Hari yang masih pagi sepatutnya masih aman dan damai di sebuah rumah ataupun pangsapuri adalah hal yang sangat diingini oleh orang ramai tetapi tidak dengan apartment yang diduduki oleh 4 orang gadis berumur 20-an. Karenah mereka yang tersendiri telah meriuhkan kawasan apartment yang diduduki. Jam yang berada di dinding menunjukkan arah jam 8:10 pagi. Ketiga gadis itu ada kelas jam 8 pagi tepat yang menyebabkan berlakunya keriuhan lagi kerana mereka yang sudah terlambat untuk masuk kelas.
"Halwa, cepat Halwa!" Jerit gadis yang masih lagi pakai baju kelawar diluar pintu bilik air. Tangannya tidak berhenti memukul pintu dihadapan.
"Sabar lah, aku baru masuk! Salah kan Fasya lama sangat mandi tadi!" Jerit pula gadis yang didalam bilik air yang dipanggil Halwa.
"Aku pulak? Korang yang lambat masuk,"bantah gadis yang dipanggil Fasya yang masih lagi bersolek di kawasan ruang tamu.
Fasya Dayani. Salah seorang sahabat Halwa dari sekolah rendah. Datang dari keluarga yang sederhana kaya, memiliki 3 orang adik beradik, dia anak yang terakhir. Seorang gadis yang bersifat introvert dengan orang tidak dikenali, sikap yang sedikit lemah lembut namun jangan sangka air yang tenang tiada buaya, penampilannya yang ayu dan sopan dihadapan khalayak ramai. Hidupnya yang penuh dengan emosi bagaikan roller coaster juga membuatkan yang lain hanya mampu menggelengkan kepala dengan tingkah lakunya. Memiliki tubuh badan yang ideal dan ketinggian 156 cm. Kulitnya yang sawo matang juga tidak menutupi kecantikan alaminya dan rambut ikal yang sepanjang aras pinggang
"Iya lah. Kalau bukan sebab kau mandi hampir 40 minit, tak adanya aku dengan si Auni tu berebut bilik air kau tahu tak?"balas Halwa selepas keluar dari bilik air.Halwa yang telah siap memakai baju kemeja flowy berwarna hijau gelap, seluar slack berwarna hitam masih lagi bengang dengan Fasya yang mengambil begitu lama masa untuk bersiap.
Halwa Huraiyah. Datang dari keluarga yang sederhana juga. Memiliki 4 orang adik-beradik termasuk dirinya. Dia anak bongsu. Seorang gadis yang bersifat ambivert tapi lebih kepada introvert kerana kurang yakin akan penampilannya. Mempunyai sikap ayu, sopan, sedikit ganas dan berbudi bahasa dengan orang yang tak dikenali. Mempunyai tubuh badan yang sedikit obesiti tetapi fizikal yang agak tinggi dengan ketinggian badan 168cm membuatkan dia tidak nampak begitu chubby. Memiliki kulit sawo matang dan bola mata kecoklatan yang sangat cantik.
Fasya yang sudah siap hanya mengangkat bahu tanpa rasa bersalah "Bukan salah aku,lagipun kita memang dah lambat."
Halwa yang mendengar ucapan Fasya dari dalam bilik hanya menggeleng kepala. Tidak hairan lagi dengan perangai rakan-rakannya.
Tangannya pantas mencapai tudung sarung berwarna hitam dari almari baju miliknya. Dia tersentak ketika teringat akan sesuatu. Segera dia keluar dari biliknya ke ruang tamu.
Auni yang baru keluar dari bilik air hampir terlanggar Halwa yang sedang berlari anak segera mengelak.
"Kau apahal?"tanya Auni.
Auni Insyirah. Salah seorang sahabat Halwa dari bangku sekolah menengah. Datang dari keluarga yang sederhana. Memiliki 3 orang adik-beradik. Dia anak kedua. Mempunyai sifat extrovert. Sikapnya jauh dari kata ayu dan sopan, jiwa lelaki dan jiwa keperempuanannya sudah bersatu yang menyebabkannya seringkali bertingkah seperti lelaki di depan khalayak ramai ataupun tidak. Memiliki tubuh badan yang begitu ramping dengan ketinggian 160cm.Memiliki kulit kuning langsat yang diidamkan oleh ramai orang, rambut yang dipotong dengan gaya two block membuatkan dirinya terbiasa dengan penampilan yang agak boyish.
YOU ARE READING
Love In Disguise
Fiksi RemajaOrang kata pernyataan cinta yang berawal dari kawan ini selalunya akan berakhir dengan perpisahan tetapi berbeza dengan sepasang kekasih yang bernama Halwa Huraiyah dan Afkar Nail. Mengenali satu sama lain dari sekolah rendah. Disitu lah mulanya cin...