Satu kejadian yang membuatkan diri gadis itu trauma akan alam perkahwinan, setelah 2 tahun mereka berpisah, kini takdir tuhan menemukan mereka semula. "Maafkan saya Haira, saya tahu disebabkan kesalahan saya yang dulu membuatkan awak dah tak percaya dengan kata-kata saya lagi. Tapi saya dah berubah." - 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐋𝐮𝐭𝐡𝐟𝐢 "Kata-kata maaf awak takkan mampu untuk hidupkan anak saya semula dan kata-kata maaf awak takkan mampu untuk pulihkan semuanya seperti sediakala. Sekali saya benci, selamanya saya akan benci." - 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐞𝐞𝐧𝐚 Bantahan demi bantahan yang dia lakukan membuatkan kedua-dua pihak keluarga semakin mendesak mereka untuk berkahwin, akhirnya mereka berdua terpaksa akur dengan aturan keluarga. "Terima kasih sebab sudi kahwin dengan abang. Abang janji akan tunaikan semua tanggungjawab abang sebagai suami awak. Dan abang janji akan tunaikan semua permintaan awak." - 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐋𝐮𝐭𝐡𝐟𝐢 "After 2 month, let me go. Saya taknak perkahwinan kita ni berlanjutan tanpa ada rasa cinta antara kita. Let me find my own happiness. And you... I think you deserve someone better than me. Kita kahwin hanya disebabkan aturan keluarga, jadi for what kita nak pertahankan lama-lama kan?" - 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐞𝐞𝐧𝐚 Disaat mereka berdua mahu melupakan semuanya dan memulakan hidup yang baharu, satu persatu ujian datang menimpa rumah tangga mereka. "Abang... Tak kisah lah apa pun yang jadi saya akan tetap pertahankan hubungan kita. Please don't let our marriage ruin just because of this. Kita bertahan sikit lagi ye? Saya yakin yang awak mampu untuk berubah." - 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐞𝐞𝐧𝐚 "Kenapa awak tinggalkan saya dengan anak kita macam ni. Bukan ke awak dah janji takkan tinggalkan saya." - 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐞𝐞𝐧𝐚