Relexsasi

9 2 0
                                    

Sora menarik nafas lalu menghembusnya, tenaga fizikal,mental dan spritualnya dipusatkan pada suatu titik lalu dengan pantas pedang diayun ke kiri dan kanan, walaupun Saffiya memintanya berehat beberapa hari lagi namun Sora tetap meneruskan latihanya dengan penuh semangat di tepi pantai belakang Teratak Harapan.

“Cukuplah tu, mari kita minum dahulu.” Saffiya meletakan jus oren di hadapn Sora, lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi batu yang menghadap pantai. Sora menghampiri

“Kembar berdua tu di mana?” Sora tersenyum mengingat pasangan kembar buah hati Saffiya dan Irfan Amir.

“Petang begini mereka merayap dengan ayah mereka lah tu ke taman permainan.” 

“Pastinya melihat anak anak membesar depan mata jadi anugerah terindah bukan, ia berikan kekuatan untuk kita harungi hidup ini.” Sora menghirup perlahan jus oren di hadapanya.

“Sora dah kahwin?” persoalan itu diluncurkan membuat Sora terkeras seketika, tidak disangka soalan itu yang diajukan kepadanya. Dia tertawa

“Maaf maaf, tapi Sora masih bujang. Entahlah malas nak fikir sebenarnya, Sora lebih selesa membujang gamaknya.”

“Ohh begitu rupanya, fahamlah saya. Maaf kalau menyingung perasaan awak.” Saffiya tersenyum

Secara tiba tiba mereka terlihat cahaya seakan komet melaju ke arah mereka. Ianya amat pantas seperti peluru

“Saffiya lari! Ini pertanda buruk.” Sora cepat cepat mengakses bekas medal yang tersisip pada pinggangnya. Lalu medal berwarna emas dibuka namun tiba tiba dia terdengar bisikan.

‘Saya dah cakap saya akan kembali.’

Seluruh persisiran pantai itu bercahaya terang yang menyilau mata, Sora buka matanya kelihatan permata Daimondarer bersinar

‘Selamat kembali Daimondarer.’ 

Permata itu bersinar membentuk bayangan tubuh seorang wanita.

“Hey Sora, kali ini kita perlu lindungi kristal Aurora, kami berjaya lolos kerana Rui yang lepaskan kami.” Astria wujud manusia dari Daimondarer bersuara.

“Kristal Aurora di sini?” Sora tergamam seketika, dan wujud manusia dari Kristal Aurora muncul di sebelah kiri Sora

“Helo Exis Elite,saya Aurora dan saya perlukan bantuan kamu.”

“Bagaimana kamu tahu saya Elite? Tapi di sini saya dipanggil Sora, dan saya tak rasa di sini selamat untuk berbicara. Ikut saya.” Wristband Sora bercahaya lalu mereka menghilang dari tepi pantai.

DreamWhere stories live. Discover now