Iruka perasan, orang kampung menjauhi mereka seperti parasit. Dia sudah pernah mengalami ini. Tetapi ada yang lebih aneh dengan situasi kali ini, orang-orang kampung banyak berbisik dan menuding jari ke arah mereka.
Apabila mereka tiba di rumah berkos rendah milik Naruto, dia agak terkejut dengan tahap kebersihan tempat itu. Anak itu langsung tidak tahu mengemas.
Dengan naluri omeganya, perkara pertama adalah membebel kepada Naruto tentang kebersihan dan mengapa manusia perlu menjaga rumah. Tanpa mempedulikan Naruto yang hanya tersenyum cerah seolah-olah sangat gembira Iruka memarahinya. Omega itu mengambil tanggungjawab untuk mengemas.
Setengah jam kemudian rumah itu kelihatan kemas dengan bantuan Naruto, walaupun dia tertanya-tanya, kenapa anak itu kelihatan sangat gembira walaupun Iruka terus membebel kepadanya.
Kemudian pintu rumah itu diketuk, Naruto mengambil tanggungjawab untuk membukanya. Iruka membutang terkejut melihat ketua kampung Konoha berdiri disana dengan seorang pengawal ANBUnya.
"Saya terkejut mendapat laporan bahawa Naruto telah membawa seseorang pulang dan dia adalah omega, sangat merisaukan saya" Ketua kampung itu bersuara, dia melangkah masuk kemudian kelihatan tercengang seketika sebelum tersenyum. Matanya memandang sekeliling sebelum mendarat kepada Iruka.
"Saya diberi tahu awak sudah dibebaskan, tetapi tidak sangka dapat berjumpa awak disini dan kemudian, apa niat awak terhadap Naruto?" Hokage itu menyoal dihujung ayat, Iruka menelan liur, ketakutan melanda dirinya.
"Berhenti takutkan Ruka!" Naruto marah, berdiri diantara Iruka dan hokage. Kemudian lelaki tua itu ketawa dan mengusap kepala Naruto.
"Sa..saya minta maaf, saya tak tahu kalau Naruto salah seorang keluarga awak, Hokage-sama. Saya akan pergi sekarang" Iruka membuka langkah untuk pergi tetapi tangan kecil Naruto menahannya untuk pergi.
"Tidak, awak tak boleh pergi. Awak tiada rumah di mana awak mahu tidur" Anak itu bersuara lantang.
"Awak tiada rumah?" Hiruzen bertanya terkejut. Iruka terdiam, teragak-agak untuk bersuara, ANBU dibelakangnya juga kelihatan tegang.
"Saya ada, hanya... selepas beberapa lama tak pulang tempat itu sedikit hancur" Dia tidak sepenuhnya bohong. Konoha telah mengalami hujan untuk beberapa hari, dia yakin pondoknya sedikit sebanyak akan mengalami akibatnya.
"Di mana awak tinggal?" Hokage bertanya.
"Rumah.."
"Keluarga Umino?" Iruka terdiam dengan soalan itu. "Bukankah kawasan itu sudah hancur"
"Ya" Iruka menelan liur. "Bahagian dapur masih berdiri, jadi saya ubah suai untuk tinggal disana"
"Ya Tuhan, awak tak boleh tinggal dalam bangunan runtuh"
"Saya tiada pilihan, rumah anak yatim sangat penuh ketika itu, Jadi saya hidup sendiri dengan duit ibu dan bapa tinggalkan" Dia berkata jujur. Mata hokage kelihatan ngeri dan ANBU itu kelihatan tersentak.
Kemudian hokage menoleh ke arah ANBU, mereka kelihatan seolah-olah bertukar kata dan kemudian ANBU itu pergi. Hokage menoleh kepada Iruka dan Naruto semula.
"Jujur dengan saya Iruka, apa niat awak terhadap Naruto?" Soalan yang sama ditanya lagi. Naruto kelihatan ingin membantah tetapi Iruka cepat menariknya untuk mendiamkan anak itu.
"Saya tiada apa-apa niat tidak baik kepada Naruto, saya akui kami baru bertemu dan Naruto tidak sepatutnya membawa saya pulang ke rumahnya, tetapi-" Iruka berjeda seketika "Saya hanya tak mahu bersendirian sekarang" Dia sedikit berbisik.
Hokage kemudiannya tersenyum, tanpa berkata apa-apa dia berpaling pergi. Iruka meminta Naruto untuk menunggu manakala dia akan menghantar hokage ke pintu.
"Iruka, jagalah dia. Dia anak yang baik, Tetapi kampung ini tidak melihatnya. Mereka terus menghukum tanpa memahami. Sedangkan tanpanya kampung ini akan runtuh sepenuhnya lima tahun dahulu. Uzumaki Naruto adalah penyelamat yang tidak dipandang" Kemudian lelaki tua itu pergi
Iruka seolah ditampar dengan kebenaran. Kini dia tahu mengapa orang kampung menjauhi mereka mengapa orang kampung memberi pandangan kebencian itu.
Anak malang ini mengandungi Kyuubi, rubah berekor sembilan yang telah menghancurkan kampung lima tahun yang lalu. Serangan Kyuubi itu tidak hanya menghancurkan rumah Iruka tetapi juga meragut nyawa orang tuanya.
Sebalik pintu tertutup, Iruka jatuh terduduk, kakinya terasa lemas mati rasa.
Hati Iruka berkecamuk dengan pelbagai emosi. Kemarahan, ketakutan, dan kesedihan. Dia ingin lari dan berteriak kepada siapa saja tentang apa yang baru sahaja ia ketahui. Namun, di tengah kekacauan emosinya, Naruto yang polos tiba-tiba mendekat dengan selimut di tangannya.
"Ruka tentu sejuk, awak menggigil sangat kuat," kata Naruto sambil melilitkan selimut itu di bahu Iruka.
Kata-kata dan tindakan sederhana Naruto menyentuh hati Iruka dengan cara yang paling mudah. Dalam sekejap, tembok kebencian dan ketakutan yang dibangunkan Iruka runtuh.
Dia melihat Naruto bukan sebagai raksasa yang membawa kehancuran, tetapi sebagai anak kecil yang polos dan penuh kebaikan. Hati Iruka terasa hancur saat menyedari betapa tidak adilnya dunia menilai Naruto hanya kerana masa lalunya.
Dengan air mata yang mengalir deras, Iruka merangkul Naruto dengan erat. "Maafkan saya, Naruto," bisiknya dengan suara bergetar. "Maafkan saya."
Naruto terkejut sejenak, namun kemudian membalas pelukan Iruka dengan hangat. "Tidak apa-apa, Ruka," jawabnya dengan suara lembut, "Saya gembira Ruka disini."
Mereka berdua duduk bersama, menikmati kehangatan yang tercipta dari pelukan mereka. Malam itu, persahabatan yang kuat dan tulus terbentuk, mengatasi segala rasa sakit dan ketakutan yang pernah ada.
"Adakah awak lapar?" Naruto bertanya. Iruka berfikir sejenak, dia lapar tapi dia tiada walaupun sekeping Ryo.
"Adakah awak lapar?" Dia bertanya kembali. Mata alfa kecil itu berkilau dan cerah.
"Ya, sangat! Saya mahu ramen dan saya tahu di mana kita boleh dapatkannya" tanpa mendengar balasan dari Iruka dia terus menarik tangan Iruka dan melantunkankan nada gembira. Tidak perasan Iruka yang gelisah kerana tiada duit.
_____________
Ketika Kakashi tiba di tapak rumah keluarga Umino, hatinya merasa berat saat melihat kehancuran yang ada di sekelilingnya. Dengan mata yang tajam dan hati yang penuh empati, dia memeriksa setiap sudut rumah yang telah menjadi reruntuhan itu.
Langkah kakinya membawanya ke kawasan dapur, tempat yang disebut-sebut oleh Iruka sebagai satu-satunya ruang yang tersisa dari rumah tersebut. Namun, yang dilihatnya hanyalah sisa-sisa kayu dan reruntuhan dinding yang nyaris tak berbentuk.
Kemudian dia dapat lihat satu pondok yang terbina disana, sangat kecil hanya cukup untuk seseorang melindungi diri dari panas dan hujan
Hati Kakashi remuk melihat keadaan itu. "Tempat ini tidak sepatutnya menjadi tempat tinggal siapa pun," bisiknya kepada dirinya sendiri, merasa sedih dan prihatin terhadap nasib Iruka. Tertanya-tanya bagaimana omega itu tinggal di sana selama lima tahun
Dengan hati yang berat, Kakashi berdiri di tengah-tengah reruntuhan, membayangkan bagaimana keluarga Umino pernah hidup di tempat ini dengan kebahagiaan dan kedamaian. Namun, semua itu telah lenyap dalam sekejap mata akibat serangan Kyuubi. Kenangan yang tertinggal hanyalah rasa sakit dan kehancuran.
Dengan pemikiran itu, Kakashi meninggalkan tapak rumah keluarga Umino, dia perlu melaporkan kepada Hokage tentang keadaan omega tidak berkeluarga itu. Iruka tidak mungkin dibenarkan tinggal disana lagi.
Jika perlu dia akan berikan ruang dari estet Hatake untuk omega malang itu tinggal. Walaupun rumah utama dia tidak kisah jika Iruka mahu.
BERSAMBUNG...
![](https://img.wattpad.com/cover/362012409-288-k941873.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Destiny (Omegaverse)
Fanfiction📑Ketika Kakashi pulang dari misi ANBUnya dia bertemu dengan omega yang ditimpa masalah. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suk...