Iruka dibenarkan keluar hospital setelah sebulan menjalani rawatan. Meskipun tubuhnya masih lemah, dia merasa bersyukur kerana kini dia boleh meninggalkan istana putih itu. Dengan langkah hati-hati, Iruka menuju ke meja pendaftaran untuk melengkapkan proses keluar.
Tetapi terdapat satu masalah, dia tidak memiliki walaupun satu keping ryo pada dirinya, dia berharap pihak hospital berbaik hati untuk memberikan dia tempoh untuk mencari duit. Kerana dia tidak tahu adakah jawatannya masih kekal di pusat penjagaan kanak-kanak itu. Omega malang itu sangat berharap mereka tidak menggantikannya.
Dengan malu-malu dia menghampiri wanita manis yang menjaga meja pendaftaran. "Maafkan saya, saya dibenarkan keluar hari ini, jadi apa yang saya perlu lakukan untuk prosedurnya" Dia bertanya lembut, sambil menganyamkan jari-jemarinya kerana gugup.
Jururawat itu tersenyum mesra, Omega sempat merenung tag namanya, Hanako. Mungkin seorang beta. "Boleh saya dapatkan nama awak?"
"Um.. Umino Iruka" Jawabnya, Jururawat meminta menunggu sebentar ketika dia meneliti sesuatu.
"Oh, Biaya perubatan awak telah dilunaskan sepenuhnya"
Iruka memandang tidak percaya tetapi wanita itu terus tersenyum yakin. "Siapa yang membayarnya?" Soalnya bingung, jari jemarinya dengan kejap menggenggam pakaiannya. Siapa yang sanggup membayarnya, apakah orang itu ikhlas atau dia menginginkan sesuatu daripadanya. Fikiran Iruka jerebu dengan pelbagai soalan.
Jururawat cantik itu tersenyum lebih lebar, "Seorang Kawan, dia tidak memberikan namanya. Saya sangat pasti dia ikhlas ingin membantu."
Iruka merasa terharu oleh tindakan baik itu. Dia mencuba menahan air matanya dan mengucapkan terima kasih. Ketika dalam perjalanan dia masih memikirkan siapa yang bertanggungjawab sedangkan dia tahu, dia tiada kawan dan siapa yang sudi mengaku dirinya sebagai kawannya. Omega rendah dan tidak berkeluarga.
Iruka berjalan dengan hati yang berat menuju tapak rumahnya yang hancur, di mana serangan Kyuubi dahulu telah menyisakan puing-puing dan kenangan yang memilukan. Langkahnya terasa berat, bukan hanya kerana luka-luka fiziknya yang masih terasa, tetapi juga kerana luka emosi yang mendalam.
Dia kembali ke pondok buruknya, dia telah tinggal disana sejak kematian Ibu bapanya, pondok yang dulu adalah sebuah rumah sederhana milik keluarga Umino yang dimusnahkan dalam pergaduhan antara kyuubi dan ninja Konoha. Tempat yang dia tinggal kini adalah bahagian dapur yang tinggal masih utuh, dia melakukan sedikit ubah suai sehingga sesuai untuk dihuni.
Dengan hati berdebar, Iruka merasakan tubuhnya membeku ketika dia melihat seorang lelaki berdiri di depan runtuhan pondoknya. Aura keberadaan lelaki itu memancarkan kekuatan yang dikenali, dan rasa takut menyelinap perlahan ke dalam diri omega. Lelaki itulah yang bertanggungjawab atas kecelakaan dan luka-lukanya. Alpha itulah yang telah menghancurkannya.
Mengapa dia disini?
Tubuh Iruka kaku, matanya menatap dengan ketakutan pada alpha yang berdiri di hadapannya. Meskipun dia mencuba untuk bersembunyi di balik pohon, tubuhnya seakan-akan terpaku di tempat, tak mampu bergerak, tak mampu menghindari kehadiran lelaki itu.
Detik demi detik terasa seperti berabad bagi omega. Dia berjuang untuk menahan getaran dalam dirinya, menahan ketakutan yang memenuhi setiap serat tubuhnya. Omega akhirnya menyerah kepada gelombang emosi. Tubuhnya runtuh ke tanah, tangannya berusaha menekan mulutnya erat-erat, berharap dapat menahan tangisannya yang berkecamuk di dalam dadanya.
'Tolong pergi! pergi!'
Iruka cuba membungkus dirinya sekecil mungkin hanya berharap alpha itu pergi, tidak pernah menoleh ke tempat persembunyiannya. Malangnya dia terjerumus dalam serangan panik yang mengerikan. Gigil yang hebat melanda tubuhnya, otot-ototnya tegang, dan nafasnya terputus-putus.
![](https://img.wattpad.com/cover/362012409-288-k941873.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Destiny (Omegaverse)
Fanfiction📑Ketika Kakashi pulang dari misi ANBUnya dia bertemu dengan omega yang ditimpa masalah. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suk...