PINTU dibuka perlahan dan seketika, mereka berdua terkedu.
"Assalam-" salam yang baru sahaja hendak diberi tergantung apabila melihat gerangan di depan mata. Terkejut? Ya.
"Ha-Haira?" Kata lelaki itu tergagap-gagap. Mata mereka bertembung buat seketika. Masing-masing tidak mampu mengatakan apa-apa. Mulut mereka bagai di kunci rapat.
"Don't call me by that kind of name! Haira yang awak kenal dah lama mati!" Perkataan mati itu ditekan kuat. Dia cukup bencikan lelaki dihadapannya ini, disebabkan lelaki dihadapannya inilah hidupnya hancur 2 tahun yang lalu.
2 tahun tidak bersua muka, hari ini mereka ditakdirkan untuk berjumpa semula. Perasaan benci yang terpupuk di dalam hati si gadis semakin terasa begitu kuat.
"Haira, jangan cakap macam tu please. Awak masih marahkan saya tentang hal lepas?" Tanya lelaki itu bagai antara mereka tidak pernah terjadi apa-apa.
5 bulan yang lalu dia mencari gadis dihadapannya ini di merata tempat, tetapi tiada hasil. Dan pada hari ini, takdir tuhan menemukan mereka kembali.
"Eh, orang bodoh je lah yang tak marah lepas tahu apa yang awak buat dekat saya." Balas Haira dengan nada sedikit tinggi. Marah? Ya. 2 tahun yang lalu dia sudah berjaya melarikan dirinya dari hidup lelaki ini, tetapi... kini mereka bertemu kembali. Satu perkara yang paling dia tidak mahu terjadi, telah pun terjadi.
"Sorry Haira, I didn't meant to do that to you." Kata lelaki itu sedikit perlahan. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap gadis dihadapannya ini.
Haira membuat muka menyampah. Muka yang putih bersih itu mula berubah kemerah merahan disebabkan oleh rasa geram. "As I said, don't . Call . Me . With . That . Name." Tekan Haira lagi.
Tak tahu lah apa masalah mamat ni. Memang jenis tak faham bahasa ke macam mana?
"Awak tak layak untuk sebut nama saya. I hate you, Adam!" Tambah Haira lagi. Hatinya terasa begitu sakit apabila melihat muka Adam, apatah lagi apabila lelaki ini menyebut namanya. Dia cukup benci akan hal itu. Benci dengan semua yang berkait dengan Adam.
"Haira, please-" belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Haira terus memotong.
"What are you doing here? Don't say that-" ayatnya sedikit tergantung apabila melihat lelaki dihadapannya ini menganggukkan kepalanya tanda betul apa yang Haira fikirkan.
"Ya, saya anak diaorang. Mama dengan papa ada dekat dalam kan?" Tanya Adam apabila melihat muka Haira sedikit terkejut.
Mustahil!
"Apa awak buat dekat sini? Kenapa mak ayah awak boleh datang rumah saya tiba-tiba dan kenapa-" sekali lagi ayatnya tergantung apabila jari telunjuk lelaki itu sudah berada di bibirnya.
"Shhh... please Haira, bukan sekarang. Kalau awak nak marah saya, marah lah. Tapi bukan sekarang. Saya tak nak family awak dan family saya tahu pasal kisah silam kita. For now, kita buat macam kita tak ada apa-apa masalah, okey?" Kata lelaki itu sambil menjatuhkan jarinya dari bibir Haira.
Gadis itu terdiam akibat masih terkejut dengan sentuhan lelaki itu. Tidak tahu mengapa dirinya tiada refleks apabila disentuh oleh lelaki itu.
"Boleh tak awak jangan nak sentuh saya sesuka hati awak je?!! Dan tak perlu nak acah-acah baik lah Adam," Marah Haira masih lagi tidak berpuas hati. Kalau di ikutkan hati, nak aje dia hambur segala amarahnya.
"Sorry, saya tak sengaja tersentuh awak. Saya minta maaf sekali lagi atas apa yang pernah terjadi dulu."
Dia pun tak tahu kenapa jarinya tiba-tiba sahaja bergerak menyentuh bibir Haira, dan dia pun tak tahu macam mana cara untuk mendapatkan kemaafan dari gadis yang pernah dia sakiti dahulu.
YOU ARE READING
𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐊𝐚𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 2 (𝐒𝐔)
RomanceSatu kejadian yang membuatkan diri gadis itu trauma akan alam perkahwinan, setelah 2 tahun mereka berpisah, kini takdir tuhan menemukan mereka semula. "Maafkan saya Haira, saya tahu disebabkan kesalahan saya yang dulu membuatkan awak dah tak percaya...