MAJLIS AMAL.
Petang itu, Tengku Najwa ikut pulang ke Istana Seri Aura, dan mereka duduk melepak didalam bilik teater yang dilengkapi dengan sound system dan juga kelengkapan untuk menonton wayang. Manakala, Tuan Hulk masih setia berkawal di luar bilik bercermin itu. Mereka sedang menonton filem Ada Apa Dengan Cinta, dan ketika itu juga, kedengaran rentak lagu Di Mana Malumu nyanyian Melly Geoslaw.
"Jom menari." Ajak Tengku Lily Camelia tersenyum ke arah Tengku Najwa.
"Jom!." Sahut Tengku Najwa dengan gembira.
Mereka berdua bersedia dengan posisi masing-masing.
"Kalau begini terus.. Ku takkan tahan... Bisa-bisa kau kuras aku... Percuma punya kekasih kamu, ho.." Dan, mereka berdua pun mengikut tarian pelakon-pelakon Ada Apa Dengan Cinta itu dengan gembiranya.
"Kalau begini terus... Ku takkan tahan... Bisa-bisa kau kuras aku... Percuma punya kekasih kamu, hoooo.." Tergamam Tuan Hulk dibuatnya apabila melihat kedua-dua gadis yang sedang menari itu. Dia tersenyum lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain, kemudian Lee dan Azmir pula datang menghampirinya.
"Kenapa ni Tuan Hulk?." Soal Lee.
"Cik Tengku Lily ada buat hal lagi ke?." Soal Azmir pula lalu mengintai apa yang telah terjadi didalam bilik kaca itu namun dihalang oleh Tuan Hulk.
"Mereka berdua sedang menari." Jawab Tuan Hulk dengan perlahan.
"Ooo."
"Agak-agaknya, mampu tak Tengku Jebat Aariyaz dari Negara Andalusiana handle Cik Tengku Lily kita tu nanti?." Soal Lee.
"Mungkin... Tapi, Tengku Jebat Aariyaz haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapi perangai Tengku Lily." Jawab Azmir tertawa kecil.
Tuan Hulk pula hanya tersenyum mendengarkan perbualan mereka berdua ketika itu.
Tiba-tiba sahaja Tengku Mustapha datang menghampiri diiringi oleh Ketua Bentara Aizul Rusli. Keempat-empat pemuda itu terus berkumpul berdekatan dengan Tuan Hulk.
"Tengku Mustapha." Tegur Tuan Hulk.
"Tuan Hulk.. Minggu hadapan, Tengku Lily akan ke Perkampungan Nelayan Sendayan untuk aktiviti sukarela di sana. Kamu berempat akan ikut ke sana.. Dan, tolong lindungi Tengku Lily dengan sebaiknya." Pesan Tengku Mustapha.
Tuan Hulk angguk kepala.
"Baik, Tengku Mustapha.."
Tengku Mustapha mengerling ke dalam bilik teater tersebut, kemudian dia menggelengkan kepalanya tatkala melihat kelakuan puterinya itu.
"Tengku Mustapha ingin masuk ke dalam?." Soal Tuan Hulk.
"Tak perlu, Tuan Hulk. Asalkan Tengku Lily ada dihadapan mata Tuan Hulk, itu sudah memadai." Tuan Hulk angguk kepala sambil tersenyum.
Kedua-dua gadis itu masih dengan tariannya dan berseronok didalam bilik tersebut seolah-olah tiada apa-apa masalah.
Perkampungan Nelayan Sendayan yang terletak di timur Negara Espania. Air lautnya kelihatan sungguh jernih dan kebiruan. Anak-anak ikan pelbagai warna yang sedang berenang-renang di permukaan air itu kelihatan dengan sangat jelas. Tengku Lily Camelia tersenyum lebar.
"Comel sungguh awak ni!."
Tengku Lily Camelia mengunjungi Perkampungan Nelayan Sendayan ini untuk tujuan aktiviti amal yang dilakukan di bawah Yayasan Amal Keluarga Espania. Sepatutnya Tengku Mustapha dan juga Tengku Masyitah turut serta didalam aktiviti ini namun disebabkan ada urusan yang penting secara mendadak, mereka terpaksa membatalkan kunjungan ke sini.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | COMPLETE
FantasíaKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...