Sebuah Kafe yang menjadi buah mulut orang-orang dalam beberapa bulan sebelum ini. Bangunannya sederhana besar namun masih mampu untuk tampung sekitar 20 hingga ke 30 orang pelanggan. Dinding Kafe itu dicat dengan warna ungu, hijau, pink dan putih. Sebuah kombinasi warna yang agak pelik bukan? Jangan lupakan dalaman Kafe yang dihias dengan beberapa lagi barang yang sangat jarang diletakkan di dalam sebuah Kafe. Namun kombinasi itu sangat sesuai antara satu sama lain dan ia juga menjadi salah satu penyebab Kafe ini sangat unik.
Setibanya Halwa dan yang lain sampai di Kafe yang diberi nama 'Wildest Dreams Cafe'. Mereka terus sahaja masuk ke dalam dan tergamam melihat seberapa ramainya pelanggan di Kafe itu.
Ada yang datang bersama keluarga, seorang diri, rakan dan pasangan masing-masing.
Hiasan di dalam Kafe sangat unik. Pemilik Kafe meletakkan satu sudut dimana ada Mini Library untuk pecinta novel, buku dan komik. Minum Coffee sambil-sambil membaca, seronok juga kan?
Di dalam, Maisarah dan Shafiq mengambil tempat duduk untuk mereka bersembilan. Auni, Hafiz, Ayhan, Fasya dan Thariq sedang beratur untuk memesan makanan. Sedangkan Halwa masih di tempat parking, menunggu Afkar parking kereta. Yang lain hanya tahu naik saja.
Selang beberapa minit, Halwa dan Afkar masuk ke dalam. Beratur menunggu giliran. Keduanya melihat-lihat menu yang berada di layar skrin yang terpampang di meja layanan. Rakan mereka yang lain sudah duduk di meja menunggu pesanan sampai.
"Hai, saya nak Ice Chocolate Milkshake dan kek Strawberry satu,"gumam Halwa berkali-kali bagaikan menghafal skrip.
Afkar yang berada disebelah dalam diam hanya menatap Halwa. Dia sadar kekasih dalam diamnya ini tak terlalu pandai untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Sesampainya giliran mereka berdua, Afkar memberi peluang pada Halwa untuk mencuba memesan dahulu.
"Hai. Selamat datang di Wildest Dreams Cafe. Nak pesan apa? Makan sini atau bungkus?"sambut pelayan yang bertugas di meja layanan.
"Er...sa...saya..."gagap Halwa.
Walaupun sudah berkali-kali menghafal skrip tapi entah kenapa saat ingin memesan mulutnya masih tergagap-gagap untuk memesan. Peluh mula membanjiri dahi, dia panik. Dia risau kalau orang lain memandang dirinya dengan tatapan pelik. Dia risau kalau dia melambatkan urusan orang lain sedangkan tidak.
"Hai. Kami nak Ice Chocolate Milkshake satu, Strawberry Cake satu, Hot Chocolate satu dan Fries please."
Afkar memesan sambil tersenyum ramah kepada pelayan tersebut.
"Alright. Your total Rm 25.00. Sila tunggu sebentar, pesanan anda akan dihantar sebentar lagi." Balas pelayan lelaki itu kembali.
Afkar mengeluarkan wallet miliknya dan membayar pesanan yang dipesan.
Halwa disebelah memandang Afkar begitu juga dengan sebaliknya.
"Jom duduk dulu?"ajak Afkar tersenyum manis pada Halwa. Tangannya menghulur ke hadapan Halwa dan ditarik semula. "Oh lupa, belum halal."
Mereka berdua berjalan ke arah meja dimana Fasya, Thariq, Maisarah, Shafiq, Auni, Hafiz dan Ayhan duduki.
Kedudukannya, Maisarah bersebelahan dengan Shafiq. Fasya dan Auni duduk bersebelahan satu sama lain di hadapan mereka Hafiz dan Thariq. Ayhan berada di sebelah Thariq. Afkar dan Halwa duduk bersebelahan yang dimana Afkar berada di sebelah Ayhan dan Halwa berada di hujung.
"Halwa...! Maaf weh, aku lupa yang kau..."pinta maaf Maisarah pada Halwa saat Halwa duduk di kerusi.
Halwa ketawa kecil untuk menenangkan Maisarah.
YOU ARE READING
Love In Disguise
Teen FictionOrang kata pernyataan cinta yang berawal dari kawan ini selalunya akan berakhir dengan perpisahan tetapi berbeza dengan sepasang kekasih yang bernama Halwa Huraiyah dan Afkar Nail. Mengenali satu sama lain dari sekolah rendah. Disitu lah mulanya cin...