Sora masih terus bertahan dan sesekali menyerang walau dia tahu tenaganya semakin lemah, namun untuk menyerah kalah bukan itu pilihan yang ada
“Ayuh, buktikan kau sehebat Emilia Nurgaya, ayuh Nana.” Pyre menghembuskan api. Sora memejamkan matanya lalu menolak api tersebut dengan kuasa semangat menyebabkan Pyre terpelanting jauh, belum sempat dia membuka langkah pedang telah terhunus tepat di lehernya.
“Game set,check mate.” Sora senyum sinis, Pyre hanya tertawa lalu mulai terbang.
“Kau lulus, ternyata kau sehebat Emilia, cuma sayangnya dia belot pada keluarga kau.”
Sora tersentak, baru hari ini dia mendengar nama Emilia Nurgaya. Dia mendongak memandang Pyre.
“Siapa dia? Kenapa kau cakap yang dia mengkhianati keluarga aku?”
“Emilia merupakan adik bongsu pada Raja Ariff, dia sememangnya berbakat dalam pentadbiran,hubungan dengan rakyat dan pertahanan. Tapi dia punya cita cita yang dilarang iaitu menyatukan semua dimensi di bawah pemerintahanya. Bagi menyempurnakan cita citanya dia berpakat dengan seorang taiko kongsi gelap bernama Mansoor, dia meracun Pemaisuri Ariana Aqilah Nurgaya dan membawa lari kristal Aurora bersamanya. Di dunia viley dia menukar namanya pada…” kata kata Pyre dipotong Sora dengan cepat
“Elnora Cassavia…dia dan Emilia orang yang sama.” Sora mulai dapat memahami cerita tentang Elnora dari Pyre
“Don't be everything people say wahai anak saudaraku.” suara Elnora bergema lalu memunculkan dirinya dalam zirah perang keluarga Nurgaya. Sora menoleh lalu kembali di posisi bersedia.
“Kau khianati abang kau sendiri, dan kau bunuh bonda aku! Kenapa, apa salah kami sampai kau berdendam dengan kami ha!?” nada Sora tertahan dalam kemarahan yang cuba dikawal
“No offence, tapi demi impian menyatukan dunia pengorbanan perlu dibuat, bukan ke kau juga punya impian untuk satukan kembali jiwa Rui dan ingatanya?” Elnora tersenyum sinis
“Bukan begini caranya! Cakera ais!” Sora menyerang dengan cakera ais namun Elnora juga membalas dengan cakera ais. Senyumanya semakin sinis.
“Tanpa QSX-35s sia sia kau menentang aku sayang.You already lose.”
Sora tertawa sekuat hati membuatkan Pyre dan Elnora kehairanan, dia mengosok hidungnya.
“Hanya sebab aku tiada jam tu kau fikir aku lemah.You know nothing about me my dear aunty.” wristband milik Sora bertukar bentuk ke jam tangan.
“Apa? Bagaimana?” Elnora ternganga.Sora dengan cepat memasukan medal platinum ke dalam slot medal.
With power of fastball and supercharge serve. Perkenalkan Megat Iskandar Megat Rahim ,Gat the Squash master!
“Aktifkan!” satu cahaya ditembak dan menjelma Megat Iskandar yang bersedia dengan bola berapinya.
“Apa status kita Sora?”
“Tu ha, boleh kita selesaikan sampah depan mata ni?” Sora menguap seakan bosan
“Grr, kau merendahkan aku ya budak!” Elnora tampak sangat marah, Sora hanya menguap.
“Makcik marah ke alaa jangan la marah, kuci kuci ku.” Sora sengaja membuat Elnora naik hantu.
YOU ARE READING
Dream
FantasyDunianya hancur saat menerima mesej kematian saeng kesayanganya, hidupnya di rasakan tiada erti, namun kehadiran Kaizer mengubah segalanya "Kalau kau punya satu permintaan apa yang akan kau minta? Sanggupkah kau pertaruhkan segalanya demi peluang be...