetap bersikap bersahaja.

Malam. Sebaik sahaja Hairul menyelesaikan kerja sekolahnya, dia terus mengemas buku-buku yang ada pada meja belajarnya sebelum bergerak menuju ke dapur untuk mencuci gelas yang digunakkannya tadi. Sedang dia mencuci cawan, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi telefonnya berdering yang berada di dalam biliknya. Dia terus mempercepatkan kerjanya itu. Tanpa membuang masa dia dengan langkah yang besar berjalan menuju ke biliknya semula untuk mengangkat panggilan telefon tersebut. Ternyata, panggilan tersebut dibuat oleh mamanya. Tidak berfikir panjang dia pun menjawab panggilan tersebut.

"Hello?" – Hairul,

"Hairul? Ni mama ni," – Amanda,

"Mama, kenapa telefon Hairul ni?" – Hairul,

"Mama nak tanya khabar Hairul. Tak boleh ke?" – Amanda,

"Boleh, kenapa pulak tak boleh. Hairul sihat je kat sini. Mama?" – Hairul,

"Syukurlah kalau macam tu. Mama pun sihat kat sini, Hairul buat apa tu?" – Amanda,

"Lepas basuh gelas tadi. Dengar telefon berbunyi cepat-cepatlah Hairul angkat," – Hairul,

"Boleh tak kita video call? Mama rindu lah dengan anak mama ni," - Amanda,

"Okay," - Hairul.

Hairul pun menekan tombol video call seperti yang dimahukan oleh mamanya. Tak lama pun dia menunggu untuk mamanya menjawab panggilannya itu. Terpapar sahaja wajah mamanya, tiba-tiba hati Hairul berubah menjadi sebak. Perasaan itu menerpanya secara tiba-tiba tanpa dia sendiri tidak tahu apa penyebabnya. Sehingga matanya bertakung dengan air mata.

"Kenapa dengan anak mama ni? Hairul okay ke?" tanya Amanda dengan nada yang risau.

Pertanyaan mamanya itu berhasil membuatkan air mata lelakinya mengalir ke pipi. Tetapi, cepat je tangannya menyeka air mata tersebut. Kemudian, dia tersenyum kecil.

"Takdelah mama. Mungkin Hairul rindu kat mama kot," Hairul membalas sambil berusaha mengawal emosinya.

"Mama tau anak mama ni macam mana. Cepat bagitahu mama sekarang! Hairul ada masalah ke? Ayah tak jaga Hairul dengan baik ke?" Amanda sedikit mendesak.

Agak lama jugak Hairul terdiam sebelum bercakap semula. "Entahlah ma, Hairul tak tahu nak terangkan macam mana. Semua yang jadi dekat Hairul sekarang ni sangat..." Hairul berhenti sekejap sebelum meneruskan semula."...susah Hairul nak percaya. Ada bermacam-macam perasaan yang Hairul rasa sekarang mama," Hairul mula meluahkan perasaan kepada mamanya. Dia menyeka air matanya yang berdegil  tumpah ketika itu. 

Amanda yang melihat wajah serabut anaknya itu hanya mampu melihatnya dengan perasaan yang kesian. Nak peluk untuk tenangkan sedikit anaknya itu, tak dapat. Hairul seorang anak yang susah sangat nak jujur akan perasaannya sendiri. Sebab dia tak nak membuat orang disekelilingnya susah hati. Hati ibu mana yang tak sedih melihat anaknya macam tu.

{7}Shhh...√Where stories live. Discover now