" So, maksudnya esok kita ada program lah kan kat U ? soal Qairil." Ha'ah. Entahlah. Aku tak fahamlah. Kenapalah Universiti kita selalu ada program-program macam ni. Aku malaslah nak datang esok. " ujar Rafiz.
" Eh program apa korang? Aku tak tahu pun. Mana korang tahu? " soal Mahera pula.
Mereka sekarang berada di taman permainan berhampiran dengan shopping mall. Mereka memang dah biasa keluar lepak. Ini pun tengah tunggu ketua yang ajak melepak ni datang. Siapa lagi kan kalau bukan si Zafril tu. Tapi entah mana si biul tu.
" Program apatah tapi melibatkan kelab kita. Kau sama kelab dengan aku kan Mahera? " soal Rafiz. Selalunya kalau ada perjumpaan, Mahera akan cari Rafiz dan Haiza untuk berkumpul.
Qairil bangun dari situ dan terus menuju ke buaian. Oppo ditarik keluar dari beg sandangnya. Waktu yang terpampang pada skrin telefon Oppo nya menujukkan pukul ' 5:52 p.m. ditatap lama. Notifikasi whatsapp masuk tapi diendahkan olehnya.
" Ha'ah kita sama kelab. " jawab Mahera tersenyum nipis. Tangan dihayun ke depan ke belakang. Bosan agaknya. Tujuan diorang datang sini nak shopping sama-sama. Tapi nampaknya, mereka je yang datang. Entah kat mana si Zafril ni. Beria ajak. Kari betul.
" Weh Ril. " panggil Rafiz.
Qhairil terus matikan OPPO nya. Perhatian diberi seratus peratus pada Rafiz dan Mahera yang sudah lama memandangnya.
" Hm? "
" Kau diam je. Kau okey tak? " soal Mahera bimbang sedikit dengan Qairil yang asyik termenung dan menyendiri.
Qairil sejak kebelakangan ni selalu diam. Bila soal pasal apa-apa mesti ringkas sahaja jawapannya.
" Okey je. " Qairil menarik senyuman biasa. Rambut ditolak ke belakang. Buaian ditolak menggunakan tenaganya kedepan ke belakang. Skrin OPPO ditatap kosong.
Rafiz dan Mahera saling berpandangan.
" Dia ada masalah ke? " soal Rafiz perlahan pada Mahera.
" Maybe? " Mahera mengangkat sedikit bahunya. Muka kembali berpaling melihat Qairil.
Rafiz mengorak langkah ke hadapan menuju ke Qairil. Buaian kosong di sebelah dijadikan sasaran punggungnya untuk dilabuhkan. Bahu Qairil ditepuk sedikit. Belakang badan Qairil diusap lembut. Mahera juga turut datang menghampiri Qairil tapi hanya berdiri sahajalah dihadapan mereka berdua.
" Kau sure ke kau okey? " soal Rafiz.
" Of course, why not? " Qairil memaksa dirinya untuk senyum. Wajah kembali mendung.
" Yeap! That's it. " ujar Mahera.
" Huh? " Qairil dongak memandang Mahera. Matanya sedikit berkaca. Kembali menunduk dan mutiara di matanya jatuh.
" Ril.. "
Qairil diam.
" Kau ada masalah kan.. " ujar Rafiz.
" Tah kau ni. Bagilah tau kitaorang. Ini tak. Pendam macam Auliya. " celah Zafril tah datang dari mana.
" Eh raja kari dah sampai. " sinis Mahera selamba. Terrsenyum lebar Mahera. Puas hati dapat keluarkan kata-kata yang sudah lama terbuku di dalam hati.
" Ish aku busy tadi. And at least, aku datang dari Auliya dengan Taziq. " Zafril memeluk diri. Merajuk konon. Orang baru cakap sikit dah merajuk. Tepuk kang.
" Eh eh kau, diaorang memang tak datanglah. Auliya kata dia busy. Busy buat apa tah. Taziq pula, kena balik Selangor sebab nenek dia meninggal. " jawab Mahera. Perkataan busy agak ditekankan sedikit supaya si Zafril ni faham. Haa begitulah nasib berkawan dengan orang kuat merajuk. Kita kena fahamkan dia kalau tak lagi kuat dia nak merajuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Misterio / Suspenso-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...