Di dalam sebuah rumah banglo dua tingkat. Keluarga Nessa sedang menikmati makan malam bersama. Cuma Nessa sorang sahaja yang menguis-nguis nasi dipinggannya menggunakan sudu dan garpu.
"Nessa okay ke tidak ni? Dari tadi dok kuis-kuis je nasi tu. Tak lapar ke?" Puan Dayang, mamanya bertanya.
Nessa angkat kepala. "Hah?" seperti orang yang baru tersedar daripada lamunan dia menyahut.
"Kamu tak lapar ke? Dari tadi mama tengok menguis-nguis nasi je kerjanya. Nessa ada masalah ke?" ulangnya.
Nessa tersengih. "Lapar," jawabnya seraya menyuap nasi ke mulutnya. "Cuma Nessa risau dengan kes bunuh kat sekolah yang belum selesai tu," luahnya pulak.
"Tulah, mama cakap tak payah datang sekolah dulu buat sementara waktu. Kalau kes tu dah selesai barulah Nessa pergi sekolah seperti biasa semula," Puan Dayang mula membebel.
"Hish, mama ni tu jelah jalan penyelesain yang mama tahu. Masalahnya sekarang ni, semua tuduhan tu kena dekat Hairul tau mama. Sebab, tiap kali berlaku kematian mengenai pembunhan berantai tu Hairul terlibat. Tapi, Nessa percaya bukan Hairul yang bunuh!" Nessa menjelaskan.
"Hairul kawan baru kamu tu ke?" soal Encik Darul, Ayah Nessa. Nessa mengangguk untuk menjawab soalan Ayahnya yang itu.
"Adik ni macam tau-tau je kalau kawan adik tu bukan pembunuh. Kalau abang la kan, buat masa-masa macam ni abang tak percaya tau orang-orang disekeliling abang. Even, keluarga abang sendiri," Faris menyampuk.
Nina, kakak kepada Nessa terus mengetuk kepala abang mereka yang satu itu. "Jahat sangatlah kau ni!" katanya.
"Dasar adik durhaka!" katanya kepada Nina. Nina menjelirkan lidahnya.
Encik Darul menghela nafas. "Tak payah risaulah Nessa. Serahkan je semua tu dekat polis. Biar mereka yang buat kerja mereka. Nessa tak payahlah nak ikut campur," ujarnya.
"Dengar tu adik?" Faris sekali lagi menyampuk.
"Yelah..." sahut Nessa.
Mereka kembali menikmati makan malam mereka dengan senyap.
Keesokkan harinya. Kelihatan beberapa anggota polis tengah menjalankan tugas mereka masing-masing di kawasan mangsa ditemui terbunuh. Hari itu, sekolah tidak dibuka kerana cuti hujung minggu.
'Tandas. Kelas. Rumah. Stor sukan,' sebut Ahmad di dalam hati.
"Tuan ada apa-apa petunjuk ke?" Reza rakan sekerjanya bertanya.
"Nampaknya, pembunuh tu bukan orang luar. Dia orang dalam," Ahmad berkongsi informasi kepada Reza.
"Motif Tuan?" dia bertanya lagi.
"Pembunuh tu tahu identiti semua mangsa dan tiga daripada tempat mangsa terbunuh adalah kawasan sekolah," jawab Ahmad.
Reza berfikir sekejap sebelum bertanya semula.
"Macam mana kalau pembunuh tu saja je nak psiko kita semua?"
Ahmad pandang Reza.
"Logik jugak tu. Kalau yang tu saya belum dapat teori lagi,"
Sedang mereka rancak berkongsi pendapat, mereka di datangngi oleh seorang budak perempuan remaja sebaya Hairul. Dia tidak bertudung. Rambutnya dipotong pendek. Dia mengenakan kemeja kotak-kotak berwarna kelabu dan berseluar jeans.
"Maaf, awak ni siapa? Pelajar kat sekolah ni ke?" Reza bertanya terlebih dahulu.
"Kedatangan saya kat sini cuma nak mengingatkan kepada Encik yang Hairul tak ada kaitan langsung dengan pembunuhan ni. Encik jangan syak dia lagi. Selamat tinggal," selepas mengatakan itu Xiao Ning terus melarikan diri tanpa menunggu balasan daripada mereka berdua.