SIAPAKAH YANG DITEMBAK?
Tok! Tok! Tok!
"Tengku Lily?." Tuan Hulk memanggil di luar tandas itu. Dengan serta-merta langkah wanita itu terhenti. Tanpa berprasangka buruk, Tengku Lily Camelia tersenyum kearah wanita itu sebelum dia melangkah keluar dari tandas itu.
Fazura merentap kuat mask yang menutupi wajahnya itu.
"Erghh..! Tak guna!." Rosak rancangannya untuk menculik Tengku Lily Camelia itu.
Mereka berbalas senyuman setelah gadis itu keluar daripada tandas.
"Saya minta maaf. Tengku Lily berada lama didalam, saya khuatir terjadi apa-apa kepada Tengku." Ujar pria itu.
Gadis itu tersenyum manis.
"Jangan risau. Tiada apa-apa yang terjadi, cuma.."
"Cuma?."
"Ada cleaner yang ingin membersihkan tandas didalam."
"Oh!."
"Mari." Mereka berjalan ke arah meja makan itu dan duduk bersama-sama dengan keluarganya. Pelbagai cerita dikongsikan ketika itu.
Setelah selesai majlis itu, tibalah masa untuk mereka pulang semula ke istana. Pengalaman yang sangat berharga untuk Tengku Lily Camelia kerana dapat beramah mesra dengan rakyat-rakyatnya.
"Anakanda Lily pulang ke Seri Aura terlebih dahulu. Ayahanda dan Bonda ingin ke Istana Negara kerana ada beberapa urusan yang perlu Ayahanda uruskan." Beritahu Tengku Mustapha.
"Baik, Ayahanda." Tuan Hulk tunduk hormat kepada Tengku Mustapha dan Tengku Masyitah sebelum mereka berdua melangkah masuk kedalam kereta limosin putih itu.
Sejurus selepas limosin putih itu berlalu pergi, kereta Roll Royce Cullinan berhenti di hadapan mereka. Tuan Hulk membukakan pintu kereta dan Tengku Lily Camelia pun melangkah masuk kedalam kereta tersebut.
Tanpa sempat Tuan Hulk masuk kedalam kereta itu, dengan pantas kereta itu bergerak laju meninggalkan kawasan hospital tersebut.
"Tengku Lily..!." Jerit Tuan Hulk dengan kuat.
Tengku Lily Camelia yang berada didalam kereta itu mula berasa takut.
"Lee..! Khalid..! Azmir...! Cepat kejar kereta tu..!." Tuan Hulk menjerit dengan lantang. Manakala Tuan Hulk pula menaiki sebuah motosikal berkuasa besar yang berada disitu, milik salah seorang kakitangan hospital itu.
Mereka bertiga yang menaiki BMW hitam itu mula mengejar Roll Royce Cullinan yang laju dihadapan.
"Hey! Berhenti! BERHENTI!." Jerit Tengku Lily Camelia dengan lantang namun tidak diendahkan oleh pemandu berkenaan. Kereta itu meluncur laju meninggalkan Bandar Espania.
YOU ARE READING
CIK TENGKU & TUAN BODYGUARD | COMPLETE
FantasíaKisah tentang keluarga Tengku Mustapha yang tinggal di sebuah Negara Espania. Mempunyai seorang puteri tunggal bernama Tengku Lily Camelia, yang nakal dan suka menciptakan keributan dengan selalu melarikan diri dari Istana Seri Aura. Tengku Lily Cam...