CHAPTER 5

138 6 3
                                        

Jam di layar skrin radio di bahagian depan kereta menunjukkan pukul 9:30 pagi. Sudah sejam lebih Afkar dan Halwa tersangkut di jem.

"Masya Allah. Panjang jem ni weh... Mahu pukul 10 kita belum sampai Uni lagi..." Keluh Halwa melihat waze di telefonnya.

"Halwa, apa kata kau kahwin dengan aku? Senang sikit, boleh kita naik motor. Boleh lalu tengah-tengah antara kereta ni,"ujar Afkar spontan.

Mendengar ucapan spontan dari jejaka disebelahnya ini membuatkan hati Halwa memanas. Mulus sungguh dia berbicara.

"Senang-senang saja kan kau ajak aku kahwin. Kau ingat kahwin ni macam main pondok-pondok waktu kecik tu ka? Baik kau fokus dekat jalan tu. Kang langgar kereta orang, naya kita nak ganti rugi... " Ucap Halwa.

Jalan yang dari tadi terhenti yang puncanya datang dari dua buah kereta berjenama Honda bertembung dengan satu sama lain kini kembali berjalan seperti semula.

Pandangan mata Afkar dibawa ke hadapan semula. "Aku tak main-main Halwa..." Ujar Afkar ringkas.

Halwa tersentak sebentar dengan ucapan Afkar. Banyak persoalan yang berada di minda.

Apa yang Afkar lihat dalam dirinya? Dia tak cantik seperti gadis-gadis seumurnya yang lain, dia tak kurus macam gadis-gadis yang lain, jadi apa yang Afkar minat pada dirinya? Adakah Afkar benar-benar ikhlas mencintai dirinya ini atau hanya sekadar gurauan? Memiliki tubuh badan yang tidak cantik dan ideal membuat dirinya tidak yakin dan merasa seperti tak layak dicintai, Halwa ragu dengan segala perasaan.

Tanpa sedar, kereta yang dinaiki telah berhenti di lot parking dalam kawasan Universiti.

Enjin kereta dimatikan, "Jom? Dah pukul 9:50 ni, ada 10 minit lagi sebelum kelas Profesor mula,"ajak Afkar.

.
.
.
.

Sesampainya di hadapan kelas, pintu dibuka. Keduanya berjalan masuk ke dalam kelas. Di dalam kelas ada beberapa student lain dan Professor Zakir yang berada di hadapan kelas.

"Assalamualaikum Prof," sapa Afkar semasuk nya mereka berdua.

"Waalaikumussalam." Balas Professor Zakir.

"Afkar you already know Halwa? Its rare to see you with girls,"ujar Prof. Zakir kepada Afkar.

"Of course Prof. She's my wife." Mulus mulut Afkar menyatakan hal palsu yang dipercayai oleh seisi kelas.

"No Prof. He's just kidding. I don't know this playboy," jujur Halwa menyelitkan sindiran yang ditujukan pada Afkar.

Halwa berjalan ke arah meja di belakang mengambil tempat duduknya.
Afkar hanya tertawa sengih.

.
.
.
.

Selama lebih dari 3 jam berada di dalam dewan kelas, kelas pagi pada hari itu telah dibubarkan. Kesemua student berpusu-pusu keluar pergi ke tempat tujuan masing-masing.

Halwa bersama dengan Maisarah berada di Kafe yang mereka pergi kelmarin. Keduanya telah memesan makanan sebagai peneman menyelesaikan tugasan.

"Wei, apa reaction kau bila kawan rapat kau ajak kau kahwin?" Tanya Halwa kepada Maisarah setelah sekian lama menutup mulut.

Maisarah mengangkat kepalanya menghadap ke Halwa. "Reaksi aku? Of course, happy. Kawan rapat kan? Lagi senang, masing-masing dah tahu latar belakang dan perangai eachother."

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 29, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Love In Disguise Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang