CHAPTER 4

144 14 0
                                    

Jam di dinding menunjukkan pukul 7 pagi. Waktu yang selalunya orang-orang masih di atas katil dan diselubungi selimut.

Dari arah dapur di sebuah Rumah Banglo, terdengar kebisingan berdenting antara alat memasak.

"Eh? Afkar?" Sapa hairan seseorang yang baru masuk ke dapur.

Afkar memandang ke arah empunya suara. "Ah. Good Morning, Kak Adi."
Sapa Afkar kepada wanita itu.

Kak Adi ataupun nama panjangnya Adiana. Seorang wanita berumur 40-an. Dia bekerja sebagai salah seorang pembantu di rumah keluarga Afkar.

"Lapar beno ni Afkar, sampai-sampai tak sabar tunggu akak datang. Maaflah tadi jem kat jalan,"ucap Kak Adi mengambil tempat di sebelah Afkar sambil-sambil memperhatikan Afkar memasak.

Afkar ketawa perlahan, "Tak apa lah kak. Lagipun ni Afkar nak bawak bekal pergi Uni nanti, ada kelas." Jelas Afkar. Dia mengambil mangkuk berjenama Tupperware dan menuangkan Tomyam yang dimasaknya tadi ke dalam bekas.

Kak Adi merasa hairan dengan anak majikannya hari ini, namun hanya menganggap itu sebuah perubahan yang bagus. Kak Adi membasuh bekas kuali yang diguna Afkar dan mula memasak sarapan pagi untuk keluarga besar majikannya sambil menunggu rakan sekerjanya yang lain tiba.

Sementara itu, Afkar biarkan mangkuk bekalnya di atas meja makan untuk biarkan ia sejuk sebelum ditutup. Kemudian dia naik semula ke biliknya untuk bersiap-siap untuk ke ke kelasnya yang diadakan pada pukul 10 pagi nanti.

.
.
.
.

Selepas 1 jam dan selesai bersiap-siap, dia turun kebawah untuk breakfast bersama ahli keluarganya yang lain.

Di atas meja makan, terhidang nasi goreng, roti kaya dan air Nescafe. Di sekeliling meja makan, kesemua ahli keluarga Afkar yang lain sedang menunggu kehadirannya.

"Selamat pagi anak Umi."

Sapa seorang wanita berumur 52 tahun namun masih terlihat seperti berumur 40-an. Ibunda kepada Afkar Nail, Puan Suhaila. Dia seorang bekas hafizah di Maahad Tahfiz. Selepas berkahwin dengan ayah Afkar iaitu Dato Mhuizz. Seorang bekas Ustaz di Universiti Islam Antarabangsa, kini menjadi pemilik sebuah syarikat terkemuka. Puan Suhaila menyandang gelaran sebagai Datin Suhaila.

"Morning, Umi." Sahut Afkar sambil mengambil tempat bersebelahan dengan Abang sulungnya, Danial Hazri berumur 28 tahun, bekerja sebagai seorang Doktor di Hospital HSI.

"Nail, bila Nail nak bawak Halwa ke sini? Umi dah rindu sangat ni dengan dia,"ujar Datin Suhaila sembari menuangkan air Nescafe ke dalam cawan milik suaminya.

"Hujung minggu Nail bawak dia kesini. Sabar ye, Umi." Balas Afkar.

"Halwa? Siapa tu Umi?"tanya hairan Kakak Afkar.

"Halwa Huraiyah, kawan sekolah rendah adik kamu. Dulu waktu kamu kat abroad dia lah yang selalu datang sini lepas je balik dari sekolah, jadi peneman Umi,"jelas Datin Suhaila pada anak perempuan pertamanya.

"Halwa? Familiar dengan nama tu... Ah, tak mungkin. Nama saje kut sama,"batin Kakak Afkar sambil menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Abang Nail dah rapat balik ke dengan Kak Halwa?"tanya salah seorang adik Triplets Afkar yang perempuan, Hezyn Adriana mewakili abang dan adik kembarnya, Hezan Adrian dan Hezan Adrien yang masih berumur 16 tahun.

Love In Disguise Where stories live. Discover now