Hospital bergegar dalam keadaan kalut saat seorang anggota ANBU memasuki pintu utama, memeluk erat seorang omega yang terluka di dalam pelukannya. Pasukan medik yang berada di pintu masuk segera menyedari keadaan genting, terus menjerit kepada mereka yang bertugas untuk memberi perhatian kepada pesakit yang baru tiba."Segera bawa dia ke bilik rawatan!" seru seorang doktor yang menyaksikan adegan itu, segera memimpin rombongan ke ruang rawatan.
Kakashi dengan cepat memasuki bilik rawatan, diikuti oleh pasukan medik yang berusaha menyusun kaedah rawatan untuk omega yang terluka, lemah dan pucat yang masih dalam pelukan ANBU yang setia.
"Beritahu saya apa yang terjadi?," ujar seorang doktor sambil mempersiapkan peralatan perubatan. Kakashi segera menceritakan bagaimana dia menemui omega malang itu ketika dalam perjalanan pulang.
Para perawat dan doktor bergerak dengan cekap, bekerjasama untuk menyelamatkan nyawa omega tersebut. Alat-alat medik tersusun cantik, cecair intravena disuntik, dan rawatan segera dimulai.
Hospital yang sebelumnya tenang menjadi saksi ketegangan dan kecemasan. Setiap detik terasa seperti jam, dan suasana menjadi semakin tegang dengan setiap arahan yang diberikan oleh pasukan medik. Hidup omega tersebut berada di hujung jarum, dan seluruh hospital berharap agar upaya penyelamatan tersebut berhasil.
Doktor itu mengamati pesakitnya selepas dia selesai memberi rawatan, seorang omega lelaki yang baru saja menjalani detik hitam. Wajah doktor itu penuh dengan kesedihan, dan matanya mencerminkan kekecewaan mendalam. Omega selalu menjadi mangsa serangan seksual. Ini bukan kes pertama yang mereka terima.
Dengan nada suara yang terasa berat, doktor itu berkata pada pembantunya "Ini kejam! Mereka yang lebih kuat dari segi fizikal sepatutnya melindungi mereka yang lemah."
Jururawat mengangguk setuju, merasakan kepahitan yang sama. "Sesetangah alpha terlalu memandang tinggi diri mereka sendiri seolah-olah menjadi seorang alpha boleh lakukan apa sahaja, mereka mengambil omega walaupun tidak mahu bertanggungjawab, seperti merosakkan omega satu kejayaan peribadi kepada mereka" Balasnya kesal.
"Nakamura-sensei, Sandaime-sama ingin berjumpa dengan awak di pejabatnya" Satu kepala menjengah ke dalam bilik rawatan. Menyentak mereka yang berbual. Doktor itu mengangguk faham walaupun tertanya-tanya sebab mengapa dia dipanggil.
Belum sempat doktor keluar, omega tersebut tersedar, matanya perlahan-lahan terbuka. Ruangan itu tampak tenang dan terang, tetapi ketenangan tersebut tidak mampu meredakan ketakutan yang terasa di dalam dirinya. Setitis keringat dingin menempel di dahinya, dan nafasnya terasa cepat dan tidak teratur.
Kenangan serangan alpha yang traumatik terulang kembali di fikirannya, menyeksanya seperti bayang yang menghantui. omega meronta di tempat tidur, tangannya mencuba mencengkam apa pun yang ada di sekitarnya. Rasa takut menggelabur di dalam dirinya, membuatnya merasa hampir tidak boleh bernafas.
Doktor Nakamura yang mendengar suara gementar dari katil segera mendapatkannya. "Iruka-san, tenanglah. Awak berada di hospital, dan awak selamat," ujar Nakamura dengan suara lembut, mencuba memberikan keselesaan pada omega yang tenggelam dalam kenangan traumatik.
Namun, lelaki malang itu tetap meronta, matanya memancarkan ketakutan yang mendalam. "Alpha itu... dia... pergi... tolong..." gumamnya dengan suara yang gementar. Air mata berlumba-lumba keluar.
Perawat berusaha menenangkannya, "Saya tahu ini sangat susah untuk awak lalui, tetapi awak tidak sendirian. Kami di sini untuk membantu."
Sementara itu, pasukan kesihatan mental juga telah dipanggil untuk memberikan bantuan yang lebih lanjut. Mereka merancang pendekatan perawatan yang holistik untuk membantunya mengatasi trauma yang mendalam.
Nakamura terpaksa meminta jururawatnya untuk menyuntik cecair tidur kerana dia terus mengamuk. Ketika omega itu kembali tidur, Nakamura segera keluar untuk bertemu dengan hokage yang sedang menunggu
Sandaime duduk di ruang kerjanya yang penuh buku catatan dan artifak desa ketika Nakamura mengetuk pintu pejabatnya, pintu pejabat Hokage dibuka, dan Nakamura memasuki ruangan tersebut dengan penuh adab. "Hokage-sama, awak panggil saya?" Tegur doktor dengan penuh rasa hormat.
"Saya mendapat laporan daripada ANBU saya bahawa mereka secara tidak sengaja bertemu dengan seorang omega yang cedera dan dia kini dirawat oleh awak" Hokage lurus ke hadapan.
"Ya, Hokage-sama. Pesakit tersebut bernama Umino Iruka, bekerja sebagai pembantu di sebuah taska. Saya tidak pasti ada sama awak tahu atau tidak tetapi kedua ibu bapanya merupakan shinobi yang gugur sewaktu raksasa ekor sembilan menyerang" terang Nakamura, dia secara peribadi mengenali Umino muda memandangkan dia telah menghantar dua orang nak kecilnya untuk dijaga dan diasuh di taska tempat Iruka bekerja. Walaupun tidak rapat mereka kerap juga bertegur sapa dan membalas senyuman.
"Ya, saya mengenali kedua ibubapanya. Jadi bagaimana keadaannya?" tanya Sandaime dengan wajah yang penuh perhatian.
Doktor mengangguk serius. "Kondisinya cukup serius. Ia mengalami luka dalaman yang parah dan kelelahan yang cukup ekstrem. Namun, kami telah memberikan perawatan yang diperlukan. Dia juga mengalami trauma emosi dan pihak kesihatan mental sedang melakukan kerja yang terbaik untuknya"
Sandaime menghela nafas, matanya penuh keprihatinan.
"Ia memerlukan waktu untuk pulih, baik fizik mahupun mental. Saya harap siapapun melakukan ini kepadanya akan segera menerima hukuman" Nakamura hampir mencemuh.
Sandaime Hokage menggumamkan beratnya fikirannya. Wajahnya yang penuh pengalaman menunjukkan ekspresi kesedihan dan kekecewaan.
_________________
Tiga hari telah berlalu sejak Kakashi menemui omega yang cedera. Dengan cahaya bulan yang lembut menyinari malam, Kakashi muncul kembali, tidak langsung memasuki ruang tempat omega itu dirawat. Sebaliknya, dia memilih untuk bertenggek di atas pokok tepi tingkap yang menghadap ke dalam ruang itu.
Dengan kesunyian yang khas, Kakashi memandang omega yang sedang tidur. Cahaya bulan menyoroti wajah omega yang masih penuh bekas luka. Matanya yang tajam merenung.
Kakashi merasa gelombang marah tiba-tiba melonjak di dalam dirinya ketika ia melihat bekas luka dan penderitaan yang terpampang di tubuh omega. Naluri pemburu dalam dirinya membuak-buak, menyala dengan intensiti yang membuatnya hampir sukar untuk menahannya.
Matanya yang tajam berkilat dalam kegelapan, dan cengkaman tangannya pada dahan pohon di sekitarnya menjadi lebih erat. Gelombang cakra yang kuat terasa melingkari dirinya, mencerminkan kemarahan dan keinginan untuk menegakkan keadilan.
Kakashi memandang dari tingkap, memikirkan siapa yang berani menyakiti omega ini. Naluri pelindungnya terbangkit, dan tekadnya untuk melindungi omega dari bahaya semakin kuat. Meskipun ia tidak sepenuhnya mengerti keadaan yang sebenarnya, rasa marahnya terhadap ketidakadilan yang dialami oleh omega itu membara di dalam dirinya.
Dengan gerakan yang cepat, Kakashi melompat dari atas pokok dan mendarat dengan ringan di luar, tingkap yang tertutup itu ditolak perlahan-lahan supaya tidak membangunkan omega yang sedang tidur.
Dengan keahlian ninja yang luar biasa, Kakashi berhasil menyelinap masuk tanpa meninggalkan jejak. Seperti bayang malam, dia bergerak dengan lincah, menyelusup menuju tempat omega yang sedang tidur. Kakashi merasa terdesak untuk melindungi dan memahami lebih lanjut tentang omega ini.
Dia menganalisis luka-luka itu dengan sekilas, mencuba memahami tingkat kebrutalan serangan yang terjadi. Kemudian perhatiannya terarah kepada nama yang tertera di hujung katil
"Umino Iruka..." bisik Kakashi, matanya mengecil saat dia merenungkan nama tersebut. Sebuah gelombang ingatan melintas di fikirannya. Iruka, nama yang dulu pernah dikenalnya, tetapi dilupakan bersama perjalanan waktu. Satu tekad telah terbentuk dan satu janji sudah di meterai bahawa dia akan melindungi omega ini, bahawa dia akan melindungi Iruka.
Bersambung...
KAMU SEDANG MEMBACA
Destiny (Omegaverse)
Fiksi Penggemar📑Ketika Kakashi pulang dari misi ANBUnya dia bertemu dengan omega yang ditimpa masalah. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb dan sewaktu dengannya. ❌Tak suk...