Icynia

10 2 0
                                    

Deraian salji menyambut kepulangan Sora ke Icynia, disentuhnya kepingan salji yang turun lebat pada waktu itu, cuaca pada bulan september kali ini agak luar biasa lebatnya salji turun seakan ikut bersedih dengan kekecewaan puteri negara itu. Langkahan kaki dihayun menuju ke istana Baiduri di atas bukit Gemala. 

“Berhenti! Nyatakan urusan anda!” Pengawal pintu istana cuba menghalang.

“Saya, Puteri Diraja Nurhasnah ibni Raja Ariff Syah Nurgaya meminta keizinan menghadap Raja Agung Ariff Syah Nurgaya Ibni Almarhum Megat Darwish Nurgaya. Raja ke 25 negara Icynia.” sengaja Sora menekan nama Raja Ariff satu persatu.

“Maafkan kami tuan puteri, kami baru sahaja bertugas di sini, harap tuanku puteri tidak melaporkan kekhilafan kami pada Tuanku Ariff.” Pengawal itu menyembah hormat.

“Saya tak pernah kisah semua tu, secara jujurnya saya benci protokol.” Sora tertawa geli hati. Pengawal itu pun berasa kelegaan teramat sangat.

“Tengku puteri, baginda telah menanti tuanku puteri di bilik bacaanya.” Pengawal dalam memaklumkan pada Sora yang mengangguk dan dia diringi pengawal menuju ke bilik bacaan Raja Ariff, lalu pengawal mengetuk pintu

“Patik membawa Tengku Puteri menghadap tuanku.” pengawal membawa sembah takzim memaklumkan kehadiran Sora pada Raja Ariff yang mengangguk membenarkan ia pergi

“Anaknda pulang ayahnda.” Sora merafak sembah namun dengan pantas Raja Ariff memeluk puterinya itu.

“Ke mana saja anaknda menghilang, ayahnda dan bonda khuatir keselamatan anaknda.” namun pertanyaan Raja Ariff terjawab dengan tangisan dari Sora.

“Anaknda tak layak jadi ketua apatah lagi pemerintah kalau sahabat sendiri anaknda tak mampu selamatkan. Anaknda dah gagal dan kecewakan seluruh Icynia..” Sora tertunduk, nada suaranya bagaikan pahlawan yang tewas. Raja Ariff mengusap belakang puterinya itu dengan penuh kasih sayang.

“Apa kata anaknda berehat dahulu tenangkan emosi. Kita akan bincangkanya lain kali ya bila anaknda dah tenang sedikit.” 

“Menjunjung kasih ayahnda.” Sora merafak sembah, dan berlalu menuju biliknya di tingkat dua. Benar kata ayahndanya dia memang sedang burn out fizikal dan mentalnya benar benar jatuh dengan apa yang terjadi. Sora masuk ke kamar peribadinya dan merebahkan diri di atas katil empuk queen size sedangkan di base camp dia lebih suka tidur di atas lantai.

“Tak sejuk ke tidur tak ada selimut?”

Ah suara siapa pula yang menganggunya di saat dia sedang melayan rasa sedihnya. Sora membuka matanya, pandanganya bertembung dengan pemilik mata heterochromia berwarna biru dan hazel.

“Bila kau sampai Kar?” Sora bingkas bangun dari pembaringan. Kar atau nama sebenarnya Karina Heartessa tersengih.

“Aku dah dua hari kat sini temankan Camelia nee san ada photoshoot di sini, uncle Ariff call aku cakap kau dah balik.”

“Camelia nee san as in missing Camelia Heartessa? Kau dah jumpa kakak kau. Aku gembira untuk kau Kar.” Sora lemparkan senyum segaris.

“Guess what, dia dikenali sebagai idola Rica Haswyra center Azalea group.” Karina tersengih

Mata Sora membulat tiba tiba

“Seriuslah, kau tak tipukan? Ini berita besar, kau dan Camelia nee san mesti tunggu untuk makan malam tau, aku masak.” Sora dengan pantas bertukar pakaian dan turun ke dapur, dengan pantas dia mencari ikan siakap untuk memasak siakap stim limau.

“Haiyoo,chill la Sora ada banyak masa lagi untuk tu, kau tu baru je balik."

“Its okey aku baik baik aja.”

Karina menjuih bibir,nampak sangat Sora menipu, dan dia boleh mengesan melalui aura yang ada pada Sora. 

“Kau baru kehilangan seseorang kan?” 

Sora menoleh

“Bagaimana kau tahu?” 

Karina menepuk dahi, sah sepupunya ini lupa hakikat tentang dirinya.

“Heylo, sharp aura censor here.”

“Betul aku baru je kehilangan ahli terbaik dalam kumpulan aku. Cuma aku rasa sebagai ketua kumpulan aku patut lebih peka.Aku kecewakan semua orang.” Sora tertunduk

“Eee dungu betul,benda tu bukan salah kau. Takdir dah tentukan dia temui ajalnya pada hari itu aku rasa dia pun tak akan menyalahkan kau. Aku pun dulu salahkan diri aku sebab kehilangan Camelia nee san, tapi akhirnya dia sedarkan aku bahawa aku perlu terima takdir dan memaafkan diri sendiri. Jadi chill okey.” Karina memberikan semangat untuk Sora.

“Mampu ke aku maafkan diri aku Kar?”

“Kenapa tidak, kamu dah buat yang terbaik bukan?” suara baru menyapa gegendang telinga Sora seraya dia menoleh

“Rica Hasywyra?” Sora ternganga.











DreamWhere stories live. Discover now