Konfrontasi

7 3 0
                                    

ARGHHH!!!

Raungan Carlos memecah kesunyian gua itu,kelihatan seorang lelaki bertopeng menyebatnya dengan cemeti elektrik berulang kali sehingga dia lembik dan terkulai di lantai

“Ini adalah hukuman untuk kamu kerana masih gagal membangunkan gadis itu.” suara seorang wanita anggun menyapa gegendang telinga Carlos lalu melutut memandangnya.

“Phui! Aku tak pernah setuju nak libatkan diri dengan kerja gila kau,aku cuma nak hapuskan Sora! Dia punca aku kehilangan isteriku.” 

Wanita itu tersenyum sinis,geli pula hatinya mendengar Carlos bercerita kehilangan isteri. Tangan lelaki malang itu dipijaknya dengan stiletto 5 inci.

“Isteri yang kamu curangi dan robek hatinya,lalu melarikan anaknya. Saya tak rasa apa yang Sora buat itu salah. Dia selamatkan jiwa wanita lain,kalau betullah apa yang kamu kata itu.Tapi itu bukan niat saya.Kalau kamu masih berdegil ucapkanlah selamat tinggal pada dunia ini.” Wanita anggun itu berlalu dan memberikan isyarat mata pada lelaki perkasa tadi.

“Puan menidakkan tuntutan agama yang menyatakan lelaki boleh berpoligami? Puan tak merasa kemanisan bermadu.” Carlos cuba mempertahankan tindakanya namun dengan cepat wanita tadi mara dan meletakan kunai plasma pada leher Carlos.” 

“Kamu nak bersyarah tentang poligami dengan saya hmm,sedar diri tu kalau saya tak kutip kamu dari jalanan kamu dah jadi penagih dadah,jadi jangan cerita soal manisnya madu dengan saya.” wanita itu terus berlalu ditemani pengawalnya.

“Dia tak nak berkerjasama dengan kita puan,bagaimana kita nak hapuskan dia. Lagipun gadis tu penting.”

“We don't need him actully, saya ada dengar tentang sumber kuasa lagenda namanya Daimondarer,dan ia mempunyai kekuatan yang sama dengan Maria’s Rose. Sama ada kita dapatkan Daimondarer atau harus membasahi tangan kita dengan darah untuk mendapatkanya.” mata wanita itu bersinar

***

“Erghh!!” Sora meluruskan pinggangnya semetelahan meneliti blueprint yang terdapat pada komputernya”

“Anak dara tak baik mengeliat lagu tu buruk rupa tau.” Kaizer muncul tiba tiba

“Opocot hawau kau. Hish kau ni nasib baik tak gugur jantung aku laaa, hah kau nak gossip apa hari ni?” 

“Nah jemputan ke majlis makan malam dengan Elnora Cassavia malam ni.” Kaizer hulurkan kad jemputan itu.

“Huaaaa malas nak pergi. Tak pergi boleh tak?” Sora letak kepala atas meja.

“Dia main sponsor shopo race,so dia nak jumpa top 8 malam ni. Nak tak nak kena pergi.” Kaizer jungkit bahu

“Masalah aku tak ada dress la giler.”

“Apa ada hal,kau pinjam la dengan Aira.” 

“Tak nak pergiii!!!!

DreamWhere stories live. Discover now