Hospital
Hairul mendapat panggilan daripada ayahnya petang itu. Tak mengambil masa yang lama dia terus mengangkat.
"Hello, ye ayah. Takpe. Banyak je nurse kat sini ni. Tak payah risaulah. Okay. Bye!" panggilan pun di tamatkan. Hairul menyambung kembali menelaah nota yang dipinjamkan oleh rakan-rakanya.
Masa berlalu dengan cepat. Kini jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Hairul mengemaskan nota-nota itu, sebab dia nak membersihkan diri.
Malam itu berlalu seperti biasa sahaja. Jururawat menyapu ubat pada lukanya yang semakin pulih. Dia makan malam dan berbaring semula. Leka bermain telefon, tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10:45 malam. Waktu ni lah Hairul rasa nak buang air kecil.
"Masa ni jugaklah kau nak keluar," katanya lalu meletakkan telefonnya di tepi katil. Kemudian, dia turun dari katil dan menuju ke tandas yang agak jauh daripada wadnya.
Suasana malam tu sedikit sunyi berbanding malam sebelumnya. Hairul berhenti melangkah apabila merasa ada sesuatu yang mengekorinya. Maklumlah hospitalkan. Dia pandang ke belakang secara perlahan-lahan. Dia menghela nafas lega. Tak ada apa sebenarnya.
"Kalaulah dari kecik aku tak diperkenalkan dengan cerita hantu ni. Mungkin taklah aku takut sangat macam ni." Bisiknya lalu melangkahkan kakinya dengan besar supaya cepat sampai ke tandas dan cepat jugak balik ke wadnya semula.
Namun, ada sepasang mata yang memerhatikannya dengan senyuman di balik gelapnya lorong menuju ke tandas tersebut.
Sekolah
Seminggu kemudian,
"Selamat kembali bro!" sambut Azif dengan gembira. Hairul hanya membalas dengan senyuman lalu terus melabuhkan punggungnya.
Izzy dan Nessa berdiri daripada tempat duduk mereka dan menuju ke arah Hairul.
"Macam mana? Dah okay?" soal Nessa.
"Syukur Alhamdulillah, dah okay," balas Hairul.
"Weyh, lepas ni kau tak payah takut dengan geng Si Fitri tu dah. Mereka kena warning dengan pengetua," Izzy memberitahu.
"Eh! Darimana pengetua tau mereka yang belasah aku?" Hairul bertanya dengan nada yang pelik. Kerana seingatnya, dia tak memberitahu kepada sesiapa.
"Xiao Ning yang bagitahu. Masa tu dia kebetulan tengok kau kena belasah," jawab Izzy.
"Oh. Kalau macam tu baguslah. Biar mereka insaf," kata Hairul.
"Err...tak masuk kes polis kan?" Nessa bertanya dengan teragak-agak. Hairul tertawa kecil.
"Takdelah, aku taklah jahat sangat. Yang penting mereka ambik pengajaran," Hairul menjawab. "Patutlah waktu masuk sekolah tadi mereka jeling-jeling aku. Rupanya kena warning," katanya lagi.
"Tak payahlah awak kesah fasal mereka lagi Hairul. Yang penting sekarang awak dah sembuh kan?" ujar Nessa seraya tersenyum.
Ring Ring
"Kelas dah nak mula ni. Duduklah tempat korang balik nanti bising pulak Cikgu Jamal." Hairul mengarahkan. Mereka berdua pun akur dan balik ke tempat duduk masing-masing.
Kelas pengajian am pun dimulakan sebaik sahaja Cikgu Jamal masuk. Tapi, Cikgu Jamal jugak tidak ketinggalan bertanya khabar tentang Hairul. Hairul hanya menjawab dengan jujur.
Selepas kelas Cikgu Jamal tamat. Cikgu Qistina pulak masuk untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. Seperti biasa mereka akan bangun dan mengucapkan salam sejahtera kepada cikgu-cikgu yang mengajar.